Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2019. InsyaAllah malam ini, aku akan menamatkan siri penceritaan kisah perjalananku di tahun ini beserta kisah-kisah yang telah aku lalui sepanjang dekat ini. Inilah yang dimaksudkan dengan tajuk diari malam ini, iaitu “lafaz hati dasawarsa”. Penceritaan kisah hatiku selama sepuluh tahun (dasawarsa). Mengapa sepuluh tahun ?
Ringkasnya aku mula menulis semenjak 10 tahun yang lepas atau lebih tepatnya pada tahun 2010. Mengapa menulis ? Bagiku menulis ini bagaikan suatu perjalanan, perjalanan yang membuka hati & fikiran manusia. Maka, dengan tinta itulah ku gunakan untuk menyelusuri pintu-pintu rahsia hatiku. Apabila telah terbukanya rahsia hati itu, akan berterbang kata-kata hati itu untuk mencari tempat teduhnya.
30 December ini genaplah setahun ku menulis di blog lelakiberlari.com. Mengapa lelakiberlari ? (boleh baca di dalam diari-diari aku sebelum ini). Boleh dikatakan agak lucu jugalah ceritanya. Oh ya, aku terlupa satu perkara. Ada dengar music background (piano intrumental) di blog ini tak ? Ia merupakan instrumental favorite aku (Yiruma-When The Love Falls). Background musik yang sama juga aku gunakan ketika mula-mula menulis dahulu (2010).
Jika dahulunya, aku menulis di platform blogspot (blogger) menggunakan URL diaryzar.blogspot.com dan juga wanshahmanzar.blogspot .com (kedua-dua blog ini telahpun aku delete) . Sempat juga ku simpan kandungan blog nya sampailah sekarang (tapi tak semua). Sayang kan, rasa boleh sampai diari yang ke-1000 utk tahun nie jika tak delete dahulu.. Hehee. Perjalanan hidup taklah terlalu hebat untuk dikongsi bersama (aku bukanlah orang yang berjaya pun), hanya orang biasa-biasa sahaja yang suka untuk menulis dan berkongsi sesuatu…
Sebelum aku nak mulakan penceritaan nie (pergi lebih jauh). Aku nak beritahu terlebih dahulu. Hari ini aku nak close semua siri cerita untuk tahun ini. Tahun depan dah nak buka buku baru kan ? takkan nak cerita perkara yang sama lagi. 🙂 . InsyaAllah, aku harap, aku akan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan baru yang akan bersama-sama denganku untuk menempuhi perjalanan hidup bagi tahun-tahun yang akan mendatang ini..
Mana rakan lama ? Sampai sekarang aku masih lagi berhubung dengan mereka. Tapi sebenarnya aku nak cari pengalaman baru, aku nak cari kehidupan baru, aku nak rasai dan bersama khai yang baru dan ingin berjumpa dengan teman yang tak pernah mengenali diri aku. Bagi aku, khai yang lama dah dah tiada lagi. Pengalaman yang lepas dah cukup untuk aku memulakan sesuatu yang baru, insyaAllah..Okay, Jom kita ikuti perjalanan dawasarsa hidupku…
Bermulanya Disini…
Awal dekad ini (2010), aku memulakan perjalan suram dalam hidupku, tiada ilmu & tiada sahabat, membawa hati yang kosong, rosak dan tidak berpenghuni. Pilihan dan perjalanan terakhir hidupku, aku selusurinya di Negeri Sembilan. Ternyata disitulah aku menemui ilmu dan kehidupan baru. Bertemu dengan sahabat baru, mulai tertawa dan tersenyum semula…
Aku bersyukur kerana sangkaan aku selama ini tidak benar. Sangkaan yang kehidupanku akan berakhir sama sekali. Bayangkan hidupku diketika itu penuh dengan tekanan (aku tak tahu nak pergi mana lagi). Hidup rasa terhina (beberapa kali juga aku nak bunuh diri masa itu). Biasa sangatlah orang tertawakan aku masa itu. Tapi aku berjaya mengharunginya. Aku mulakan pencarian hidup baru dan mula merencanakan semuanya kembali…
Aku mengambil kursus Welding Technology & Fabrication di GiatMara ketika itu. Aku adalah antara pelajar yang tertua disana 24 tahun. Aku juga mula nak belajar bersosial semula. Tapi semuanya dengan adik-adiklah (baru habis SPM). Boleh dikatakan aku agak mahir jugalah nak bercampur dengan budak-budak nie…Haha.. yerlah, di tiga tempat aku belajar sebelum nie (Giatmara, Kolej komuniti dan juga ABM), semuanya bercampur dengan adik-adik jer (baru habis SPM). Bukan seorang, tapi beratus. Boleh tahu juga lah teknik nak tackle diaorang nie..hahaaa.. Semuanya panggil aku dengan panggilan, “Abang Khai” masa itu.. Hehee..
Sebenarnya aku memang agak kurang bersosial semenjak tamat persekolahan. Banyak menghabiskan masa kat rumah jer, jarang sangat lah keluar untuk bersosial. Sampai sekarang pun aku masih lagi begitu (banyak menyendiri). Itu antara salah satu sebablah mengapa aku ada masalah komunikasi dengan orang sebenarnya. (pertuturan yang tidak lancar), akibat kurang bergaul. Tapi itu semua tidak menghalang atau membataskan cara pergaulan aku dengan mereka. Yang penting adab lah, setiap golongan ada caranya, macam adik-adik, orang tua, orang perempuan, orang miskin, orang kaya (setiap golongan nie ada cara pergaulannya tersendiri). Yang aku tahu, ada seribu sebab mengapa orang boleh suka atau benci kita…
Okay sambung semula cerita tadi…Hehe..Lepas aku habis belajar di Giatmara Seremban. Aku kembali semula ke tempat asalku (Rawang). Aku memohon pekerjaan pertamaku di Concrete Engineering Products Berhad. (tak sampai sebulan lepas habis belajar). Masa minta kerja tue, aku cakaplah, “apa-apa kerja pun boleh lah encik”. Head Of Maintenance masa tue, Encik Sharom katakan kepadaku, “okay, bila boleh kerja nie ?. Kau jadi Assistant Fitter & Welder”. Masa tue aku macam tergamam juga lah, yerlah selama nie aku minta kerja operator dan pengawal keselamatan jer.
Alhamdulillah, aku dapat rasakan ada perubahan dalam hidupku. Masa itu aku dibayar dengan gaji RM650 Sebulan. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku timba disana. Orang-orangnya pun sangat baik dan low-profile. Aku kerja total nak dekat 5 tahun di sana, tak boleh nak sambung kerja lagi disebabkan masalah kesihatan (migraine) yang terlalu kronik masa tue. Dalam seminggu boleh dikatakan dalam dua hari sahaja aku datang bekerja (itu pun tak boleh nak perform).
Lepas itu, aku sambung belajar lagi di Kolej Komuniti Hulu Langat (Penyaman Udara Dan Pengudaraan Domestik). 6 Bulan aku ulang-alik dari Rawang ke Kajang naik motor..Hahaa…Fuhh.. Kalau sekarang, aku dah tak sanggup lagi.. Hahaa. Ada kerja jugalah lepas tue kat beberapa tempat (technician & maintenance), tapi tak lama. Ada yang sebulan, dan ada yang tiga bulan (disebabkan masalah kesihatan, migraine). Sebenarnya sakit ini telah membataskan pergerakkan perjalanan hidupku. (Kalau aku cerita semuanya, memang tak habislah hari nie)..Hahaha..
Perjalanan hidupku up & down sepanjang beberapa tahun disebabkan masalah kesihatan. Masa itu aku lebih tertumpu untuk belajar perkara-perkara baru sahaja (ayahku pun sangat supportive). Sampailah umurku 29, aku belajar lagi di Akademi Binaan Malaysia. Kali nie aku ambil kursus Plumbing. Alhamdulillah, lepas aku belajar semua nie, dah tak terlalu sukar untuk memohon pekerjaan jika hendak dibandingkan dengan waktu awal dahulu. InsyaAllah jika pergi temuduga tue, boleh lepas lah..hehehe.. Aku sebenarnya sangat minat bekerja di dalam bidang teknikal nie (memang jiwa aku), tapi dah tak boleh lagi dengan keadaan kesihatan yang sebegini (boleh cuba semula, tapi terpaksa hadapi lah kesakitan itu)..
Alhamdulillah, pekerjaan terakhirku (di tahun 2016) tidak lagi melibatkan bidang teknikal. Sebenarnya ia merupakan bidang baru kepadaku, bila ditanya semasa interview oleh bekas pengurusku, “berminat nak bekerja di dalam lab ?”. Aku membalas, “jika diberi peluang, saya boleh belajar”. Dari situlah, aku memulakan langkahku. Selepas sebulan memulakan pekerjaan, aku diberi peluang oleh pengurusku untuk dinaikan ke posisi baru. Automation Control Room (disebabkan aku pernah ada pengalaman di dalam bidang teknikal sebelum ini).
Boleh dikatakan aku sangat suka bekerja disana. Lain daripada yang lain lah. Aku mengakhiri karier ku disana pada penghujung bulan 8 tahun 2019 di atas beberapa sebab dan pertimbangan yang telah aku fikirkan dengan sedalam-dalamnya dan keputusannya itu adalah tepat. Aku keluar dari situ tanpa rasa menyesal, cuma aku menyesal sebab masanya agak terlewat. (sepatutnya lebih awal daripada itu)…
Diari Yang Disukai
Nak tahu diari yang paling aku suka sekali dalam keseluruhan diari yang telah ku tulis sampai hari ini ? Ada tiga diari yang meninggalkan impak bagi perjalanan hidupku di tahun 2019.
- Yang Ketiga : Diari 100 : Cerita Hati Yang Sentiasa Bercerita
- Yang Kedua : Diari 86 : Kisah Seekor Merpati
- Yang Pertama : Diari 66 : Syurga Bagi Orang Yang Miskin
Nak aku cerita dan huraikan satu persatu tak ? Haha, aku cuba lah ye. Diari yang ketiga nie, ia merupakan suatu terjemahan dari hati (yang aku pendam). Aku biarkan hatiku untuk berbicara semahunya diketika itu. Aku banyak gunakan kata-kata kiasan di dalam diari itu.
Diari yang kedua, merupakan suatu pengalaman yang indah buat diri aku. Kejadian yang berlaku itu telah merungkaikan persoalan-persoalan yang mengusutkan fikiranku diwaktu itu. Aku masih ingat lagi sampai sekarang kejadian itu.
Diari yang pertama, merupakan diari yang telah mengubah segala-galanya (titik perubahan). Cerita yang tidak terjangkau oleh fikiran. Kat sinilah aku kenal manusia, mengenal bagaimana sifatnya pengkhianatan, kepercayaan, kecurangan, ketamakan. (setiap orang aku tahu kisahnya). Flash back semula perjalanan hidupku selama 18 tahun kebelakang (semuanya terkumpul menjadi satu pada hari itu). Aku tak pernah lupa bagaimana rasanya..
Irama dan lagu..
Boleh dikatakan aku sangat meminati sesebuah irama yang didendangkan menjadi sebuah lagu. Setiap daripadanya akan kulihat bait-baitnya terlebih dahulu (liriknya), kerana ia mengambarkan sesebuah penceritaan yang ingin disampaikan. Dari situ akan ku dengar setiap butir lafaznya…
Sepanjang hayatku (sehingga diusiaku 33 tahun ini), aku dah mencipta dua buah lagi. Satu lagu yang biasa kau orang dengar dalam blog ini “lagu untuk shaharina” (guitar instrumental). Irama itu ku ciptakan 100% dan bunyi petikannya adalah datang dari jari-jemariku ini. Aku ciptakan ia diketika usiaku 16 tahun. Videonya itu aku ada uploadkan ia di channel youtube, boleh search “Lagu Untuk Shaharina”.
Ku tahu suatu hari nanti, dia akan mendengarkannya, aku yakin itu.. Aku tak mengharap dia menjadi milikku, tak.. dan itu bukannya niat aku. Tapi aku nak dia tahu, yang dia pernah menjadi sebahagian daripada cerita hidup aku. Apa yang ada tentang cerita hidup ? Bagiku, cerita hidup adalah cerita tentang sebuah rasa, yang mana rasa itulah yang menghidupkan hati-hati manusia….
Migraine ?
Dah lama tak dengar cerita pasal migraine kan ? Nak tahu tak apa yang telah terjadi ?Aku ringkas jer lah ye, pada 13 October 2019 aku bertemu dengan satu pasangan suami isteri (dah tua) yang berminat untuk membeli rumah. Aku bawalah mereka untuk view rumah di Bandar Country Homes.
Kemudian aku berbual dengan mereka di kedai makan. Agak lama juga aku berbual (ada dalam 2 jam, kebanyakkannya berbicara mengenai topik agama). Masa berbual tue, aku berceritalah mengenai penyakit aku nie (migraine), sekali pakcik tue kata, “memang rezekilah dipertemukan oleh Allah nie”. Pakcik dan Makcik tue berikan cadangan, “awak pergi berubat kat sini, sekejap je dah elok, percayalah cakap makcik”.
Masa aku drive nak balik rumah, aku serba salah juga nak pergi atau tidak. Aku ambil kertas yang ditulis oleh pakcik tue, terus aku set alamatnya kat Waze. Dari Rawang aku drive terus ke Ampang (pusat perubatan islam). Dipendekkan cerita lepas aku berubat tue, dalam masa beberapa hari ia sakitku semakin berkurang dan selepas seminggu, cuba teka ? Hilang terus..Ya, memang dah hilang.. Bayangkan dari umurku 24 tahun (hampir setiap hari hidupku akan terseksa dengan kesakitan) dan setiap hari jugalah akan aku ambil ubat untuk meredakan semuanya.
Dalam 2 Bulan nie aku tak makan ubat langsung, dah tak beli pun (ada 2-3 kali juga aku terkena migraine, tetapi ini ku rasakan normal, sama macam orang lain juga), itupun disebabkan tersalah makan (coklat dan makanan yang terlalu berangin). Memang ajaib lah, lepas aku berubat tue, hidupku dah jadi lain.. memang lain..Cuma aku nak pastikan perkara nie dah takkan datang semula.. InsyaAllah dengan izin Allah 🙂 .
Terakhir Dawasarsa
Aku rasa dah nak sampai penghujungnya diari ini, penat dah nak menulis. Tahu tak dah berapa jam aku menulis ? Hahaha… Dari pukul 3 pagi tadi. Aku doakan sesiapa yang sabar membaca diari ini dikurniakan kesihatan dan termakbul semua impian-impiannya. Aaminn.. InsyaAllah, kita berjumpa lagi di tahun depan ye (ini merupakan diari terakhir untuk tahun ini). Doakan aku untuk berjaya mengejar cita-cita aku 🙂
Dan sekali lagi, aku nak minta maaf di atas segalanya-galanya. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Yang pernah hadir, yang pernah berbicara, yang pernah dilihat, yang pernah tertawa, & yang pernah menangis denganku. Aku akan mengingati kesemuanya di dalam tempat yang paling indah dalam diriku (hati) buat selamanya…
Khairul Azahar Sharriffuddin
28 December 2019 5:36 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor