Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 3 : Kisah Cintaku Di Smk Tok Sera

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari nie semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja.. Aku tiba di tempat kerja hari nie sekitar jam 7:30 pagi.. Masuk dalam Lab terus kasi settle kerja-kerja yang pending sebelum masuk waktu kerja sebenar (8:30 pagi).. Hari ini hampir semua production section beroperasi dan dengan ketiadaan Rao, maka makin susah lah kerja aku.. Haha..

Hari ini Rao tak dapat hadir sebab hantar anak kesayangan dia masuk ke darjah satu. Pada masa yang sama juga brand-brand yang kritikal (yang selalu bawa masalah) produce hari ini beserta dengan 6 kontena yang perlu diperiksa…Semuanya nak jadi hari ini juga… :-)..

Tapi Alhamdulillah semuanya dah selesai.. 🙂 . Balik kerja tadi hujan lebat.. Sejuk..Dingin…Sampai jer kat rumah aku terus kasi kucing makan dulu (yang dalam kandang)..kena tunggu bapak balik dulu baru boleh makan..

Okay, kembali kepada tajuk asal Naratif..Hari ini aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman cinta aku di Sekolah Menengah..Kira cerita santai-santai jer lah ye…Okay, sama-sama kita menyelusuri kisahnya…

Bermulanya Kisah Cintaku..

Namaku Khairul Azahar Sharriffuddin, pernah bersekolah di Smk Tok Sera pada tahun 1999-2002. Disiniku inginku kongsikan pengalaman “cinta” yang pernah aku rasai sepanjang waktu persekolahanku disana. Begini kisahnya…

Aku sebenarnya tidak pernah “bercinta” sepanjang hayatku atau lebih mudah maksudnya, tidak pernah mempunyai ikatan percintaan dengan seseorang “secara rasmi”. Mungkin ada yang berkata di dalam hati “sebab tak handsome lah,sebab itu tak pernah bercinta”. Mungkin juga benar. Tetapi disebabkan artikel (naratif) ini ditulis oleh diriku, maka akulah yang akan mencorakkan kisah ini mengikut perspektif dan sudut pandang di dalam lingkungan kaca mataku.

Pertama sekali, ingin aku nyatakan bahawa “kisah benar” yang aku nukilkan disini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman dan tidak bermaksud ataupun berniat untuk mendedahkan kisah seseorang. Ia akan diceritakan mengikut acuan dan tahap kemahiran menulis yang ada pada diriku, kerana bagiku amat sukar untuk mengambarkan sesuatu situasi yang sebenarnya dengan hanya membaca sesuatu penulisan karya,cerita, ataupun naratif.

Selalunya kita akan mendengar masyarakat akan menggelarkan seseorang yang bercinta di waktu persekolahan sebagai cinta monyet. Banyak tafsiran boleh kita berikan dan huraikan. Tetapi dalam bahasa mudahnya, bolehlah dikenali sebagai “cinta main-main” mengikut kefahaman golongan yang terbanyak (majoriti) pada hari inilah. Dari sudut pandanganku pula, aku tidak berpendapat sedemikian. Bagiku ia sesuatu yang subjektif dan fleksibel yang boleh berubah, diolah, dan tidak statik keadaannya.

Baiklah, cukuplah sampai disitu sahaja penerangan “ilmiah” dariku..:-) Nanti terlampau panjang dah jadi bab lain pula..:-)..

Kisah Cinta Pertama

Okay, aku mulakan kisah jatuh cinta diriku yang pertama sekali. Ia terjadi ketika aku berada di tingkatan 1. Semasa itu aku diletakkan di dalam kelas 1 Ehsan (kelas no 4). Selalunya aku akan melihat pelajar-pelajar bukan islam lalu disebelah kelasku, pada ketika itu aku beranggapan mungkin mereka pergi ke kelas pendidikan moral agaknya..

Sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar, bila ada orang lalu ditepi kelas sahaja, mesti nak tengok punya kan ? :-). Entah mengapa bila pelajar-pelajar (bukan islam) tersebut melalui di tepi kelasku, aku akan terpandang wajahnya terlebih dahulu. Mungkin disebabkan dia terlalu cantik agaknya, Tapi yang aku pelik, rakan-rakanku tiada pula yang terpikat dengan dia..

Beberapa orang cikgu juga pernah menyatakan, dia adalah pelajar yang paling cantik di SMK Tok Sera. Sepanjang 4 tahun aku bersekolah disana, belum pernah lagi aku jumpa pelajar perempuan yang boleh “beat” kecantikan dia. Aku masa itu takdelah nak usha (pikat) dia. Sebab fikirlah sendiri. Hendak ke perempuan cina dengan lelaki melayu..Hurmm..Susah nak percaya kan? Kalau ada pun jaranglah kita dengar..Kalau kaya boleh lah kot..:-)

Hurm..Cerita punya cerita, lupa pula nak kasi tahu nama dia. Nama dia Lim Woon San. Aku tengok muka dia jer dah rasa tenang. Mungkin orang takkan percaya, sehingga ke hari ini, dia adalah antara salah seorang yang aku masih cintai dan berharap untuk jadi suri hatiku (tapi dah kahwin tahun lepas 2017)..Tahun 1999 sampai sekarang..Berapa tahun dah ..:-).. Ada juga aku “usha-usha” Facebook dia…haha..:-) (Jadi Stalker)..

Aku tak tahulah bagaimana untuk aku huraikan perasaan aku terhadap dia. Sayang rasanya wajah cantik seperti itu akhirnya akan mati sebagai seorang bukan islam (kafir). Jika tengok dia sahaja, memang keliahtan seperti perempuan baik-baik,sopan,pendiam, dan berbudi bahasa. Jarang yang boleh kita temui sifat-sifat seperti itu ada pada perempuan melayu.

Selalu juga aku akan berdoa supaya dibukakan pintu hatinya untuk menerima islam sebagai kepercayaannya. Tapi mengenai soal hidayah, manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa ataupun hak untuk menentukan sesiapa yang perlu mendapat hidayah ataupun tidak. Sebab kita sendiri tidak mengetahui apa yang ada di dalam hatinya.

Entah mengapa bila aku teringatkan dia, hatiku terasa ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mungkin aku dapat rasakan, seseorang yang berwajah secantik manapun, tidak akan dapat menandingi kehidupan seorang muslim.

Maknanya, seorang muslim itu lebih baik dan beruntung sekiranya dia hidup dan mati di dalam islam, jika hendak dibandingkan dengan orang bukan islam yang mempunyai kecantikan, kekayaan, dan bijak, tetapi hidup dan mati dalam kepercayaan kafir, Rugi Ajerlah ada itu semua kan ?

Itu memang berlaku kepada diriku sehingga ke hari ini. Bila aku teringatkan dia aku akan berasa beruntung hidup sebagai seorang muslim. Alhamdulillah…Sebenarnya cerita ini masih panjang tetapi aku aku merasakan lebih baik aku simpan sahaja lebihan kenangan-kenangan yang pernah terukir di dalam kitab takdir hidupku..

Kisah Cinta Kedua

Semasa aku di tingkatan 4, aku ada jatuh hati dengan seorang pelajar perempuan tingkatan 2. Pertama sekali aku jumpa dia ketika pulang dari sekolah. Seperti biasa pelajar-pelajar akan menunggu ibu-bapa ataupun bas di hadapan sekolah rendah. Sewaktu menunggu, kebanyakan pelajar sekolah Menengah akan pergi ke kantin sekolah Rendah untuk berehat ataupun membeli makanan dan minuman.

Keadaan ketika itu sungguh sesak. Aku dan Reduan berdiri bersebelahan dan diketika itu, aku menoleh ke belakang, terpandang satu wajah seorang pelajar perempuan yang sungguh comel, mirip-mirip cikgu shaharina masa muda..:-)

Masa itu, aku tengah “gilakan” cikgu shaharina, maka bila aku terlihat sesuatu yang “berkaitan” dengan diri dia..terus aku jatuh hati. Aku masih ingat lagi detik-detik diketika itu dengan sangat jelas. Beberapa hari kemudina aku cubalah try untuk “usha” dia. Aku bukanlah kaki yang pandai ayat perempuan. Tak pernah lagi aku buat “kerja-kerja” macam itu..Maka aku serahkan dekat Reduan Jerlah, sebab dia memang pakar dalam bab-bab macam nie..-:)

Tetapi jawapan aku yang aku terima mengecewakan sekali, siap kena ketawa lagi..(Dasyat betul)..haha.. Malu juga aku diketika itu, macam mana aku nak “cover” bila jumpa dia lain kali. Sebaliknya yang aku dengar dia suka kat Reduan pula..:-)..Memang nasib aku lah..

