Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 192 : Malam Pertama Di Syurga

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah pagi nie sekitar jam 3 pagi aku akan bantu Hanafi (bekas rakan sekerja) untuk masukkan data bagi Bantuan Sara Hidup (BSH). Dia whatsapp aku minta tolong untuk masukkan data permohonan. Aku kata tak boleh masa nie sebab laman web lembaga hasil tengah high traffic (tak boleh access). Lepas tue dia kata dalam pukul 3 pagi dia Free. Jangan dia tidur sudahlah… aku lempang nanti ! Hahaa..

Actually boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan tidur agak lewat (sekitar jam 3-4 pagi). Aku tak rasa mengantuk sangat sebab aku akan tidur sekejap pada waktu tengah hari. Tidur pada waktu nie paling best lah (peluh-peluh gitu).. Hahaa.. 🙂 . Okay, untuk topik hari ini, aku nak kongsikan mengenai satu buku “malam pertama di syurga”. Buku nie boleh dikatakan buku yang paling banyak aku mengulang untuk membacanya…

Buku nie bila kau baca seolah-olah kau dapat rasa bagaimana sebenarnya yang dimaksudkan dengan syurga itu. Setakat ini aku tak pernah jumpa lagi sebuah buku yang dapat mengambarkan tentang kehidupan syurga. Aku boleh jaminlah sesiapa yang membacanya akan terinspirasi perjalanan hidupnya. Dah masuk kali ketiga aku beli buku ini, pertama aku tak pasti hilang ke mana, yang kedua aku hadiahkan kepada seorang rakan aku, dan yang ketiga untuk bacaan diri sendiri.

Umpama satu journey (pengembaraan) dalam kehidupan yang dinamakan syurga (sangat lengkap). Aku sarankan kau beli dan baca buku ini. Tak rugi, dan insyaAllah akan nampak laluan kehidupan kau nak kemana sebenarnya. Boleh cari dan beli di online marketplace seperti shopee. Kalau nak beli kat kedai, agak susah sikit nak jumpa. Pernah sekali aku tanya, “kak buku malam pertama di syurga ada tak ?”, kakak tue jawab, “buku takde, kalau buku malam pertama di alam kubur ada lah”... Hahaa… 🙂

Malam Pertama Di Syurga By Adil Akhyar

Beli ye buku nie, aku harap sangat dapat berkongsi perasaan aku ketika membacanya dengan kau orang. Aku nak kau orang rasa perasaan yang sama juga dengan aku 🙂 , Boleh ? Nak aku belanja ? Meh Whatsapp aku, aku belanja, tapi terhad kepada 5 orang je lah ye….. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
3 April 2020 12:46 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 191 :  Sebab Duit.. Itu Jer
Previous Post Diari 191 : Sebab Duit.. Itu Jer
Diari 193 : Harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu
Next Post Diari 193 : Harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu