Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini aku taknak buat apa-apa kerja, cuma tulis diari jer. Then lepas itu, nak relax tengok Running Man Haha.. 🙂 . Semalam dah download, tapi tak sempat nak tengok. InsyaAllah, esok akan ada perkara penting yang akan terjadi (aku jangkakan dalam masa tengah hari). Mudah-mudahan akan dipermudahkan semuanya.
Sebenarnya untuk diari kali ini, aku dah berjanji dengan adik Rahim untuk menulis kisah mengenai mereka. Dia nie antara pembaca setia blog aku.. 🙂 .Tanyanya, “Bila abang nak tulis pasal kitaorang ?”. 😉 Abang sebenarnya rindukan saat-saat bersama-sama dengan kau orang dahulu. Layan telatah kau orang, ketawa sama-sama.. Haha.. :-). Sekarang nie semuanya dah tiada. Kau orang sekarang nie dah mulai menempuh usia dewasa..
Bila teringat kembali saat-saat abang kenal kau orang dahulu (abang boleh ketawa sendirian). Ingat lagi tak, setiap kali abang datang tempat kerja kau orang dahulu, mesti kau orang akan bangun.. Haha.. (walaupun masa itu kau orang tengah duduk).. Haha.. 🙂 . Abang datang situ pun sebab abang nak lepak dengan kau orang jer (nak layan kau orang punya lawak)… 🙂
Abang tak boleh nak lupakan kenangan kita buat program geng steady dulu. Ride ke Bukit Fraser dan BBQ di Sungai Pinang. Semua itu terjadi pun disebabkan kehadiran kau orang semua. Sekarang nie, semuanya dah tak steady lagi.. Haha.. 🙂 . Kau orang sebenarnya yang menyatukan kitaorang..
Kau buatkan abang teringatkan kembali usia remaja abang.. Nak happy jer.. Haha.. Nak jumpa raya bila nie ? Akhir bulan nie kita beraya rumah Pakcik Shokeri ye.. :-). Jika abang nak naratifkan kisah abang terutama kisah hati abang mengenai kau orang semua, abang boleh ceritakan perangai sorang-sorang tanpa ada yang tertinggal sedikitpun..
Sebagaimana yang abang ceritakan sebelum ini. Abang takkan lupakan sesiapapun yang pernah abang jumpa, tetapi kau oranglah yang akan lupakan abang suatu masa nanti. Abang nak pesan satu jer, banyak yang kau orang dah belajar tentang sifat manusia kat sini kan ?.
Inilah sebenarnya realiti kehidupan dan ada lagi perkara-perkara yang mendatang yang akan kau orang tempuh nanti. (pelbagai sifat-sifat manusia). Belajarlah setinggi yang boleh, kerana tanpa ilmu, kau orang akan takut dengan bayang-bayang kau orang sendiri. Bila diberi amanah, pegang amanah itu dengan sepenuh hati. Bila berjanji, mesti tunaikan janji itu dan bila berkata-kata, jangan sesekali meninggi diri. Itu jerlah abang nak pesan dengan kau orang.. Tapi kita takkan terpisah kan ?.
Ingat lagi tak, apa yang abang dah janji dengan kau orang dahulu ? . Abang akan tetap tunaikan janji abang itu.. 🙂 . Kalau ada masalah, whatsapp abang jer,anytime. Meskipun kau orang tersangkut kat Johor sekalipun, abang akan tetap datang tanpa ragu-ragu.. 🙂
Sahabat Selamanya..
Aku rasa sesiapa yang dah baca diari aku semenjak daripada diari pertama, mesti dah kenal siapa Rao nie kan ?. Dia adalah sahabat aku, yang benar-benar rapat dengan aku, yang boleh aku katakan tiada rahsia antara kitaorang langsung. Dia nie berbangsa india dan semenjak daripada usia kecilku lagi, hampir kesemua sahabat-sahabatku adalah datangnya daripada berbangsa india..
Hampir setiap hari dia akan memberikan kata-kata semangat kepadaku, (boleh dikatakan dia nie sangat sayang dengan aku).. Haha.. 🙂 . Dia adalah contoh bapa yang terbaik. Kasih dan sayang dia pada isteri dan anak dia memang luar biasa. Dalam hal kerja pula, tiada seorang pun yang memiliki pengetahuan yang lebih daripada dia dan tiada sesiapapun yang boleh pertikaian kebolehan yang dia ada (kecuali orang yang bodoh ajerlah).
Tapi disebabkan dia nie jenis low-profile (tak suka menunjuk-nunjuk kebolehan yang dia ada) jadinya, ramai yang tak tahu perkara ini. Aku ibaratkan dia nie sebagai guru aku lah. Hampir semua knowledge yang aku ada mengenai refractory adalah datang daripada dia.
Tahu tak, setiap kali aku cakap dengan dia, “bang, ada benda saya nak cakap”. Dia akan pandang muka aku dan kalau dia tengah pegang telefon, dia akan letak telefon di atas meja (nampak tak macam mana dia hormat orang). Yang bestnya, mesti aku akan ambil pen dan kertas sekeping.. Haha.. Dia akan cakap, “habislah aku, khai dah ambil pen dan kertas”... 🙂 . Nak tahu kenapa ? . Sebab setiap kali aku ambil pen dan kertas, aku akan berbual dengan dia hampir setengah jam.. haha.. 🙂
Agak-agak tahu tak, aku tengah cerita apa dengan Rao nie ? .. Haha.. Aku ceritakan kat dia, betapa besarnya alam samesta ini. Yang bulat-bulat itu adalah galaxy. Galaxy tempat tinggal kita ini (bumi) adalah namanya milky way dan jiran kita adalah galaxy andromeda. Lepas itu, aku terangkan kenapa sains menggunakan kelajuan cahaya untuk mengukar jarak. (disebabkan terlampau jauh). Kelajuan cahaya dalam satu saat lebih kurang 300 000 km/second. Kalau satu juta tahun cahaya. berapa jauh tue ?
Aku terangan lagi, bagaimana manusia tidak boleh kembali ke masa silam tetapi boleh ke masa hadapan. Secara teorinya boleh, seandainya manusia dapat menyamai kelajuan cahaya tadi (tapi dah tentu tubuh manusia akan hancur).. Mustahil, tapi secara teorinya boleh. Rao memang minat tengok youtube mengenai alam samesta. Kitaorang memang selalu bertukar-tukar pandangan mengenainya.. Bila aku dah tiada kat sini nanti, dialah orang yang paling aku rindu sekali..
Nasihat dia kepadaku semalam, (sambil pegang bahu aku), “tak baik berdendam khai, kau simpan dalam hati kau dendam tue, ia akan jadi dosa”.
Untuk Awak..
Semalam 17.6.2019 merupakan hari pertamaku mendengar suara wawa semenjak hari pertama perkenalan kami. Mula-mula aku rasa takut.. takut untuk berkata-kata.. Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.. Aku tak sangka boleh berbual selama itu, (hampir 1 jam 37 minit 43 saat).. Haha.. 🙂
InsyaAllah, hujung bulan ini aku akan bertemu dengannya. Aku ingat nak bawa dia ke Fraser Hill. Tapi tak manis kan ?. Tengoklah macam mana nanti :-). Sebenarnya awak merupakan wanita pertama yang menjadi kekasih hati saya (yang menerima), sebelum nie tak pernah lagi.. Asyik kena reject je..Haha.. 🙂 . Tapi saya akan usaha untuk awak ye…
Aku ingat lagi kata Rao, “seandainya kau dah berteman nanti, jangan kongsikan kisah dia kepada sesiapa pun, dia adalah milik kau, simpan dalam hati jer”. Dan satu pesan dia, “aku nak suatu hari nanti, kita berempat akan bersama-sama dengan isteri-isteri kita pergi berkelah bersama-sama pula”. InsyaAllah bang 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
18 Jun 2019 10:28 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor