Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 93 : Perjalanan Yang Sunyi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini aku terjaga dari tidurku selepas bermimpikan akan kampung tempat tinggal arwah Nenekku. Ku di dibawa berjalan-jalan di dalam rumahnya oleh arwah datuk saudaraku, ternyata keadaan rumahnya sangat daif dan kotor persekitarannya (tetapi luas kawasannya).

Ku terlihat ada seorang anak kecil di dapur rumahnya berada dalam keadaan yang tidak terurus dan kotor tubuhnya (mungkin juga dia adalah jiran yang tinggal berdekatan kubur nenekku)..

Ku ambil air dan kucuci halaman rumahnya sehingga bersih, tetapi hos air yang ku gunakan diketika itu terlampau pendek dan tak mampu untukku sampai dikeseluruhan kawasan rumah.

Aku berjanji diketika itu, akan ku datang semula pada hari yang lain untuk membawa hos yang lebih panjang dan yang lebih kuat akan arus airnya (agar dapatku membersihkan keseluruhan kawasan rumah itu) dan juga dengan wangian yang paling wangi sekali…

Dari mimpi ini, insyaAllah aku dah tahu apa yang sedang berlaku pada arwah Nenekku dan juga jiran-jiran yang bersamanya kini. Rasanya hampir setiap hari aku akan mengingati arwah Nenekku (mungkin tak sempurna) apa yang telahku berikan kepadanya apatahlagi meminta dalam keadaan hati yang lalai (doa tanpa kehadiran hati), hanya kata-kata yang terbit daripada mulut tanpa sebarang maksud yang datang dari hati..

Hanya ada dua perkara (amalan) sahaja di dalam dunia ini, yang mana jika ia dilakukan tanpa kehadiran hati (dalam keadaan yang lalai) tetapi tetap juga akan diterima oleh Allah swt, nak tahu apakah ia ? Berselawat dan Membaca Al-Quran, dua perkara ini jika dilakukan dalam keadaan hati yang lalai (tanpa ada maksud, main-main,tanpa ada niat) tetap juga akan diberikan ganjaran dan diterima oleh Allah swt, dan aku tahu, doa ku ini tak termasuk di dalam dua perkara ini..

Hari Terakhir..

Pernah baca diari-diari aku sebelum ini kan ?. Sebelum ini, aku pernah berusaha untuk berhenti merokok, (tapi gagal) dan hari ini aku akan cuba sekali lagi.. Hari ini, aku akan jadikan hari terakhir untuk aku merokok. Sebenarnya aku dah lama berhenti merokok (sekitar umurku 24 tahun dahulu) dah lama sangat, tetapi aku mula kembali merokok sekitar pertengahan tahun lepas..

Mungkin ada sebab mengapa aku kembali merokok.. 🙂 . Bila aku imbas kembali struktur takdir hidupku beberapa ketika waktu ini, aku dah faham apa yang terjadi itu ada sebabnya. Aku harap, kali ini aku akan berjaya..

Hari isnin ini aku akan bercuti sempena menyambut 1 Ramadhan. Aku nak bersama keluargaku pada hari pertama puasa. Ada beberapa perkara yang aku nak lakukan sepanjang masa ini. Aku nak cari diri Khai yang dahulu, aku nak dia kembali seperti mana yang pernah aku kenal dia dahulu.. Aku akan berusaha untuk mendapat dirinya kembali… InsyaAllah..

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 May 2019 5.27 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 92 : Berakhirnya Sebuah Mimpi..
Next Post Diari 94 : Yang Telah Pergi..