Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini aku masih steady tak merokok lagi (masuk hari kelima).. Haha. 🙂 . Semalam, selepas aku update blog, adik Rahim Whatsapp aku, katanya, “dalam seminggu-dua boleh lah” (berhenti merokok).. Haha.. Dia nie merupakan pembaca setia blog aku (dari awal dahulu lagi). Hari itu, masa program bakar lemang, dia ada sekejap, tapi tak sempat nak makan sama-sama. InsyaAllah bulan 8 nie, kitaorang akan buat program nie sekali lagi..
Hari ini, adik aku (Beeha) pulang daripada Raub. Setiap minggu memang aku tunggu dia balik, sebab dia rajin memasak.. 🙂 . Macam-macam resepi pelik-pelik yang dia akan masak setiap minggu. Masakan dia nie sebiji macam ibu aku masak.. memang pakar lah.. Haha.. 🙂 . InsyaAllah, bulan depan dia akan berhenti menjadi pensyarah di Uitm Raub dan akan tinggal disini bersama dengan keluargaku (sambung belajar di Uitm Shah Alam)..
Aku tanya dia tadi, “Beeha, minggu depan hari ahad, kau ada kat sini kan, abang erol nak pinjam kereta, kau pakai kereta abang erol lah ?”. Adik aku jawab, “kita nak pakai lah, kereta abang erol tak best”. Aku kata, “boleh lah, abang erol nak bawa Wawa jalan-jalan minggu depan”. Haha.. 🙂 . Adik aku tak boleh jawab apa.. Haha .. Yess.. 🙂 . Aku takut hari pertama dating, kereta tak boleh nak start jer (selalu buat hal). Aku rasa pinjam kereta adik aku adalah jalan yang paling selamat.. haha 🙂 .
InsyaAllah, minggu depan aku akan bertemu dengan Wawa buat pertama kalinya (pertama kali dating dalam hidup aku lah).. dah tua-tua macam nie baru nak bercinta.. hehe.. nak buat macam mana, sebelum ini takde yang sudi.. 😉
Okaylah ye, aku pun sebenarnya ada keje sikit nie. Tengah google rawatan untuk penyakit migrain. Aku nak pergi specialist hospital terus. Aku dah tak sanggup nak tahan lagi dah, aku nak berhenti makan ubat.. InsyaAllah, aku harap boleh settle sebelum aku berhenti kerja dalam bulan 9-10 ini.. InsyaAllah.. (Ya Allah, Makbulkanlah doa hambamu ini).. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
5 July 2019 9:41 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor