Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 81 : Lagi Steady Lah..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pagi semalam, hampir kesemua ahli keluargaku (kecuali aku dan abang) pergi ke Johor untuk menghadiri Konvokesyen di UiTM Segamat pada hari ini. Tahniah ye Beeha.. ? .Setibanya aku kat tempat kerja semalam, pagi-pagi lagi aku dah kena bahan dengan member-member aku, Rao katakan kepadaku, “sorry khai..sorry khai….Ayah kau lagi steady daripada kau lah khai.. Haha..”… ?

Aku nampak lagi tua daripada ayah aku lah, badan Ayah aku lagi steady daripada aku lah.. Kena bahan aku semalam.. :-). Semuanya tak pernah melihat ayah aku lagi, semalam kira first time lah (aku upload gambar Ayah di Facebook, Instagram dan laman Blog).

Selepas pulang dari tempat kerja semalam (sampai di rumah sekitar jam 6:40 petang), aku lihat kucing-kucing aku dah siap menanti aku (time makan dah lewat).. 🙂 . Mesti diaorang tertanya-tanya, “manalah tuan aku pergi nie, dah lewat-lewat macam nie pun tak kasi makan lagi”.. Haha.. ?

InsyaAllah, aku nak upgrade kandang kucing kat rumah aku nanti (banyak yang dah rosak). Si Samsiah tue pun dah bunting (kali ketiga). Penuh anak-anak dia jer kat rumah nie ? . Ibu katakan kepadaku, “tuelah, manjakan sangat si Samsiah tue”… haha ?

Freelance

InsyaAllah, aku dah dapat 2 projek kecil untuk develop website bagi bulan ini. Satu statik website dan satu lagi E-Commerce website. Sekarang tengah menunggu content (details) daripada client. Sesiapa yang berminat nak memiliki website (untuk perniagaan) boleh contact aku di klikdesigner@gmail.com . Aku kasi harga cantik punya.. ✌

Contoh kalau kau orang nak jual baju ke, kasut ke, beg ke atau apa sahaja barang-barang, boleh jual melalui website (ada payment gateway). Kerja korang cuma upload gambar produk, details dan inventori sahaja (semuanya ada dalam panel). Kau orang boleh bayangkan laman web macam Lazada atau Shopee lah (semuanya automatik jer).. Click-Click.. then Settle.. 🙂

Semalam, aku ada offer kat adik-adik kat tempat kerja, (Sai dan Afiq). Diorang ada berniaga spare-part motor dengan adik Rahim. Aku tanya diaorang, “murah ke korang jual ?”. Diaorang kata, “murah sikit lah bang”.. Aku tanya, “nak ada website tak ?, korang tinggal upload gambar jer”. Bagus diaorang nie, muda-muda lagi dah ada perniagaan sendiri..

Kos untuk manage website perniagaan nie tak mahal sebenarnya, tak sampai Rm50 sebulan (untuk hosting dan email). Boleh lah sambil bekerja tue, ada perniagaan sendiri di luar (sistem akan berjalan secara automatik), akan ada notifikasi melalui email. Bila dah settle payment, then boleh terus shipping produk kepada pelanggan..

Okaylah ye, dah nak pukul 5 pagi.. Semalam aku penat sangat (tak sempat nak tulis diari sebelum tidur). Ada perkara yang aku nak kongsikan (perasaan hati), tapi bila bangun tidur pagi tadi,fikir-fikir kembali, rasanya tak perlu. Semalam pun, aku dah minta nasihat daripada abang-abang dan rakan sekerjaku, terima kasih ye semua.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
16 April 2019 5:05 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 80 : Apa Yang Terjadi 18 Tahun Yang Lepas ?
Next Post Diari 82 : Hitam Dan Putih Kehidupan..