Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 101 : Keperluan Hati Yang Perlu Dipenuhi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini cuti hujung minggu (hari ahad). Rasa masa terlalu singkat untuk diri sendiri. Sampai bila harus begini ?. Aku berharap, apa yang ku lakukan selama ini akan menjadi realiti. Aku nak Time freedom. Hidup bukan lama mana pun, sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, lebih kurang 70 kali tukar kalender jer..

Jika berterusan dan berterusan begini.. tahu-tahu dah tua jer (itu jam dah terlambat lah). Buat apa buang masa untuk kebahagian orang lain ?. Lebih baik fikirkan kebahagian diri sendiri terlebih dahulu, sebelum memikirkannya untuk orang lain.

Tangga kepada Perubahan

InsyaAllah, dalam bulan hadapan ataupun bulan 7 nie, aku akan menghadiri kurus REN (Real Estate Negotiator). Aku akan gabungkan ia dengan laman web hartanah.my dan ia juga salah satu perancangan aku untuk masa depan. Alhamdulillah, progress laman web ini buat masa ini berjalan sebagaimana yang telah aku rancangkan.

Dalam bulan 8 nie, aku dah boleh buat satu keputusan awal tentang hala tuju masa depan aku (InsyaAllah). Aku tak perlu takut untuk melaluinya. Perasaan takut ini hanyalah cetusan perasaan sahaja, dan dalam pandangan realiti, ia tak wujud sebenarnya.

Nak jadi yang terbaik dalam hidup, perlu keluar daripada kebiasaan orang. Orang kata tak boleh, itu sebab dirinya tak berkemampuan untuk melakukannya. Tapi diri sendiri yang perlu buat keputusan (sebab hidup ini, pada akhirnya, kita yang akan melaluinya sendiri)..

Untuk Perempuan

Manusia memerlukan dua perkara ini di dalam hidupnya, keperluan Zahir dan Batin, dan sekiranya salah satunya ini tidak dipenuhi, nescaya akan gelisah dan tidak tenteram hatinya. Pandangan mata dan hatinya mula liar, mencari-cari teman untuk diluahkan rasa hatinya..

Aku tak salahkan orang perempuan sekiranya ini berlaku, (sebab perempuan ini sifatnya lemah). Dalam keadaan kesunyian, apatahlagi jika tinggal berjauhan dengan suami. Datang pula lelaki-lelaki spesies yang suka ambil kesempatan. Pantang nampak peluang, mesti nak try. Selagi boleh cuba, dia akan cuba, kalau tersangkut, lebih kurang macam menang loteri lah. Spesies lelaki macam nie, makin membiak, tak susah nak jumpa dan spesies nie, karakter dia takkan rasa malu dengan orang lain..

Orang perempuan tolonglah, kalau belum kahwin dengan lelaki pilihan hati. Janganlah kau nak keluarkan duit belanja dia beli macam-macam, sampai makan pun kau nak tolong bayarkan. Kat situ, kau dah ajar dia perkara yang tak betul dari awal lagi. Kalau belanja beli hadiah, itu lainlah. Tapi habis semua kau nak tanggung dia. Jadi, apa yang kau nak harapkan daripada lelaki macam nie selepas berkahwin ?

Orang lelaki yang betul-betul gentleman (budiman), takkan ambil dan pakai duit orang perempuan. Takkan sesekali, sebab dia ada maruah diri sebagai seorang lelaki. Kalau dah berkahwin, itu lainlah. Itu dinamakan perkongsian hidup antara suami dan isteri, dan dah ada ikatan pun.

Ini sekadar pandangan peribadi aku lah, orang perempuan yang mana taknak faham itu, terpulanglah. Aku lelaki, dan aku tahu jenis-jenis lelaki yang ada kat muka-bumi nie. Jadi tolonglah ye, kita nak hidup bahagia bukan mencari derita. Biar jadi perempuan yang mahal (yang sukar untuk didapati oleh orang lelaki).

Puasa Yang Ke-14 ?

Rasanya hari ini puasa yang ke 14 kan ?. Sekejap lagi, aku ingat nak pergi ke Bandar Rawang sebentar, cari bahan-bahan untuk membuat Pizza. Hari ini aku nak berbuka dengan Pizza.. Haha 🙂 .Aku minat memasak sebenarnya, aku belajar dengan ibu aku, tapi tak boleh lawan adik aku lah (Nabiha) dalam memasak, dia memang hebatlah (setaraf ibu aku).. Haha.. 🙂

Okaylah ye, aku nak bersiap dah nie. Petang nanti ada banyak kerja-kerja freelance yang aku nak buat (rasanya sampai malam). Ini jer masa cuti yang ada. InsyaAllah, suatu hari nanti, semuanya akan jadi realiti . 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 May 2019 12:40 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 100 : Cerita Hati Yang Sentiasa Bercerita..
Next Post Diari 102 : Mencari Pengalaman..