“Aku Budak Jahat”. Itu adalah beberapa komen yang aku dengar. Mungkin aku baru keluar lokap polis agaknya (kes gaduh di sekolah). Itu pasal dia reject aku..Takpelah, mungkin ada baiknya juga aku tidak bercinta dengan dia. Tetapi pada masa yang sama kan, ada pelajar di dalam kelas dia suka dekat aku (bukan perasan ye..haha). Nama dia Nadia dan seorang pengawas sekolah. Tapi awal-awal aku cakap kat kawan dia yang aku tak minat. Bukan sebab tak lawa (itu bukan cara aku). Lawa juga, (kecil jer budaknya) tapi nanti aku rasa macam bercinta dengan adik aku pula.. 🙂

Ada di suatu ketika pihak sekolah ada melakukan sesi bergambar untuk semual pelajar-pelajar termasuklah kelab-kelab di sekolah. Safar sebagai pengerusi sebuah kelab (aku dah tak ingat kelab apa) datang kepadaku bertanyakan sama ada aku mahu bergambar ataupun tidak. Dia katakan kepadaku, “pelajar perempuan tersebut ada bersama”. Maka aku setujulah nak join dan menjadi “AJK KELAB SEGERA”..haha..Aku masih ada simpan lagi gambarnya..

Sebenarnya aku cintakan dia bukan disebabkan dia. Tetapi disebabkan wajahnya mirip dengan cikgu shaharina. Aku tunjukkan gambar tersebut kepada beberapa orang pelajar lain termasuklah Man dan aku katakan kepada dia, “cuba kau tengok muka dia, macam cikgu Shaharina kan ?”. Man menjawab, “yelah..sebijik..aku rasa anak dia agaknya”..hahaha..

Penutup

Mengenai soal cinta ini sebenarnya aku tak memilih sesiapapun. Cuma aku perlukan seseorang wanita yang betul-betul aku suka (memang taste aku lah). Antara ciri-ciri perempuan kesukaan aku antaranya, berkulit putih (lagi putih…lagi aku suka), berwajah comel (macam budak kecil..tapi matang). Soal ketinggian pula, aku suka yang rendah sahaja…tetapi berbadan montel (senang nak dukung). Jika ada ciri-ciri yang aku sebutkan tadi, memang perfectlah..haha.. Susah nak cari kan ? Jika adapun, dah berteman ataupun berkahwin.

Dewasa ini, apa yang aku ketahui dan pelajari melalui pengalamnku ialah jika kita mencintai seseorang tidak perlu untuk kita pergi merayu-rayu kepadanya untuk menerima kita sebagai teman. Tetapi memadailah dengan meminta kepada Tuhan yang menciptanya dari awal lagi. Berdoalah dengan percaya dan yakin. Sehingga kini, aku masih tidak berani sangat untuk berdoa minta benda-benda macam ini, sebab takut nanti tak boleh nak handle. Minta doa pandai, tapi nak jaga bini tak pandai..:-)

Hendak berdoa pun bukan boleh buat main-main. Kena ada aturan yang betul, baru boleh diangkat doa itu. Orang buta sekalipun jika tahu bagaimana untuk memasuki kereta, pasti dia kaan buka pintunya terlebih dahulu.:-)..Kerana itu adalah aturannya.

Dan bagi sesiapa yang telah berkahwin, bersyukurlah dengan pemberian tersebut kerana kamu adalah antara orang-orang yang terpilih. Isteri adalah amanah Allah s.w.t kepada orang-orang lelaki. Jangan sia-siakan pemberian Allah s.w.t, nanti kau juga yang kena jawab sebab dah mungkin janji (amanah)..

Maka, jika tak pandai nak jaga anak orang, jangan memandai (gatal) untuk berkahwin pula. Kita jagalah dia sebagaimana kita mahu adik perempuan ataupun ibu kita di jaga dan dilayan.

Jika Allah s.w.t dah turunkan ke dalam hati kita rasa cinta, maka tak boleh nak elaklah. Tak kiralah sesiapa sahaja. Maka sentiasalah berhati-hati dalam penilaian anda terhadap seseorang..

Previous Post Diari 2 : Selamat Tahun Baru 2019
Next Post Diari 5 : Dahulu Dan Kini..