Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 147 : Melastik Ke Planet Merah..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Ada sesiapa yang dah membaca diari aku sebelum nie tak (Diari 146) ? hehee..Bagi siapa yang membacanya dari awal sehingga akhir, aku kasi thumb-up sekali kat korang semua.. hahaa. 🙂 . Aku rasa, itu diari yang paling panjang aku tulis sepanjang berkecimpung di dalam dunia penulisan diari nie.. Hahaa. 🙂 . Memang menyesal lah tulis diari tue. Serius aku menyesal, lepas nie aku taknak dah buat macam tue lagi (kumpul seminggu, baru publish).

InsyaAllah, sekiranya berkelapangan, aku akan menulis. Sebenarnya bila menulis diari nie, minda akan jadi kosong, hati akan rasa tenang. Seperti ada sesuatu yang telah keluar dari dalam diri. Sebab itu bila menulis, aku akan rasa tenang sekali. Selalunya bila dah rasa letih sangat, aku akan buka panel blog, kemudian aku akan mulakan penulisan diari..

Tahu tak, dalam setiap penulisan diari, aku tidak akan meletakkan tajuknya terlebih dahulu, lihat gambar dibawah nie untuk mendapatkan gambaran lebih jelas..

Nampak tak, aku takde tulis tajuk diari nie lagi. Aku akan berikan nama bagi setiap diari-diari yang aku tulis selepas semuanya telah siap. Nak tahu tak sebab apa ? Sebab bila dah isi tajuk, maka ia akan membataskan setiap cerita yang nak dikongsikan. Itu teknik penulisan ye, biar jari-jemari dan minda berbicara semahunya (tak perlu ada batasan)..

Okay, macam mana nak susun ayat ? Susun ayat nie, aku tak berapa nak pandai sangat. Selalunya bila nak menulis sesuatu kandungan yang lebih serius, aku akan buka laman web persuratan melayu untuk mencari sesuatu maksud, idea ataupun tafsiran bagi sesuatu situasi ataupun keadaan.Dahulu aku ada kamus dewan bahasa edisi ke-empat, tapi dah hilang entah kemana.

Okay lah ye, malam nie tulis pendek jer (diari semalam dah panjang kan)..hehee.. Sebelum nak akhiri penulisan diari malam nie, aku nak kongsikan satu boarding pass lelakiberlari.com ke marikh pada tahun 2020 .. Hahaa.. Bagi sesiapa yang tidak tahu, NASA telah melancarkan satu misi ekplorasi ke marikh dengan menghantar sebuah rover ke sana pada tahun 2020.

https://www.instagram.com/p/B2dTb7rlwaL/?utm_source=ig_web_copy_link

NASA juga telah menjemput sesiapa sahaja yang ingin turut serta di dalam ekplorasi nie. NASA akan menghantar setiap nama yang berdaftar di dalam laman webnya ke Marikh bersama-sama dengan Rover. (nama akan disini di dalam microchip). Menarik kan ?

Sesiapa yang berminat boleh click di link dibawah ini : https://mars.nasa.gov/participate/send-your-name/mars2020/

Khairul Azahar Sharriffuddin
16 September 2019 11:02 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 146 : Cerita Seminggu
Next Post Diari 148 : Jalur Mata Yang Berdarah