Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 142 : New Chapter

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, boleh dikatakan aku dah selesai menempuhi chapter pertama di dalam diari kehidupanku. Hehe.. 🙂 . Untuk diari 142, aku akan memulai semula perjalanan hidupku (bercerita akan kisahnya). Yang menariknya, chapter pertama diariku berakhir pada diari yang ke 141. Nombor 4 dan 1 merupakan nombor kegemaranku, terutama nombor 4141.

Ada kisah disebaliknya pada 18 tahun yang lepas bagi nombor 4141. Tapi itu kisah lalu lah. Mulai dari detik ini, aku akan bercerita tentang masa hadapan.. 🙂 . Sebelum tue, aku nak selusuri terlebih dahulu perjalanan diari-diariku sebelum ini.. jom kita lihat..

Bagaimana Semuanya Bermula ?

Aku mula menulis diari di dalam blog ini sekitar bulan december 2018 (hampir 2 tahun yang lepas). Aku menamakan blog ini dengan nama Diari Hidup Seorang Muslim kerana ia merupakan nama blog asal yang aku gunakan pada tahun 2010 (ketika aku baru menulis dahulu). Kini, aku menggunakan nama domain Lelakiberlari.com . Nak tahu kenapa aku menggunakan nama lelakiberlari ?.

Sebenarnya, aku meminati rancangan Running Man (aku rasa semua orang pernah menontonnya) 🙂 .Sampai sekarang pun aku masih lagi meminatinya, aku baru tengok episod terbaru tengah hari tadi. Adik-beradik aku mengatakan perangai aku sama macam kwang soo.. Haha..Member-member panggil aku dengan nama kwang soo kat tempat kerja lama dulu.. Hahaha.. Boleh lah.. 🙂

Lagipun orang kat tempat kerja aku pun selalu sangat perli aku, katakan yang aku suka berlari-lari lah.. Hahaa.. 🙂 . Okay, sekarang nie, aku nak kongsikan mengapa aku menulis ? Sebelum itu, aku nak ceritakan terlebih dahulu tentang sifat diriku. Kalau perasan tagline dibawah blog Diari Hidup Seorang Muslim ada tertulis satu baris ayat, aku melihat, mendengar, dan merasa.. lalu ku menulis . Sebab apa aku suka menulis ? Sebab aku tak pandai melukis..

Ya, aku tak pandai melukis. Andainya aku pandai melukis, nescaya habislah tinta-tinta berwarna itu dengan hiasan dari diari hati ini. Aku gemar melihat apa yang berada di sekelilingku, mendengar akan kata-kata manusia, merasai dengan hatiku dan semuanya itu akan ku hamparkannya di atas kertas yang berwarna putih ini…

Aku mahukan semua ini menjadi bukti bagi zuriatku pada suatu masa nanti. Aku mahu ia mengenali aku sebagaimana rasa hatiku untuk mengenali tentang ayah suatu masa dahulu dan ia juga merupakan salah satu cara untuk aku merehatkan mata dan fikiranku. Aku akan rasa relax bila menulis, rasa macam kosong (bebas), rasa dunia ini macam ana yang punya.. Hahaa.. 🙂

Okay, apa yang kau belajar di dalam chapter yang pertama di dalam diari ini ? Adalah tidak terjangkau banyaknya perkara yang telah terjadi kepada diriku di sepanjang masa ini. Alhamdulillah, aku dah simpan semuanya di dalam diari ini (ada yang aku private kan ia daripada bacaan umum). Aku boleh ringkaskan ia sebagai pengalaman yang terhebat yang pernah aku lalui sepanjang hidupku.

Jika kau orang tengok movie atau drama bersiri, macam itulah ceritanya. (semuanya terkumpul di dalam satu). Alhamdulillah, aku bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada ceritanya, dan itu semua telah banyak mengubah apa yang aku percaya selama ini. Semua cerita dan orang-orangnya akan kekal selamanya bersemayam dalam hatiku…

Cinta ?

Dalam tempoh ini juga, buat pertama kalinya, aku ada pasangan di hidupku (selepas 33 tahun). Bagaimana aku bertemu dengannya ? Bila difikirkan kembali semuanya, bagaikan sudah diatur (ditakdirkan) akan ceritanya. 🙂 . Ketika aku digantung kerja pada 15 March 2019 , masa itu aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja. Tetapi disebabkan permintaan sahabat-sahabatku diketika itu (untuk tidak berhenti kerja), aku pun setuju jer lah (tapi aku cakap, aku akan bekerja untuk beberapa bulan jer lagi). Aku bekerja pun, semata-mata untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk…

Masa itu, Jai (huzaifah) ada contact Wawa untuk mendapatkan pandangan berkenaan kes aku. Menurut Jai, Wawa bekerja sebagai HR di KPJ. Lepas settle kes aku, Jai ada bagitahu sekiranya aku berminat dengan Wawa (untuk dijadikan teman). Aku cakaplah, aku tak pandai lah, cantik sangatlah, tak sesuai dengan aku lah.. Hahaha.. macam-macam alasan aku kasi. Masa itu aku tengah suka dengan Aishah (Dia pun takde kasi respons masa itu).. Jai cakap, Aishah masih budak lagi, fikiran tak matang..

Bila fikir-fikir kembali, aku bersyukur sebab tak jadi dengan dia.. banyak perkara-perkara yang dia lakukan tak sesuai dengan keadaan hidup aku sebenarnya. Aishah, jika awak baca diari nie, saya nak tarik balik surat yang saya kasi kat awak tue.. Hahaha.. saya silap masa itu, dan kalau awak tak suka rantai yang saya kasi awak tue, awak boleh buang bila-bila masa jer 🙂 Hahaa (rasanya dah cukup jahat nie)..Okay, dah settle bab Aishah..

Jai berikan aku nombor telefon Wawa. Aku WhatsApp dia pada 25 April 2019 (bila baca kembali text whatsApp aku dengan dia) rasa lawak jer.. Haha… Masa itu, goyang jangan cakaplah. Aku tak pernah lagi nak borak-borak manja dengan awek (dengan niat untuk dijadikan teman).. Tapi dia guide aku lah.. perlahan-lahan.. sampailah aku boleh bercakap dengan dia di dalam telefon..

Kemudian jumpa untuk dating pertama kali dengan perempuan. Gugup habis… Hahaa.. Alhamdulillah, dia dah banyak mengajar aku tentang bercinta..(banyak perkara-perkara yang pertama kali aku buat dengan perempuan, aku buat dengan dia).. Oleh sebab itu, aku taknak kecewakan dia suatu hari nanti.. aku taknak jadi orang yang buat dia bersedih suatu masa nanti dan aku taknak semua itu terjadi pada dia..

Yang Mendatang

Alhamdulillah, dah selesai chapter pertama di dalam diari aku. InsyaAllah, diari-diari yang mendatang ini akan aku ceritakan mengenai kisah-kisah ku di dalam dunia baru. Kemungkinan aku akan jarang menulis, tetapi aku akan cuba juga untuk menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali..

Minggu depan adalah harinya.Hari yang selama ini aku nanti-nantikan. Adakah impian aku selama ini akan menjadi realiti ? Atau semuanya hanya sekadar di tepian sahaja atau aku mampu untuk menjadi yang terbaik di dalam kehidupan ini ? Pastinya semua kisah dan pertanyaan itu kan terjadi di dalam chapter ini 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
1 September 2019 1:13 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 141 : Telah Berakhirlah Suatu Kisah..
Next Post Diari 143 : Perjalanan Takdir