Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 184 : Penawar Bagi Hati

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, aku harap dapat siapkan satu produk baru menjelang tengah malam ini (website). Dah sebulan lebih aku design web ini. Kelewatan juga disebabkan kondisi kesihatan yang tak berapa nak elok (selalu demam) dan keadaan cuaca yang terlalu panas. Bila panas sangat, aku tak on kan PC (cepat panas nanti). Lepak tengok Netflix aje lah.. 🙂

InsyaAllah, product baru ini akan dapat memberikan penambahan kewangan antara RM500-RM1000 Sebulan. Actually aku bangunkan product web berasaskan hartanah. Antaranya web berkaitan jualan rumah subsale, project, company construction, homestay, hotel atau apa-apa yang melibatkan industri hartanah. Buat masa ini, product aku dah cover dua bahagian, iaitu subsale & project. InsyaAllah yang lain-lain akan aku bangunkan dari semasa ke semasa..

Jika ada team lagi bagus sebenarnya, sebab akan ada orang yang push kau untuk kerja lebih keras dan pembahagian kerja yang lebih teratur. Bila kerja sorang-sorang nie, tahu-tahulah kan.. 🙂

Ilmu Hati

Okay, berkenaan dengan tajuk hari ini “penawar bagi hati”. Sebenarnya ia merupakan sebuah nama kitab tawassuf yang dikarang oleh seorang ulama melayu iaitu Syeikh Abdul Qadir Mandili . Kitab ini membicarakan perihal menjaga mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki.

Membicarakan tentang soal hati (sifat-sifat jahat dalam hati) dan sifat-sifat yang terpuji. Jika nak lihat perbahasan tentang kitab ini boleh layari youtube, taip jer “penawar bagi hati”, insyaAllah akan ketemu syarah kitab mengenainya. InsyaAllah, akan ada something yang akan masuk dalam hati kau orang.. (aku harap begitulah)..

Mengapa penawar bagi hati ? Hati manusia nie sifatnya tidak boleh menipu, tidak boleh berbohong, tetapi penyimpan rahsia terbaik (tidak kiralah sama ada rahsia itu dalam bentuk yang baik ataupun jahat). Hati lah yang akan menentukan kebahagian seseorang. Jika hatinya baik, maka akan berbahagialah dia, jika jahat, maka akan sentiasa gelisahlah hatinya..

Sebab itulah ia dipanggil sebagai kitab Penawar Bagi Hati. Penawar bagi hati yang gelisah, Penawar bagi hati yang ragu-ragu, dan Penawar Hati bagi hati yang sentiasa tidak tenang dan aman. Boleh dengar santai-santai jer.. 🙂

  • [Khidmat Masyarakat] – Sekiranya ada aplikasi Telegram, boleh join group Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan info terkini berkaitan COVID-19 secara sahih dan terpantas . Group link : t.me/MKNRasmi

Khairul Azahar Sharriffuddin
15 Mac 2020 2:22 Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 183 : Semoga Kamu Kekal Sihat Selalu..
Previous Post Diari 183 : Semoga Kamu Kekal Sihat Selalu..
Diari 185 : Wahn Di Qalbu..
Next Post Diari 185 : Wahn Di Qalbu..