Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 106 : Keinginan Hati Yang Tertangguh

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Dah lama tak menulis, ada dalam seminggu lebih juga kan ? Rasa rindu tak ? Haha.. 🙂 (perasan lebih nie). Terlebih dahulu, aku nak ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada pembaca di blog ini terutama yang beragama Islam. Alhamdulillah, tahun ini aku berpuasa penuh (buat pertama kalinya).. Hehe.. Malunya rasa.. 🙂

Semalam, aku bekerja semula selepas dua hari bercuti (sambutan hari raya). InsyaAllah, minggu hadapan aku akan bercuti selama seminggu, dari hari Isnin sehingga Jumaat. Planning nak pergi ke Senawang, Negeri Sembilan, bawa Ibu dan Atok pergi berehat disana. Hari isnin, pergi servis kereta dulu, then petang selasa, insyaAllah aku akan bertolak. Aku suka suasana di Senawang (tenang). Tak seperti disini, meskipun tinggal di kampung, aku rasa macam serabut jer.. Haha. 🙂 .

Kehidupan Baru

Tak sabar rasanya nak tempuhi kehidupan baru selepas ini, sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari sebelum ini, Diari 105 : Rasa Yang Terhijab , aku plan nak berhenti kerja selewat-lewatnya akhir tahun ini (mungkin lebih awal daripada itu) dan itu merupakan kata putusku.

Aku nak kejar impian yang aku inginkan selama ini dan aku dah tak mampu lagi untuk menangguhkan keinginan hatiku… benar-benar aku dah tak mampu lagi (keinginan hati dan jasad yang telah terpisah). Aku dah ada peluang dan aku perlu ambil peluang itu, dan aku taknak menyesal suatu hari nanti.

Dan aku nak lupakan semua perkara-perkara yang telah terjadi dalam hidupku sebelum ini (yang telah meninggalkan kesan di dalam hati) dan aku harap aku dah takkan berjumpa lagi dengan orang-orang seperti ini. Tapi bukan bestfriend aku lah, diaorang tetap sahabat dan aku akan tetap bersama-sama dengan mereka selama-lamanya.. 🙂

Suasana Hari Raya

https://www.instagram.com/p/ByWV1Epl95M/?utm_source=ig_web_copy_link

Sambutan Hari Raya tahun nie boleh aku simpulkan yang terbaik selepas aku habis sekolah lah 🙂 (tapi tak boleh lawan suasana hari raya waktu kecil-kecil dahulu). Tahun ini ada banyak perkara baru yang berlaku dalam hidupku. Nak cerita panjang sangat.. Aku pun banyak kerja lain nak buat nie.. Haha. 🙂

Yang pertama, sebab dah berteman 🙂 dan insyaAllah, sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya. Maafkan saya awak, kiranya saya nie menjadi orang yang tak banyak bicaranya (tapi okaylah juga kan, jika nak dibandingkan awal-awal perkenalan dulu ? ).. Haha.. :-). Banyak yang aku belajar daripada adik-adik perempuanku tentang cara-cara nak melayan orang perempuan nie. 🙂

Raya tahun nie takde shopping sangat, baju raya pun adik perempuanku yang carikan. Perempuan kan suka instagram.. 🙂 . Tapi, aku banyak habiskan duit beli perisian untuk laman web (shopping sakan) . Racun dalam Facebook Group dan WhatsApp kuat sangat.. haha 🙂 . Ada jer diaorang kasi deals dan offer yang terbaru (ini pun masih banyak lagi pending payment yang belum aku jelaskan).. lebih daripada 10x aku fikir nak beli ke taknak.. Haha.. 🙂 (tak beli rugi)..

Syurga Bagi Orang Yang Miskin

Pada hari raya pertama, aku bawa adik-beradik perempuanku ke Empangan Hulu Selangor (waktu petang). Aku katakan kepada mereka, “Nak tak abang erol bawa kat tempat yang cantik ?”. Mula-mula, aku ingat nak bawa mereka ke lokasi syurga bagi orang miskin. Tapi disebabkan dah petang, aku tak beranilah nak bawa diaorang kat sana (tempat itu sunyi)..

Sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari sebelum ini, tempat nie memang tempat kegemaran aku untuk menenangkan diri. Aku akan ke sana bila fikiranku bercelaru.. Tenang sangat..

https://www.instagram.com/p/ByWN9Znl4zA/?utm_source=ig_web_copy_link

Aku ingat nak private kan channel instagram, tapi tak boleh nak embed video ke dalam web blog pula, terpaksalah aku public kan. Macam popular lah sangat kan..haha 🙂 .

Freelance & Future

InsyaAllah, selepas nie aku nak terjun dalam bidang vlog (travelog) pula. Sekarang nie tengah kumpul dana untuk beli peralatan (hardware & software) untuk video editing.. Mahal sangat. Aku akan revamp semula laman blog ini kepada beberapa section. Nampaknya impian aku untuk berkahwin terpaksalah ditangguhkan lagi.. Haha. 🙂 . Takpun buat vlog dengan isteri pun okay juga kan ? Awak.. Awak sudi tak ? 🙂

Sebelum ini, memang dah planning nak buat dengan teman-teman (aku dah jumpa orang yang petah bercakap di depan camera), tapi dia buat hal pula.. Hilang entah kemana.. 🙂 . Lepas nie aku gerak solo jer lah, walaupun tak pandai berkata-kata, insyaAllah aku akan berusaha perlahan-lahan untuk pastikan impianku ini tercapai..

Kebelakangan ini, banyak idea-idea yang popup di fikiranku. Tak tau nak pilih yang mana satu (tapi yang penting kena tulis dulu idea tue dalam buku). InsyaAllah, mana tahu ada kesempatan nanti..

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Jun 2019 9:26 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 105 : Rasa Yang Terhijab..
Next Post Diari 107 : Keadaan Yang Sebenarnya..