Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 172 : Pertemuan Demi Pertemuan..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Beberapa hari nie aku tinggal bersendirian di rumah kerana kesemua ahli keluargaku pergi bercuti ke Langkawi. Aku tak ikut, malas nak pergi (walaupun dipaksa pergi oleh ibu dan adik-beradikku sebelum nie). Aku tak suka sangat berada di dalam suasana yang ramai macam tue. Jika nak pergi bercuti, pergi bercuti sendirian lagi best sebenarnya. Aku nak cerita lebih-lebih pun nanti korang tak faham pula maksud yang cuba aku nak sampaikan..

Setiap orang akan menilai kehidupannya dari sudut yang berbeza (takkan sama setiap orang). Ada orang yang bahagia dengan cara yang begini, tetapi tidak begitu. Cara fikirnya akan berbeza. Satu saat duduk di dalam keadaan berfikir lebih baik dari seribu saat duduk dalam keadaan yang melalaikan. Bagi aku, masa adalah suatu “kewujudan” yang menakjubkan. Masa nie sifatnya terikat dengan keadaan dan tempat. Bila kita berbicara mengenai persoalan takdir (pertemuan & perpisahan), maka masa adalah penentunya.Bilanya sesuatu kejadian itu akan berlaku, semuanya telah ditulis di Lauh Mahfudz.

Jika ditanya oleh seseorang mengapa dia ditemukan dengan seseorang yang lain di kehidupan ini ? Maka, jawabnya adalah kerana kamu pernah bertemu dengannya di alam roh waktu dahulu sebelum kamu dilahirkan k dunia dan dipertemukan buat kali keduanya di alam dunia. Pernah tak rasa bila bertemu dengan seseorang itu, kita akan berkata, “macam pernah jumpa lah”.. Haha.. pernah kan ?

Jika adanya pertemuan kali kedua, maka akan ada pertemuan yang ketiga. Pertemuan ketiga adalah di alam akhirat nanti, setiapnya akan dipertanggungjawabkan diatas apa yang telah dilakukan di dalam dunia (antara keduanya). Jika ada yang berhutang, diumpat, difitnah, dan dizalimi, maka di saat itu pertemuannya adalah untuk menuntut pembalasan dan keadilan bagi kedua-dunya.

Dan pertemuan yang ke-empat, adalah pertemuan sama ada di syurga atau neraka. Sama ada pertemuan dengan ahli keluarganya, suaminya, isterinya, sahabatnya ataupun orang-orang yang pernah dikenalinya di dunianya dahulu. Maka pengakhiran yang terbaik adalah pertemuan kedua-duanya di dalam syurga dan seburuk-buruk tempat kembali adalah pertemuan kedua-duanya di dalam neraka.

Jadi, dengan rendah hatinya aku memohon maaf di atas segala kesilapan-kesilapan yang pernah aku lakukan dari sesiapa yang pernah melihat dan berkata-kata dengan diriku, yang pernah dipertemukan di dalam kehidupan ini, maafkanlah aku. Maafkanlah dari tutur kataku, pandangan mataku, dan perbicaraan kata-kata hatiku yang menguris hari-hari kamu baik dari lelaki atau perempuan. Maafkan aku. Aku harap, pertemuanku dengan kamu selepas dari kehidupan ini, akan menjadi kebahagian yang abadi, tidak sebagaimana pengakhiran pertemuan di dalam dunia ini.

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Feb 2020 8:44 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 171 : Sihat Dan Akan Terus Sihat…
Diari 173 : Tips Nak Move On
Next Post Diari 173 : Tips Nak Move On