Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 126 : Lepaskan Ia Pergi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini, aku menghadiri perjumpaan mingguan dan latihan bagi agent di Agensi Hartanah. Selepas pulang dari tempat kerja tadi, aku terus bersiap dan bertolak dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah, rezeki aku dapat Agensi Hartanah di Rawang.

Aku bekerja disini secara part time (separuh masa). InsyaAllah, pada akhir bulan ini, aku akan melakukannya secara sepenuh masa. Aku masih lagi mempelajari selok-belok dunia hartanah dan dalam proses menambahi ilmu pengetahuan mengenainya (yang penting knowledge). Selain daripada bidang hartanah, aku akan melakukan beberapa pekerjaan lain (freelance). InsyaAllah, aku akan berusaha untuk mencapai impian aku.

Mengapa ?

Ramai kawan-kawan aku bertanya, mengapa aku memilih untuk berhenti kerja ?. Aku rasa lebih baik aku jelaskan mengenainya di dalam diari aku pada kali ini lah. Aku tau ramai yang dengar rumor (khabar angin) yang entah betul atau tak kan ? Okay, ini kira kenyataan rasmi daripada aku lah ye .. Haha.. (acah-acah artis je) 😉

Firstly, aku nak jelaskan, keputusan untuk berhenti kerja memang dah ada di dalam planning aku sebelum ini. Ramai yang dah tahu sebenarnya, sebab aku dah ceritakan perkara nie dari tahun lepas lagi.. Haha. Masa aku digantung kerja pada 15 Mac 2019, aku dah mengambil keputusan untuk berhenti kerja lebih awal sebenarnya. Tetapi disebabkan oleh permintaan sahabat-sahabatku, aku tangguhkannya untuk beberapa bulan lagi (jika tidak, perkara ini akan menjadi lebih rumit untuk semua)

Sekarang semuanya telah berakhir dan aku rasa semuanya dah kembali seperti sediakala. Walaupun keadaannya dah kembali sebagaimana waktu dahulu, aku rasa menyesal sebenarnya mengambil keputusan untuk bekerja semula.

Sekiranya aku pergi begitu sahaja diketika itu, aku akan pergi dengan hati yang tenang. Tetapi sekarang nie, hati aku dah penuh dengan dendam. Dendam tentang apa ? Yang nie aku tak nak ceritalah, kalau aku pergi jer di masa itu (semua perkara ini aku tak tahu), tapi bila kembali bekerja semula, baru aku tahu cerita yang sebenarnya. Tapi takpelah..

Khairul Azahar Sharriffuddin
31 July 2019 11:46 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 125 : Bermulanya Sebuah Kisah Baru..
Next Post Diari 127 : Perkara Yang Tersimpan.