Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari sebelum ini, Diari 85 : Kisah Hati Yang Tiada Penghujungnya.. .Pada akhir diari tersebut, aku menyatakan ingin berkongsi satu cerita mengenai kisah seekor merpati untuk diari pada hari ini, dah habis baca ke belum ? Panjang kan, itu pun aku dah banyak skip cerita, ikutkan aku nak tulis Novel terus.. Haha..?
Adik rahim merupakan pembaca setia blog nie, (nanti abang kasi kau anugerah pembaca setia yem).. Haha.. ?. Jadi juga dia nak bahan aku kat tempat kerja, “bang nanti ambil saya kerja dengan abang ye”. Aku jawab, “Abang ambil perempuan jer”. ?. Rahim jawab, “ye lah.. senang nak bogel depan abang nanti, boleh relax sikit”.. Hahaha..?
Aku katakan kepada Adik Rahim, Abang boleh tulis satu buku yang tebal (novel) untuk mengkisahkan cerita apa yang terjadi pada suatu ketika dahulu (tingkatan 4), sebab kisahnya bersambung sehinggalah ke hari ini. Memang dahulu, aku ada niat nak menulis, tetapi bila ku fikirkan ia kembali, aku tahu… akhirnya tiada apa yang aku dapat melainkan hanya penyesalan di atas kesilapan masa silamku sahaja..
Hanya kini, ku biarkan dia seorang sahaja bersemayam di tempat yang istimewa di dalam hatiku ini, dan tiada siapa pun yang dapat mengambil dia dari tempat yang tersembunyi dari pandangan manusia ini (hati)..
Kenapa Aku ?
Baiklah, aku sambung semula kisah mengenai “kisah seekor merpati” ye. Kisahnya bermula begini.. Pada hari Ahad (ketika itu aku berada di Senawang). Pada jam 11 Pagi, ketika itu aku sedang berbaring di dalam bilik bersama ibuku (kami bercerita mengenai perihal adik-adik perempuanku). Ibu katakan kepadaku, “charger telefon mak tertinggal kat kampung lah”.
Aku katakan kepada ibuku, “takpelah.. sebelum nak balik nanti, erol keluar belikan charger untuk mak”. Sekitar jam 11:20 pagi, aku keluar rumah pergi ke kedai berhampiran dengan rumahku untuk mencari charger. Aku pergi ke kedai pertama (dah habis), then yang kedua, tuan kedai tue katakan, jenis charger telefon macam nie diaorang tak jual..
Aishhh.. Masa itu aku berfikir kembali di dalam kereta, sama ada ingin terus pulang ke rumah ataupun pergi lebih jauh untuk mencarinya. “Mustahil bateri telefon mak boleh tahan sampai seminggu, apa-apa hal jadi susah pula nanti”, kata dalam hatiku. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke Dataran Senawang. Dalam perjalanan itu, mataku tertumpu di deretan kedai-kedai sepanjang perjalanan ke Dataran Senawang (tapi tak jumpa kedai telefon).
Sehinggalah tidak beberapa jauh untuk sampai di Dataran Senawang (lebih kurang lagi 100 meter). Aku ternampak seekor burung merpati di tengah jalan. Aku memperlahankan keretaku, tetapi burung itu tetap berada di situ, bergerak-gerak sambil mencari makanan dan anggapanku, merpati itu akan terbang (bila menyedari kehadiran keretaku). Ternyata sangkaan ku salah. Keretaku melepasinya, dalam hatiku berharap merpati itu akan terselamat.. Tetapi..
Aku dengar satu bunyi (tulang yang dipatah-patahkan). Tak pernah lagi sepanjang hayatku (baik naik kereta ataupun motor) melanggar haiwan sehingga mati. Ketika itu aku sangat marah, aku katakan, “kenapa kau tak terbang tadi”. “Kenapa aku tak berhenti tadi” “Aku yang salah”.. Kenapa.. Kenapa.. dan Kenapa !!.. Aku bercakap seorang diri di dalam kereta.. Aku menyesal.. Aku marah…
Ketika itu, aku mengambil keputusan untuk berpatah semula ke tempat tadi dan berhenti di seberang jalan. Aku berjalan kaki melintasi jalan, dan ku lihat ternyata merpati tersebut telah pun mati. Aku mengambil merpati itu,ku bawa ia ke tepi jalan dan ku letakkan ia di bawah sebatang pohon besar, ku katakan kepadanya, “maafkan aku.. maafkan aku”..
Aku berpusing semula ke Dataran Senawang di dalam keadaan fikiran dan perasaanku yang terganggu dan tidak tenteram (rasa bersalah). Aku mencari semula kedai telefon di Dataran Senawang, aku terjumpa satu kedai “Gadget World”. Kata hatiku, “kat sini mesti ada charger, kedai besar macam nie, takkan takde”. Aku masuk di dalam kedai, dan bertanya kepada jurujual yang berada disitu, “charger untuk telefon ini ada tak ?”. Jawabnya, “charger telefon macam nie, kita tak jual”..
Aku kembali semula ke dalam keretaku, dan semakin banyak pertanyaan-pertanyaan mula bermain di fikiranku, “apa sebenarnya ini ?”, “untuk apa aku datang ke sini ?”. Bagiku setiap perkara itu tidak akan terjadi dengan sia-sia, mesti ada sesuatu yang perlu aku cari jawapannya..
Fikiranku jadi buntu, kemana harus lagi ku pergi ? Perlukah aku pulang terus ke rumah ?. Tetapi, aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalananku, aku pergi lagi ke kedai-kedai yang lain (tetap juga tak jumpa). Akhirnya aku dah putus harapan, aku berpatah semula ke kedai asal yang mula-mula sekali aku pergi tadi..
Ketika itu, aku terperasan ada satu kedai tidak jauh daripada kedai pertama yang ku pergi pagi tadi. Aku membelokkan keretaku dan berhenti di hadapan kedainya. Sebelum aku keluar daripada kereta, aku katakan, “sekiranya betul-betul memang ada charger kat kedai nie, sebenarnya akulah yang telah menjadi asbab (dipilih) untuk melanggar merpati itu tadi, dan itulah sebab mengapa aku pergi ke sana tadi (semata-mata untuk melanggar merpati itu)”.
Aku keluar daripada keretaku dan masuk ke dalam kedai, aku bertanyakan kepada jurujual, “charger untuk telefon ini ada tak ?”. Dia kata, ada dan kemudiannya mengambil kotak charger di dalam cermin (aku perhatikan hanya tinggal satu kotak sahaja). Dia cuba menghubungkan charger tersebut dengan telefon ibuku. Ternyata boleh. Aku hanya tersenyum di ketika ini, dalam hatiku berkata, “aku dah dapat jawapannya”.. Jawapan tentang apa ?
Akhirnya..
Untuk beberapa ketika waktu ini, persoalan dan pertanyaan sering bermain di dalam fikiranku sehinggalah perasaan bersalah bergelora dalam hatiku ini . Mengapa aku ? Kenapa.. Kenapa aku buat macam itu ? Aku yang salah sebenarnya.. Aku yang dah susahkan semua orang…
Tapi kisah yang terjadi kepada merpati itu telah menjadikan hatiku kembali tenang. Itulah jawapan yang aku cari selama beberapa minggu ini . Aku hanyalah menjadi asbab (mengakibatkan sesuatu perkara) yang terjadi beberapa ketika waktu ini.
Tiadalah kematian itu di lewatkan ataupun dicepatkan sesaat sekalipun dan semua kejadian yang terjadi di langit ataupun dibumi ini sekalipun telahpun ditakdirkan oleh Allah s.w.t ..
“..dan untuk kisah seekor merpati ini, akulah yang telah dipilih (menjadi asbab) untuk melakukannya”
Dan ia merupakan kenyataan yang sama sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wanita kepadaku, (semasa aku menceritakan masalahku kepadanya), dia berkata kepadaku, “kamu hanya menjadi asbab sahaja, tak perlu rasa bersalah.. tak perlu”.
Khairul Azahar Sharriffuddin
23 April 2019 11:36 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor