Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini, badanku rasa tidak bermaya (terlalu letih). Mungkin juga disebabkan oleh keletihan hari semalam (tak habis lagi). Pagi semalam, sebagaimana yang dirancang, aku pergi ke Bandar Rawang untuk menyelesaikan beberapa kerja. Ini termasuklah membuka akaun simpanan baru. Kali ini aku memilih CIMB..
Setibanya aku di Bandar Rawang, aku terserempak dengan kawan sekerja di tempat lama yang pernah aku bekerja. Aku memberhentikan keretaku, dan menyapanya. Mula-mula dia macam confius.. Haha.. ?. Nama dia Sitrarasu (lelaki india berumur lingkungan 56 tahun). Aku memang baik dengan dia dahulu (kerja di dalam department yang sama, Maintenance)..
Baru-baru nie pun, dia ada call aku, ajak kerja bersama dengan dia. Aku dah fikir masak-masak dan dah taknak kerja-kerja macam itu lagi (penat sangat). Dahulu bolehlah, tubuh masih muda (sekarang dah lebih tiga puluh tahun), badan cepat letih,? tapi steadylah.. Haha.. ?
Aku berboraklah dengan dia (perkara tentang kerja), kehidupan dia, dan apa yang dia sedang lakukan sekarang nie (dalam setengah jam jugalah berborak). Selepas berpisah, aku berjalan kaki ke Bank Cimb untuk membuka akaun. Aku beratur untuk mengambil nombor, sampai sahaja giliran aku, staff (lelaki yang sudah berumur) hanya mengangkatkan kepala kepadaku, aku katakan kepadanya, “nak buka akaun simpanan”.
Tanyanya kembali, “akaun simpanan untuk apa ?”. Aku katakan, “untuk simpanan peribadi”. Dia bertanya lagi, “ada bawa surat ?”. (dalam hatiku bertanya, surat apa pulak nie).. Haha.. ?. Aku tanya kepadanya, “surat apa ?”. Dia katakan, “surat daripada company. Awak sekarang buat apa ? kerja tak ?”. Aku jawab, “kerja”. Tanyanya, “kerja kat mana ?”. Aku cakaplah, kerja kat mana, lepas itu aku katalah kat dia, “saya nak buka akaun simpanan sendiri jer”. Dia katakan, “tak.. nak kena ada surat company, minta surat kat company, kemudian datang semula”.
What The Fish.. Ini polisi baru CIMB ke ? Aku nak buka akaun simpanan jer lah weih, nak simpan duit dalam bank kau. Taknak sudah, aku simpan duit aku dalam akaun ASB jer.. ?
Okay, lepas itu, aku bergerak ke Bank Rakyat pula, untuk Renew Pendaftaran Syarikat (SSM) yang dah nak expired 14 May ini.Lepas isi borang semua, tunggu giliran. Sampai jer giliran aku, Staff di kaunter (sangat ramah orangnya), berkata kepadaku, “Tak boleh lah Encik, offline, saya cuba sekali lagi ye”. Setelah mencuba sekali lagi, Staff perempuan itu berkata, “Tak boleh juga lah Encik, Maaf ye, kalau urgent nak renew, kena pergi ke pejabat dia terus”. Kecewa lagi aku ?
Aku berjalanlah ke tempat parking kereta, sambil berfikir (kemana lagi harus aku pergi, dalam fikiranku ketika itu, Bank BSN). Aku masuk ke dalam kereta, dan memasukkan kunci untuk menghidupkan kereta.. Tapi.. kereta tak boleh start pula.. Haha..??.Aku senyum jer diketika itu.. ? . Puas aku cuba.. Tapi tak mau juga..✌
Memang aku KENA lah semalam ?. Aku buka bonet hadapan kereta, aku tengok air di dalam bateri (nampak macam sedikit). Kemudian aku berjalan kaki mencari kedai kereta untuk membeli air beteri. Alhamdulillah jumpa, aku menambah air bateri kereta sehingga paras yang sepatutnya dan kemudian aku cuba menghidupkan enjin kereta. Alhamdulillah.. Hidup..✌
Kemudian, aku tak fikir panjang dah, terus jer aku balik, tapi sebelum tue singgah di kedai makanan haiwan (beli makanan kucing satu bag) dan setibanya di rumah, aku mengambil cadar tempat tidur dan juga bantal untuk hantar ke kedai dobi (sejam juga aku duk lepak kedai dobi semalam)..
Tapi penatnya, jangan cakaplah.. Penat sangat (rasa nak pengsan).. Lagi-lagi perkara yang aku rancangkan semalam tak jadi.. Tapi takpelah, kejap lagi aku akan pergi lagi. Hari ini aku half-day kerja, petang masuk. Harap semuanya akan baik-baik sahaja ?✌
Khairul Azahar Sharriffuddin
7 May 2019 9:24 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor