Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 32 : Irama Hati

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bulan lepas, aku ada beli beberapa premium templates, themes, plugin, dan page builder untuk kerja-kerja web development. Hampir kesemuanya belum aku gunakan lagi, dah “test-drive” secara live, cuma belum guna dalam real production.. Kesemua item yang aku beli tersebut mendapat updates (kemaskini) versi terbaru secara lifetime (sepanjang hayat).

Maksudnya, aku tak perlu risau untuk renew lesen perisian setiap tahun. Aku boleh download pada bila-bila masa sahaja. Mana lah tau kan, macam-macam boleh jadi. Mana tau kena buang kerja ke, kilang bankrupt ke, ataupun sesuatu perkara yang tak baik jadi pada aku ke. InsyaAllah aku boleh survive (sebab semuanya aku dah sediakan sekarang) dan aku yakin dengan kemahiran yang aku ada. Janji tangan boleh bergerak jer.. InsyaAllah..

Aku dah tak mahu cari kerja lain dah, kalau habis.. habis sini jer.. Tapi aku takkan berhenti selagi aku tak buat 2 perkara ini.. 🙂

Okaylah, Untuk bulan ini, aku planning untuk beli satu desktop (Cpu Unit) sahaja, sebab aku dah ada 2 monitor. (ini aku khaskan untuk kerja graphic design) dan aku akan tambah lagi secara berterusan (setiap bulan) perisian-perisian yang bersesuaian. Kesemua ini akan berguna pada diri aku pada masa depan nanti.

Irama Hati Saya

Mengikutkan tema diari hari ini. Aku nak kongsi sedikit lagu-lagu kegemaran aku (sepanjang zaman).. Chewahh.. 🙂 . Ada lagu-lagu yang aku minati semenjak daripada zaman remaja lagi dan sampai sekarang aku masih mendengarnya.. Aku susunkannya mengikut ranking ye,

  1. Kau kekasihku – Siti Nurhaliza
  2. Sebelum Cahaya – Letto
  3. Dengarlah Bintang Hatiku – De Meises
  4. Yakinlah Aku Menjemputmu – Kangen Band
  5. Disaat Sendiri – Dadali
  6. Sepanjang Malam Keresahan – Shima

Okay, kalau lihat senarai di atas, semuanya lagu sentimental kan ? Ini kira lagu yang hampir setiap minggu aku dengarlah. Aku boleh terima kebanyakan jenis genre music (takde masalah)..

Tapi setiap sesuatu itu, pastinya kita nak kan sesuatu makna kan ?. Tiada sebab untuk kita terima sesuatu itu tanpa menerima sesuatu makna, apatahlagi jika sesuatu makna itu datang terus ke dalam hati kita (hati jadi cair lah kan ? ).. Haha. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
30 January 2019 4:06 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 30 : Tak Seperti Dulu
Next Post Diari 33 : Ada Hikmahnya