Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…
Hari ini aku bangun awal sedikit, sekitar jam 4 pagi sebab Rao cakap nak datang rumah aku dalam pukul 7 Pagi..Bangun jer aku terus memasak (ini pun dah nak dekat sejam), mandi, bersenam, dan cuci kandang kucing dan beri makan.. :-).. ngam-ngam pukul 7 pagi Rao sampai kat rumah aku..
Hari ini aku “excited” sebab nak singgah dekat BHP jumpa Aishah.. First time aku rasa confident.. Sampai jer kat BHP aku dah nampak Aishah ada kat kaunter, tapi ada pula yang “kacau” (aku tengok dia tengah layan satu orang, banyak kertas-kertas atas meja kaunter)..
Aduhai..aku straight jer lah pegi bayar kat tempat lain (dengan satu auntie).. Aku cakap, “pump satu rm40”.. Pada masa yang sama aku tenung Aishah..Lama, sampai aku tak perasan auntie tue panggil aku, dia kasi satu kertas..”ini cabutan bertuah, tulis nama dan lain-lain maklumat”. Lusa aku akan pergi lagi..Aku akan pergi sana sampai bila-bila Aishah.. 🙂 .
Sakit Kepala Lagi..
Pagi tadi aku cakap kat Rao, “bang hari ini saya taknak makan ubat,sebab saya dah jumpa Aishah”. 🙂 . Rao cakap, “Aku rasa lebih baik kau makan lah Khai, hari ini kita ada banyak kerja”.. Hahaha.. (sama-sama ketawa).. 🙂
Sampai tengah hari aku steady lagi (takde rasa apa-apa).. Tapi lepas pukul 2 petang, kepala aku dah start sakit..Aduhh..Rao cakap, “makanlah ubat khai”.. Aku cakap, “takpe,kejap lagi okaylah kot”.. Dalam pukul 3:30 petang, badan dan tangan aku dah rasa terketar-ketar, bibir rasa kebas, mata rasa sakit, bahu rasa tegang, aku dah tak boleh beri tumpuan (aku dah tak tahu apa yang aku buat), cakap pun dah berterabur..
Aku terus ambil beg “doraemon” aku.. Haha.. (macam-macam ada dalam tue).. Aku tengok-tengok ubat takde., terus aku cakap kat Rao, “bang, boleh tolong continue kerja saya tak ?, saya nak pergi farmasi ambil ubat sekejap”. Aku masuk bilik Mr.kevin minta kebenaran untuk keluar, Mr.Kevin cakap kat aku, “drive slow-slow ye”.. 🙂
Dah makan ubat lega sikit lah.. Tapi tak boleh sembuh sepenuhnya. Masa aku menaip ini pun, kepala aku tengah sakit lagi.. :-). Balik kerja tadi, aku berhenti sekejap kat klinik.. Tapi apa-apa pun, aku terima ini semua menjadi sebahagian daripada hidup aku.. Alhamdulillah.. Aku akan kekal happy macam biasa 🙂
Cerita Orang Dah Kahwin
Sekarang nie kat tempat kerja, cerita pasal orang dah kahwin jer..Aku yang bujang nie (dengar memang tak boleh tahan lah). Aku cakaplah dengan diaorang, “abang, umur saya dah 33 tahun, belum kahwin, tahu tak rasa gelora hati saya macam mana ?”.
“kau belum kahwin khai, kau tak tahu, kalau kau dah dapat baru kau tahu rasa dia macam mana”. Hari-hari aku kena perli tau.. 🙂 . Tapi aku seronok dengan pengalaman abang-abang aku nie :-). Tapi sekarang kat kilang dah macam-macam isu dan cerita yang jadi bualan (sampai malas dah nak fikir, follow jer lah), aku cakaplah dengan abang-abang, “sekarang nie saya nak cerita pasal perempuan jer, lain-lain saya taknak cerita”. Hahaha.. 🙂
Lepas Kerja
Malam ini, aku tak akan buat apa-apa kerja.. Nak rehat.. dan malam esok aku nak tengok bil-bil yang nak kena bayar (domain, hosting, server, email, dll). Bulan depan, aku nak belanja lebih sedikit untuk upgrade server dan beli perisian-perisian yang dapat membantu kerja-kerja aku..
InsyaAllah, aku nak impian aku tercapai.. Aku suka dengan apa yang aku lakukan sekarang dan aku harap-harap apa yang telah aku usahakan selama ini akan nampak hasilnya dalam masa terdekat.. InsyaAllah 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
24 January 2019 8:59 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor