Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Malam ini aku menulis blog dengan menggunakan handphone. Kecil benar rasanya menaip menggunakan screen telefon ini… Hahaa.. ?.. Petang nie, jalan terlalu sesak untuk pulang ke Rawang. Aku dan ibu bertolak dari Uitm Segamat sekitar jam 3:30 petang. Lebuhraya PLUS mulai sesak apabila tiba di Persimpangan Ayer Keroh, Melaka. Jadinya, aku dah mengambil keputusan untuk bermalam di Senawang jer malam ini sebelum meneruskan perjalanan pada esok pagi . 3 jam setengah dari Segamat ke Senawang, itupun belum sampai KL lagi..lenguh dah kaki aku.. Hahaa..
Nasib baik ada “safe house” dekat Senawang (Acah-acah CIA pulak ada safe house).. Hahaa.. Aku cakap kat ibu aku, “kan best kalau ada rumah kat setiap negeri, boleh rehat dan bercuti bila-bila masa jer”.… :-). Aku baru jer lepas siggah di Dataran Senawang makan dengan ibu tadi. Aku beli Satay untuk ibu dan aku pula makan nasi goreng daging merah.(daging merah merupakan favorite makanan aku dan juga air nescafe o ais)..
Sampai sekarang nie, kalau aku pergi ke kedai makan, aku mesti akan order Nescafe O Ais, nak tahu kenapa ? . Sebab ia akan mengingatkan aku kepada sahabatku suatu masa dahulu. Dia memang peminat tegar Nescafe O Ais lah.. Hahaha.. Aku juga turut meniru cara dia meminum air tersebut (straw ada, tetapi dia tidak akan menggunakannya).. Oh ye, nama dia Hafiz, tua 2 tahun daripadaku..(ini semua kisah 20 tahun yang lalu)..
Bermulanya hari ini
Pagi tadi, aku bertolak dari Rawang ke Segamat untuk menghantar adik perempuanku bagi kuliahnya barunya di Universiti (degree) sekitar jam 9:30 pagi. Planning nya, hanya aku dan adikku sahaja. Tetapi pagi tadi ibuku berkata, “mak nak ikut sekali”. Aku cakap, “takpelah mak.. biar erol sorang jer hantar sabrina, mak rehat kat rumah, mak kan tak sihat”. Ibu aku balas, “mak takkan lepaskan kau sorang-sorang, kau tak pernah pergi tempat tue, mak nak ikut juga, kalau sakit, biar dua-dua orang sakit, kalau tak boleh balik, biar dua-dua orang tak boleh balik”. (Masa tue aku tengok mata mak dah berair, aku pun cakaplah, “okaylah.. bolehlah kalau mak nak ikut”. Aku kalau dah tengok perempuan start menangis memang lemahlah… 🙂
Pagi tadi, Nabiha juga menghantar adikku yang paling bongsu, Nabila ke KLIA untuk penerbangannya ke Uitm Sabah pula. Kitaorang bertolak pada waktu yang sama jugalah pagi tadi..Kalau di ikutkan, Nabiha yang akan menghantar Sabrina ke Segamat, tetapi disebabkan esok pagi dia pun ada kuliah di Uitm, Shah Alam. Jadinya, aku perlu mengambil tanggungjawab bersama lah (dah berhenti kerja nie, banyak masa free lah)… hehe…
Jajahan Kesultanan Melayu
Hari nie, total aku makan 3 biji pil migraine (takut punya pasal). Sampai kat segamat sekitar jam 12 tengah hari, kitaorang melalui jalan bersebelahan dengan Gudung Ledang. First time melihatnya dengan mata sendiri, memang cantik dan terpegun jugalah. Jadi, aku ada satu pertanyaan, adakah puteri gunung ledang itu benar-benar wujud ketika zaman kesultanan Melaka ? Tetapi, apa yang aku rasa (ini apa yang aku rasa masa lalu kat situ lah).. kisah dan kewujudannya memang benar-benar ada (jika dilihat dari geografinya dengan negeri Melaka pun memang tak mustahil). Jika puteri itu merupakan seorang bunian, pastinya dia masih hidup sehingga ke hari ini. Jika manusia, adalah mustahil nyawanya masih ada. Minta-mintalah malam nie aku bermimpikan dia.. heheee.
Okay, sampai di Segamat, kitaorang makan dulu lah, (KFC) . Masa aku tengah makan, aku teringatkan Abang Mus (kawan di tempat kerja lama), Dia katakan kepadaku, orang yang migraine nie, kalau boleh elakkan makan ayam, sebab ayam ini akan mencairkan darah. Masa itu aku terus berhenti makan, aku katakan kepada ibuku, “hari nie, erol nak berhenti makan ayam, nak try, betul ke apa yang kawan erol cakap”. Okay, mulai hari ini, aku akan berhenti makan ayam selama 3 bulan (nak tengok ada perubahan tak).. okay, Abang Mus ?.. hehe..
Dah sampai di Uitm, Segamat. Kitaorang duduklah di dalam kereta, (tunggu kawan adik aku yang lain sampai). Ada dalam sejam jugalah menunggu..hahaa.. sambil-sambil tue boraklah anak beranak.. haha… Tengok telatah semua orang dari dalam kereta (ada yang menangis, ada yang angkat barang 5-6 kali ulang alik). Masa itu terasa lain…terasa diri dah tua sangat jika hendak dibandingkan dengan adik-adik yang ada disitu. Tertanya dihatiku, “apakah nasib bangsaku di suatu masa nanti ? Adakah cita-cita disini dan realiti kehidupan di luar sana, sama dengan apa yang mereka ingin dan impikan ?”
Aku katakan kepada ibu dan adikku, “Abang erol tak dapat merasa untuk belajar macam nie (universiti)” (salah satu pengalaman di dalam hidup ini yang tak dapat aku rasai). Balas ibuku, “Yelah..Suruh pergi sekolah, lari”. Tambah adikku, “kena lokap lagi”… Adehhh.. kena tepat weihh.. lepas tue, aku tambah lagi “kena buang sekolah lagi”.. hahaha..Okaylah ye, panjang juga aku menulis malam nie (walaupun guna handphone jer).. Oh ye, aku lupa. Tadi aku pergi farmasi, beli ubat caffox (migraine), aku katakan kepada ahli farmasi tadi, “ada alternative tak untuk ubat migraine”. Laju juga dia ambil ubat kat display, nie kira macam supplement dan vitamin untuk migraine lah (preventive).. aku tengok harganya lebih rm100.. Tak sampai sebulan dah habis, teruk lah macam tue..
Tapi sempat jugalah aku baca label di kedua-dua botol tue (aku tengok kandungannya, magnesium dan CoQ10). tunggu apa lagi, aku search kat google lah. Lepas aku baca, memang ada unsur-unsur yang berkaitan dengan migraine lah.. harga jualan di shoope dan lazada pun jauh lebih murah.. Haha.. InsyaAllah, esok aku akan belinya secara online.. Harap-harap, kali nie aku jumpa alternative yang lebih baik daripada ubat migraine aku sekarang..
Okay lah, kali nie serius last.. hahaa.. aku nak tengok Running Man pula lepas nie. InsyaAllah, esok pagi aku akan bertolak pulang ke Rawang… InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja… 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
2 September 2019 11:17 Minit Malam
Senawang, Negeri Sembilan