Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 9 : Meniti Hari Yang Kian Menghilang..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi sempat aku gurau-gurau dengan ibuku ketika masuk ke dalam kereta untuk pergi ke tempat kerja, “Mak, tahun ini atau tahun depan kita nak kahwin lah”. Ibuku menjawab, “eloklah tue, bapak kau pun dah tanya, erol takde makwe ke”.. Haha.. akhirnya ibuku dah kasi “green light”.

Sebelum ini, bila aku tanya nak kahwin jer, pastinya wajah mak tak berapa nak ceria, mungkin ibuku rasa aku akan tinggalkan dia bila sudah berkahwin nanti..Tak..Aku takkan tinggalkan ibuku, aku akan jaga dia sampai bila-bila.. Itu janji aku..

Hari ini aku jumpa kak Nani, lama dah dia cuti (cuti bersalin).. Hari nie dia pakai cermin mata..nampak cute..Haha..Dahulu aku pun berkaca-mata, Tapi susahlah nak bekerja dengan habuk sini-sana ..Kemudian aku buat Lasik.. Alhamdulillah, Penglihatan pun dah clear sekarang. Aku cakap dekat kak Nani, “Nampak mudalah”.. Dia jawab, “memang mudalah, umur 32”.. Haha..

Okay pasal OT kan, aku dapat info terbaru tadi. Overtime akan berlanjutan sehingga Jumaat depan..Maksudnya aku terpaksa menanggung kegelisahan hatiku selama seminggu lagi. Sebenarnya aku dah tak tahan sangat…Betul-betul tak tahan..Bila aku balik kerja jer, aku akan marah dengan diri aku sendiri..

Okaylah ye..Aku dah penat sangat nie.., aku tak boleh nak tahan dah ..Mood memang dah “out” untuk bulan nie…badan aku dah penat, nak cuti pun tak boleh… Masa drive balik kerja tadi, nak jer aku singgah kedai kejap…Aku nak mabuk malam nie..Mabuk biar sampai tak boleh bangun pagi esok..

Okaylah ye…Aku nak Menangis ~

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 January 2019 11:00 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya,Selangor
Previous Post Diari 8 : Mengantuk.. Overtime.. Tukar Kerja..
Next Post Diari 11 : Dua Perkara..