Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 107 : Keadaan Yang Sebenarnya..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Dari petang tadi sampailah sekarang, aku masih di depan laptopku membuat kerja-kerja yang masih belum ku jumpa lagi jalan penyelesaiannya ..Haha.. 🙂 . Penatnya jangan cakaplah, try and error dari petang sampailah sekarang.

Itu dah jadi lumrah bagi seorang web developer lah kan ? Apatahlagi, sentiasa keseorangan pada setiap masa (tak berkata-kata dan hanya berfikir sepanjang hari). Sebab itulah aku rasa, communication skill aku out… Haha 🙂 . Tapi macam mana pun, yang penting semua progress kerja-kerja aku mengikut sebagaimana yang dirancangkan.

InsyaAllah, bulan 7-8 ini akan ada perkara yang baru dalam hidup aku, yang mana ia akan menjadi kerjaya utamaku selepas ini. (perkara penting) .Kerja-kerja IT pula akan tetap menjadi kerjaya keduaku (freelance). Kata nak jadi jutawan kan ? 🙂 dan insyaAllah, dalam bulan 8-10 ini, aku dah boleh nampak ke mana sebenarnya hala tuju hidup aku…

RoadMap

Hidup ini tak perlu takut.. tak perlu takut dengan pandangan orang ataupun apa yang orang lain fikirkan. Kita sendiri yang perlu buat keputusan. Orang kata, “cakap senanglah”. Terpulanglah, kerana semuanya perlu datang daripada dalam hati kita sendiri.

Hidup perlukan ROADMAP . Tanpanya, diri akan tergapai-gapai mencari arah. Tak tahu hendak ke mana (nak arah kanan ataupun ke arah kiri). Bila dah tersesat jalan, untuk berpatah kembali perlu mengambil masa, itupun jika masa itu masih ada lagi, jika tidak ?

Realiti Dunia Pekerjaan : Pengenalan

Okay, bermula malam ini, aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman dunia pekerjaan yang pernah aku ada kepada pembaca-pembaca di dalam blog ini, terutama orang yang baru mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan (tak pernah ada pengalaman kerja). Ini perkara penting untuk semua orang tahu, bagaimana untuk berhadapan dengan realiti sebenar alam pekerjaan.. 🙂

Terutamanya kepada pelajar yang baru menamatkan pengajian di universiti ataupun institusi latihan, tentunya akan rasa excited, maklumlah nak merasai gaji (pendapatan) yang pertama kan ?. Dalam fikiran dah mula berangan-angan nak beli kenderaan, nak beli rumah, nak belanja itu dan nak belanja ini..Tapi sabar dulu, meh baca pengalaman abang.. 🙂 . Kalau tidak.. tak sampai sebulan lah kau kerja, mesti lari punya (tak tahan tekanan dengan orang lama).. Itu perkara biasa dan normal… 🙂

Bersifat Natural

Pertama sekali yang harus dipegang adalah bersifat natural .Secara asasnya, mana-mana tempat kerja sekalipun (tidak ada yang terkecuali) akan terbahagi kepada beberapa golongan. Perlu kenalpasti golongan mana yang paling dominan sekali (yang kuat pengaruhnya), golongan yang moderate (sederhana), dan golongan yang lemah (yang nie selalu kena tindas je)…

Bersifat natural bermaksud, semua golongan ini perlu di layan seperti biasa. Tidak biased (berat-sebelah) dalam pandangan, percakapan, ataupun tindakan. Bila kau biased, pastinya akan ada pihak dari golongan yang aku sebutkan di atas tadi mula rasa tidak selesa dengan diri kau (terutama golongan yang dominan tadi). Dioarang ini akan mula mencari-cari jalan dan masalah dengan kau..

Sifat manusia nie, taknak sesuatu yang boleh mengancam kedudukan dan kehidupan dia. Apatahlagi jika seseorang yang bekerja tanpa bakat tapi mahir berkata-kata. Orang nie yang paling bahaya sekali (minggu pertama kerja, perlu dikenalpasti siapa orangnya)..

Bergaul Mesra

Senyum itu penting terutama di awal perkenalan. First impression daripada pekerja-pekerja lama, akan tengok cara kau berpakaian, berjalan dan bercakap. Mulakan perbualan terlebih dahulu sebelum pekerja lama memulakannya. Jika tidak mengikuti langkah ini, pastinya akan ada cakap-cakap dibelakang nanti, “kau tengok tak budak baru tadi, sombong jer, senyum pun taknak”. Kalau kau cakap, “apa aku peduli”. Ini merupakan kenyataan orang yang sombong (tak lama lah kau kerja kat sana nanti).. Haha 🙂

Tempat yang paling terbaik untuk analisis sifat-sifat pekerja adalah di Kantin (waktu rehat). Dalam masa sejam tue, kau boleh tahu selok-belok buruk dan baiknya sifat masing-masing. Siapa yang paling banyak bercakap (dominan dalam berkata-kata), siapa yang jenis mendengar jer, siapa yang selalu kena bahan, dan siapa yang jenis suka menyendiri (tak ambik port).

Kelompok nie tak boleh terjah masuk macam itu jer (sebab diaorang dah berkawan lama) dan kau baru jer masuk kerja disitu (orang pun masih tak kenal kau lagi). Jadi macam mana caranya nak join kelompok nie ?

Yang itu, aku akan sambung dalam diari akan datang.. Haha 🙂 . Aku ada kerja nak buat nie. Selalunya bila aku letih, aku akan berhenti sekejap tulis blog. Hari ini pun aku tak sihat (batuk) dan badan pun rasa tak selesa… Okaylah ye 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 Jun 2019 11:37 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 106 : Keinginan Hati Yang Tertangguh
Next Post Diari 108 : Kiasan Kata Sarkastik..