Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Bercerita mengenai lelakiberlari, sebenarnya aku adalah peminat tegar rancangan variety show korea selatan iaitu Running Man. Jika ditranslate kan ke Bahasa Melayu,jadinya Lelaki Berlari kan ? ..haha
Aku mula meminati rancangan ini sekitar tahun 2012. Semua koleksi dari episod 1 sehingga kini, ada dalam simpanan aku.. Cuma Episod akhir-akhir ini sahaja aku tak simpan,download dalam Handphone dan bila memory penuh, aku delete jer..Dalam laptop hard disk dah penuh.. X tau nak simpan kat mana lagi.. Cara yang paling bagus sebenarnya simpan kat dalam Youtube (private kan video), untuk tontonan peribadi sahaja..takut kena “copyright strike” bila di publickan.. Tapi masa untuk nak upload itu yang takde.. 🙂
Menjadi rutin pada setiap hari isnin malam, aku akan berbaring sambil layan variety show Running Man.. Malam ahad aku akan download videonya terlebih dahulu, dan malam isnin pula aku akan download subtitle nya pula.. Boleh lah untuk release kan tension kan.. ?
Tension ke ?
Haha..Aku tak tahulah untuk huraikan macam mana.. Mungkin juga disebabkan tekanan menjadikan aku selalu terkena serangan migrain.. Aku tak pandai untuk relax kan diri aku.. Cepat gemuruh.. Cepat gelisah.. Cepat takut.. Cepat gementar.. Bila berkata-kata pun tergagap-gagap..Susah aku nak control semua itu..
Haha..Rao selalu panggil aku “pipi merah”, kalau “panic” jer terus pipi aku jadi merah..Haha.. Masa aku berpindah semula dari plant ke lab, First sekali Mr.Kevin cakap kat aku, “You kena relax” dan ayat itu selalu dia cakap kat aku. Pernah aku lupa bawa ubat, aku akan pergi ke bilik Mr.Kevin, “bos nak pergi farmasi jap”. Mr kevin akan kata, “nak ambil ubat .. Bawa kereta slow-slow..tengok kiri kanan..jangan kelam kabut”.
Haha.. Aku memang “kelam-kabut”.. Aku tak boleh nak kawal semua itu… Tak tahulah dah kahwin nanti okaylah kot.. 🙂
Migrain
Boleh dikatakan aku akan terkena serangan migrain hampir setiap hari. Tapi disebabkan aku dah ada sedikit pengalaman, aku akan ambil langkah-langkah preventive (pencegahan) dengan makan ubat terlebih dahulu.
Aku akan ambil separuh tablet caffox pada awal pagi sebelum pergi kerja ataupun aku akan makan di tempat kerja .. Rakan-rakan sekerja selalunya akan berpesan kat aku terutama Hanafi, “khai, dah makan ubat ke belum ?”. Haha.. Terima kasih ye Hanafi.. Kau memang kawan yang baik untuk aku..
Selalunya kalau aku tak makan ubat, aku akan terkena serangan migrain sekitar jam 10 pagi. Mula-mula aku akan rasakan aura dia terlebih dahulu (mata jadi kabur, bahu mula rasa tegang).. Kat situ aku dah boleh confirm 100%, aku akan kena serangan migrain sejam atau dua lagi..Bila dah kena, makan lah apa sahaja pain killer, memang takkan surut sakitnya..
Sakit dia akan bermula dari bahu dan akan pergi ke sebelah kiri atau kanan kepala dan terus ke belakang mata (rasa mata kena cucuk dan ditarik sampai ke bahu).. Sakitnya tak boleh nak kata..Selalunya aku akan hentak-hentak kepala aku kat dinding..Paling teruk dia akan melarat sampai 3 hari. Sakit kepala.. Muntah.. Pening..Semua dalam satu.. Tidur pun tak surut..
Dalam beg kerja aku dah macam-macam ubat aku bawa..Dengan bermacam variasi minyak angin..Haha. Tahu tak macam mana susahnya untuk aku disiplinkan diri aku untuk mengelak dari terkena serangan migrain ? ..
Aku tak boleh beralih dari suasana sejuk (air-cond) ke cuaca panas secara mendadak..Aku tak boleh berada di dalam satu suasana cuaca terlampau sejuk atau terlampau panas..
Aku tak boleh terkena cahaya silau..Aku tak boleh dengar bunyi-bunyian yang kuat, macam bunyi hammer, mesin, knocker, atau dalam bahasa lain bunyi yang kuat yang datang secara tiba-tiba. Aku tak boleh bau benda-benda yang terlampau tajam (seperti bau kencing)..Aku tak boleh makan benda pedas dan berminyak bila perut kosong…Semua itu adalah pencetus serangan migrain…
Aku akan jaga semua itu bila aku diluar rumah.. Banyak kali aku kena, terutama kat tempat kerja.. Aku tahu, bila aku kena kat luar,takde orang yang boleh tolong aku..Bila kena jer, aku memang dah tak boleh nak drive.. Itu sebabnya bila dah rasa mula nak kena..Cepat-cepat aku balik rumah…
Aku akan tidur..tidur..dan tidur…sampai rasa sakit itu betul-betul hilang.. Aku tak tahu berapa lama lagi aku perlu hadapi perkara ini..Tak semua faham apa yang aku hadapi ini dan aku merasakan memang tak ada yang faham pun..Sebab itu, bila aku sihat..Aku sangat-sangat menikmati hari-hariku..
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
7 January 2019 12:01 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor