Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Petang semalam, suasana mendung mengiringi penjalanan pulangku dari tempat kerja. Begitu jualah perasaan yang kurasa di dalam kalbuku diketika itu. (sayu). Kehidupan ini penuh dengan perkara yang tidak diduga, tidak disangka, dan itu semua adalah suatu suratan daripada Tuhan (yang telah ditakdirkan).
Pagi tadi, hujan lebat membasahi bumi perkampungan ini. Makin enak menarik selimut dan dipeluk erat akan bantal pelukku. Kedinginanku dikala melelapkan mata.
Mencari Yang Dicari..
Hari ini, aku planning untuk mengemaskini beberapa website. Ditakdirkan line internet celcom hari nie langsung takde (mungkin disebabkan hujan lebat). Line internet keduaku, Yes 4G (stabil), tetapi aku tak boleh access website aku menggunakan sambungan internet daripada YES. Ini disebabkan semalam, aku tertukar DNS domain kepada provider yang lain (aku tak perasan) ,nak kena tunggu DNS propagate mengambil masa 48 jam. (Nak cerita terlampau teknikal nanti).
Jadinya, hari ini memang tak boleh nak buat apa lah. Mati akal juga..hehe 🙂 .Sudahnya, aku keluar pergi ke Pasaraya NSK sekitar jam 12 tengahari, ambil duit di mesin ATM dan belikan ubat untuk ibuku (diabetes). Kemudian pergi ke kedai gunting rambut (minggu depan nak jumpa wawa).. haha 😉 , kemudian pulang semula ke rumah..
Aku baring-baring lah, dengan harapan line celcom akan bertambah baik (tetap juga tiada). Aku gunakan line YES 4G untuk mengakses internet, aku buka Youtube dan terlihat ada video-video terbaru dari channel yang aku subscribe. Ada video guitar solo terbaru, “Misteri Mimpi Syakila” dan “Intanku Kesepian”. Tangan aku pun menggigil lah sebab lama tak main guitar (tali putus) ..Haha.. 🙂 . Aku pun mengambil keputusan untuk keluar mencari tali gitar hari ini juga..
Aku mandi, kemudian aku katakan kepada ibuku, “mak jom keluar jalan-jalan”. Adikku yang paling bongsu (Beela) pun nak ikut sekali. Aku pun pergi ke bukit sentosa(Pustaka Rawang), beli satu set tali gitar baru. Kemudian aku beli sedikit makanan dan minuman (kitaorang makan di dalam kereta)..
Aku katakan kepada ibu dan adikku, “Abang Erol nak cari durian lah, nak tak ?”. Ibu dan adikku katakan okay jer. 🙂 . Aku bawa mereka melalui jalan yang biasa ku gunakan untuk pergi ke tempat kerja. Sampai sahaja di BHP Serendah.. Haha.. 😉 . Nak aku ceritakan tak ? Aku rasa cerita jer lah ye.. nama pun diari kehidupan…
Aku katakan kepada adikku, “Beela, kau tengok Ecah ada tak ?”. Adik aku jawab, “ada tue, kat depan cashier“. Adik kata, aku tak boleh nak move on. Dia pun dah ada teman lelaki. Adik aku selalu sangat stalk dia kat instagram. Siap hantar screenshot kat group whatsApp kitaorang (kasi panas aku lah tue). “Weih erol, dia kata, pakwe dia lelaki kiriman tuhan”. Aku pun balas lah,“Okaylah tue, aku nie lelaki kiriman syaitan”.. Haha.. 😉
Okay, perjalanan diteruskan. Sampai sahaja di hadapan kilang tempatku bekerja, aku katakan kepada ibuku, “kat sinilah erol kerja”. Aku perhatikan, ibu menoleh pandangannya ke tempat kerjaku dan aku katakan lagi, aku nak cari suasana pekerjaan baru selepas ini dan ingin melupakan semuanya disini..
Sampai sahaja di Batang kali. Mataku mula tertumpu melihat gerai-gerai yang menjual buah durian di sepanjang jalan. Adik aku berkata, “tue abang erol, ada jual”. Aku katakan, “yang macam nie abang erol tak berani nak berhenti lah, takde tulis harga, silap-silap kena rm100 sekilo”.. haha.. 🙂
Didalam perjalanan itu, aku mengambil keputusan untuk membawa ibuku untuk melihat pemandangan di Empangan Hulu Selangor. Alhamdulillah, hari ini tercapai jua akhirnya. Tahu tak apa yang ada disini ? . Kalau aku cerita kan, nanti orang tak percaya pula.. Haha… Takpelah, aku simpan je untuk pengetahuan diri ku sendiri..
Dalam perjalanan pulang, tidak jauh dari Empangan ada orang yang menjual Buah Durian Kampung (orang Asli) di tepi jalan. Aku beli 4 kilo (Rm10 Sekilo)..
Sampai dirumah sekitar jam 4:30 petang. Aku periksa handphone aku, line celcom masih takde sebarang perubahan. Aku tak tahu nak buat apa lagi, aku duduk di hadapan televisyen (rasa janggal) disebabkan aku memang jarang-jarang sangat menonton televisyen (dalam sebulan, aku rasa tak sampai 10 minit)..
Aku memandang remote control (dah berubah warnanya). Aku pun tak tahu nak tekan button yang mana satu. Haha.. 🙂 . Puas aku tengok satu persatu. Masa itu movie , “Johnny English Strike Again” (Mr. Bean).. Memang best, aku tengok sampai habis.. lawak..Lucu.. Haha 🙂 . Kemudian aku tengok filem Evergreen “Back To The Future”..Nie filem favorite aku..
Hari nie, aku rasa macam perfect sangat (walaupun takde line internet untuk buat kerja). Sukar untuk aku ceritakan bagaimana rasanya perasaan ini (sebab rasa itu bermain di dalam perasaan hati).. Umpama ada kata-kata yang sedang berbicara dalam hati aku sekarang nie. Aku nak cerita lebih-lebih, nanti orang cakap gila pula, apatahlagi nak percaya.. Haha.. ;-). Takpelah, biar aku seorang jer yang rasa…hehe..
Okaylah ye, malam ini keluarga aku ada buat BBQ (menyambut ulang tahun kelahiran adik aku, Fauziana). Diaorang tengah bakar-bakar kat luar, aku pula menulis diari kat sini.. Hehe.. 😉 . Aku nak turun makan jap ye..Hehe.. 😉 .
Khairul Azahar Sharriffuddin
7 July 2019 9:51 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor