Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Dah lama tak menulis kan ? Boleh dikatakan sekarang nie dah jarang-jarang menulis diari (ada sedikit masalah). Perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. Aku tak tahu nak selesaikan masalah ini macam mana (tak ada pengalaman lagi) dan aku rasakan cara yang terbaik adalah dengan melupakan sahaja.. (aku tak nak kusutkan fikiran aku dengan perkara-perkara seperti ini)..
Aku rasa perkara nie dah selesai dan aku pun dah buat keputusan. Ada banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan setiap hari (terutama selepas waktu kerja) dan aku dah taknak ada perkara-perkara lain yang mengganggu fikiranku. Hurmm.. Okay, nampak macam samar-samar jer kan masalah yang sedang aku hadapi sekarang nie ? 🙂
Okay, aku dah taknak cerita pasal nie lagi (anggap jer dah selesai). Minggu nie aku nak rehat (nak tidur je). Taknak fikir apa-apa, then minggu depan aku akan start semula kerja-kerja aku. 🙂
Timing Belt ?
“Nak buat apa, buatlah.. tapi jangan sampai timing belt putus, kalau putus.. jam”. Haha.. 🙂 . Nak tau maksudnya tak ? .Ini perkataan yang keluar daripada mulut Abang Shokeri. (biasalah orang lama kan, kata-katanya akan penuh dengan kiasan). Sebagaimana diari aku sebelum ini, yang mengatakan orang melayu ini terkenal dengan kata-kata kiasan (sarkastik) untuk menyampaikan nasihat, peringatan ataupun teguran.
Inilah kekayaan yang hampir hilang dalam generasi muda melayu hari ini. Kata-kata kiasan nie bagi orang yang mendengarnya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Umpama peribahasa, “pukul anak sindir menantu”. (perlakuan ataupun tindakan yang dilakukan keatas seseorang yang lain, yang mana orang itu mempunyai ikatan dengan orang yang dimaksudkan untuk disindir ataupun dimarahi).
Kita sambung semula ye. Orang lelaki nie (suami) adalah umpama kereta, yang mana sang suami ini merupakan penggerak utamanya (keluarga). Penumpangnya adalah isteri dan anak-anak (yang mana mereka bergantung harap sepenuhnya pada suami). Seandainya suatu terjadi kepada suami (timing belt putus), maka tak bergeraklah kereta tersebut.. Bagaimana keadaan isteri dan anak-anaknya diketika itu ?
Perbualan diteruskan lagi, adakah isteri akan tetap setia bersama suaminya ?. Kataku, “sepanjang pengalamanku, aku belum pernah lagi jumpa isteri yang meninggalkan suaminya, bila berhadapan dengan cabaran seperti ini (sakit)”. Tetapi sudah menjadi perkara biasa untukku melihat seorang isteri terpikat dengan seseorang lelaki yang lain (dan perkara ini sudah menjadi normal di dalam keadaan masyarakat hari ini). Jadi persoalannya, bukan duitlah yang menjadi puncanya kan ?
Dalam keadaan kereta yang timing beltnya putus dan pada ketika yang sama pula ada kereta lain yang parking di sebelah kereta kita, adakah kita boleh pastikan isteri kita tidak melihatnya ?. Jadi, nak buat apa..buatlah.. tapi jangan sampai timing belt putus.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
26 Jun 2019 9:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor