Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 134 : Naratif Yang Pudar

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie sahaja aku dah menulis dua diari kan ?.. Haha.. maklumlah tak bekerja.. πŸ™‚ . Tengah hari tadi, aku dah start design web biliksewa.my . (Aku nak siapkan dalam masa 2 hari). Ia merupakan satu cabaran yang aku berikan kepada diriku sendiri, aku nak tahu sama ada seseorang itu mampu untuk create sesuatu yang berbeza di dalam life (kehidupan) mereka (bila diberikan peluang dalam bentuk masa).

Sebagaimana kata Jack Ma, β€œMost people have fancy ideas in the evening, but when they wake up in the morning, they go back to do the same job. We have to do something different.” . Nak tahu sebab apa mereka masih tetap melakukan pekerjaan yang sama dari hari ke hari ? Sebab realitinya (kehidupan ini) memang begitu. Manusia perlukan duit. Duit untuk bayar sewa rumah, bayar kereta, bayar itu.. bayar ini.. Manusia perlukan jaminan kehidupan (pekerjaan yang tetap)..

Meskipun seseorang itu memliki idea sehebat mana pun. Hakikatnya, setiap kali bangun pada waktu pagi, diri akan sedar dan tahu realiti kehidupan yang sebenar (kenyataan hidup) dan putaran kehidupan itu akan tetap berterusan begitu sehinggalah seseorang itu menutup mata… Nak buat macam mana kan ?. Tetapi, InsyaAllah, ada jalan bagi sesiapa yang berusaha (barangsiapa yang bersunguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil)..

Suatu Masa

Baru aku sedar, dah pukul 1 pagi sekarang nie… Haha.. Web sekarang nie dah hampir 80% Siap (design).. Esok aku akan sambung.. πŸ™‚ . Malam ini, aku nak cerita (kongsikan) pengalaman hidup aku (masa zaman remaja dulu). Malam-malam sunyi macam nie, mengingatkan aku kembali akan suasana ketika waktu itu..

Tak lama selepas mendapat keputusan SPM, aku mula mengasingkan diri daripada kawan-kawan (tak keluar rumah). Berbeza dengan sifat aku sebelum itu (suka bergaul dengan orang). Aku rasa macam terasing dalam perbualan (rasa macam dah tak wujud), perbicaraan dah berbeza, jika dulu berkata-kata tentang keriangan, sekarang bicaranya tentang masa depan..

Waktu siang aku akan tidur (kerana takutnya berhadapan dengan realiti), tidur sampai ke petang. Aku merasakan jiwa aku dah mulai hidup, bila malam mula menjelma (kerana realiti kehidupan itu telah tersembunyi), dan bila malam itu hadir sepenuhnya, maka tersembunyilah akan ketakutanku itu di dalam kegelapan malam…

Masih ada beberapa sahabatku yang tetap datang ke rumah hampir setiap hari. Reduan dan Man sentiasa menemani aku dan mendengar kata-kata bicaraku dan luahan perasaanku dari waktu malam sehinggalah ke waktu subuh, tanpa jemu. Kehadiran mereka silih berganti sehinggalah aku berpindah semula ke kampung halamanku ini (Rawang)..

Aku rindukan masa itu (mendengar petikan gitar dan suara nyanyianmu), Masihkah kau ingat semua itu ? Atau aku sahaja yang masih menyimpan semua kenangan itu. Masih segar dalam ingatanku akan kata-katamu kepadaku, “Zar,suatu hari nanti, kau akan menulis satu buku mengenai kisah kau”. Sudah 18 Tahun berlalu Man, tiada buku, tetapi hanya ada sebuah naratif diari yang menceritakan tentang kisah itu…

Khairul Azahar Sharriffudin
18 Ogos 2019 2:05 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 133 : Cabaran Dua Hari…
Next Post Diari 135 : Takdir Yang Tidak Akan Terpisah