Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 117 : Psychopath

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini aku nak menulis diari yang lebih serius sedikitlah ye. Aku nak berkongsi pengalaman bagaimana untuk berhadapan dan berurusan dengan golongan psychopath. Ini merupakan kemahiran aku lah, semenjak daripada usia remaja aku dah biasa menghadapi golongan nie (chewahh.. dengan bangganya)..Haha.. 🙂

InsyaAllah, aku boleh tahu karakteristik (sifat, ciri, tanda dan perwatakan) golongan psychopath nie. Sebelum tue, meh kita tengok dulu definasi PSIKO menurut pengertian Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat. Iaitu : orang yang menderitai sakit (tekanan) jiwa. Nampak pengertian dan definasinya lebih bersifat umum jer kan. Tak boleh nak huraikan dengan terperinci lagi..

Okay, jom kita lihat di dalam Kamus Cambridge pula. PSYCHO membawa maksud, someone who is crazy and frightening. Kita lihat pula, apa yang maksud dengan frightening . Ia membawa pengertian, making someone afraid or anxious; terrifying. Haha… Nampak tak ?. Psychopath nie adalah seseorang yang mewujudkan satu situasi ataupun keadaan kepada seseorang yang lain dengan maksud untuk memberikan kegelisahan, ketakutan, dan kebimbangan kepada sesuatu yang tak pasti.

Firstly, dia akan create environment (itu adalah kepakaran psychopath). Dan kau akan merasa takut dan gelisah untuk berada di dalam persekitaran yang dicipta oleh psychopath (sebab psychopath totally control that environment). Jika kau dah dapat observe ataupun notice perkara-perkara seperti ini di peringkat awal, cepat-cepat lah bertindak, sama ada kau keluar dari environment (persekitaran) itu ataupun kau nak ikut jer…

Seperti mana yang aku katakan, psychopath nie akan control 100% persekitaran yang dia ciptakan itu. Kalau kau follow, kau kena ikut semua kehendak dia. Tapi sekali kau dah cari pasal dengan dia. Dia takkan lepaskan kau ,sampai lubang cacing dia akan cari kesalahan yang pernah kau lakukan. Sebab itu golongan yang paling agresif (kasar, banyak mulut, kaki pusing, dan pembelit) nie paling mudah untuk ditundukkan oleh psychopath. Disebabkan golongan agresif nie senang nak buat kesilapan (sebab suka menyembunyikan perkara yang salah). Bila dah banyak buat salah,perlukan pembantu untuk tutup kesalahan itu. Masa nielah, psychopatch akan jadikan diaorang nie macam tikus (menunduk jer), sebab dia dah banyak pegang rahsia kesalahan orang ini…

Apakah Sifatnya ?

Psychopath nie sifatnya suka duduk bersendirian (berimaginasi) dan bila dia dah mula menyukai ataupun berdendam dengan seseorang. Imaginasi dialah yang akan menentukan jalannya. Jangan main-main, terutama psychopath lelaki. Imaginasi dia boleh sampai ke tahap untuk menculik, merogol, menyeksa dan membunuh seseorang yang dia dendam.

Dia akan layan orang itu seperti objek. Part yang paling diaorang suka adalah melihat penyeksaan orang yang didendam di hadapan mata mereka sendiri sebelum dibunuh (kuku di kupas, jari dipatahkan, mata dicungkil). Ini adalah perkara normal bagi diaorang. Nak tahu? Diaorang akan buat kerja ini seorang sahaja, takkan berdua dan takkan bertiga, sebab itu diaorang nie dipanggil psychopath dan mayat kau orang pun akan disimen di dalam bilik tidur diaorang sendiri.. Haha.. menakutkan kan ?

Psychopath perempuan pula, tak seganas lelaki (tetapi diaorang nielah yang membawa pengertian psycho yang sebenar). Jarang yang boleh membawa kepada kematian, melainkan jiwa dan fikiran kau akan diseksa (dia akan buat kau sampai jadi gila). Kelemahan psychopath perempuan nie adalah lelaki sebenarnya, dia akan sanggup beri apa sahaja asalkan lelaki yang dia suka ini berada di dalam keadaan selesa dan selamat. Untung jadi kesayangan psycopath perempuan.

Tapi kalau boleh, janganlah sampai kau gunakan diaorang. (sebab diaorang nie sakit), dan kau perlu bantu diaorang sebenarnya. Tapi, kalau kau fikir kau boleh lari lepas kau gunakan diaorang, jangan mimpi lah, memang takkan dapat lah.. Haha 🙂 . Kalau kau dah ada teman wanita lain sekalipun, diaorang nie akan sanggup cari dan kasi tahu teman wanita baru kau, yang kau pernah tidur dengan dia lah, mengandungkan anak dia lah.. bla.. bla.. bla.. hidup kau takkan tenteram selagi perempuan psychopath masih bernyawa..

Cara Mengatasinya ?

Okay, kali ini aku kongsikan cara-cara untuk mengatasi (melemahkan) psychopath. Ini adalah kaedah yang aku belajar melalui pengalaman aku (seratus peratus berkesan). Berbeza dengan golongan agresif (banyak mulut nie), yang mana kau campak jer satu bukti kesalahan diaorang depan mata diaorang, dah cukup untuk buat diaorang kelam-kabut dan gabra, masa itulah diaorang akan membelit antara satu dengan yang lain (senang nak deal dengan orang macam nie)..

Tapi dengan psychopath, ada kaedahnya sendiri. Yang pertama sekali kau kena tahu, apakah ciri-ciri seorang yang psychopath. Dari awal lagi kau kena notice perkara nie. Seperti yang aku katakan sebelum ini, psychopath nie akan create satu environment yang mana dia control keseluruhan proses persekitaran itu. Itu perkara pertama yang dia akan lakukan dan dia sendiri akan monitor persekitaran itu.

Yang kedua, Psychopath nie suka observe kelakuan manusia di dalam persekitaran diaorang. (pengamatan). Ini merupakan salah satu cabang ilmu yang penting bagi diaorang. Boleh dikatakan psychopath nie akan tahu kesemua latar belakang diri kau, berapa orang adik beradik kau, kat mana kau tinggal, siapa teman kau dan dengan siapa kau bercakap hari ini. Semua perkara nie akan dia tahu kerana ini merupakan aset penting bagi psychopath..

Macam aku katakan tadi, kalau kau dah start langgar si psychopath, jangan harap lah kau nak lari, sampai mati pun dia akan cari kesalahan kau. Lagi-lagi kalau kau kaki makan rasuah dan pecah amanah.. habislah 🙂 (Melayu suka makan rasuah, katanya derma dari Tuhan, suruh bekerja, katanya tak pandai nak membelit, maka meLAYU lah).. Haha.. pesanan khidmat masyarakat sekejap..

Okay, jadi macam mana nak selamat dari golongan psychopath nie ?. Ada dua pilihan jer, yang pertama, kau kena neutral, follow environment yang diaorang dah create, dan jangan sampai diaorang boleh notice kecenderungan kau (itu penting). Jangan sesekali kau menentang idea atapun pandangan diaorang, kalau taknak masuk dalam list yang bakal ditendang ke hospital bahagia (diaorang nie akan buat kau sampai jadi gila).. Haha.. jangan main-main.. benda nie real.. 🙂

Yang kedua, Jika kau memilih untuk melawan ataupun menentang. Terlebih dahulu, kau kena tahu, apakah kelemahan psychopath ?. Kalau kau dah tahu, sebenarnya psychopath adalah golongan yang paling mudah untuk dibaca reaksi diaorang.

Psychopath sebenarnya memiliki sifat ingin tahu (curiosity) yang sangat tinggi melebihi keinginan orang biasa. Sebab itu diaorang nie suka observe kelakuan orang lain (dia nak tahu kecenderungan kau). Sama ada kau nie boleh dikuasai dengan harta, pangkat, ataupun wanita (dia nak tahu kelemahan kau), disitu dia tahu cara nak control kau.. Haha.. hebat kan psychopath. Lagi sekali, jangan main-main dengan diaorang.. Licik..

Disebabkan rasa ingin tahu itulah sebenarnya yang akan melemahkan diaorang, bagaimana ?

  • Kalau kau pandang wajah si psychopath, jangan berkata apa-apa, pandang kat mata dia, diam, dan alihkan pandangan kau. (dia akan tertanya-tanya kenapa kau buat begitu dan itu akan membuat dia rasa gelisah).
  • Setiap kali dia berkata-kata dengan kau, jangan pandang ke wajah dia (lakukan berulang-ulang kali).
  • Kalau dia cuba mendekati kau, jauhkan diri daripada dia

Bila kau buat perkara-perkara yang aku sebutkan di atas nie sebenarnya dah cukup untuk buat diaorang rasa gelisah disebabkan rasa ingin tahu (curiosity) yang aku sebutkan tadi. Diaorang nak tahu, sebab apa kau buat begitu ? Nak tahu tak, apa yang si psychopath akan buat lepas itu ?

Diaorang akan berbalik semula kepada perkara yang biasa diaorang lakukan. Create environment (wujudkan satu persekitaran yang diaorang boleh control kau sepenuhnya di dalamnya).. Haha.. 😉 . Diaorang akan buat rules atau apa sahaja perkara yang “memaksa” kau untuk berinteraksi dengan diaorang. Lagi kau melawan, lagi banyaklah environment yang akan wujud.. hehe 🙂

Kau kena betul-betul kuat untuk kekal di dalam persekitaran yang wujud psychopath di dalamnya. Sekali kau dah main dengan golongan nie, kau takkan terlepas . Kalau ada golongan nie kat tempat kerja, maka berhentilah,cari kerja kat tempat lain. Kalau ada di persekitaran tempat tinggal, berpindah lah, sebab boleh membahayakan keluarga. Sama ada kau yang akan membunuh ataupun dibunuh. Tiada pengakhiran yang indah untuk golongan psychopath..

Kefahaman..

Agak-agak faham tak apa yang cuba aku jelaskan di dalam diari malam ini. Macam berat jer penulisan malam nie kan. Aku dah cuba ringkaskan di dalam bentuk penulisan yang mudah difahami. Aku takut orang salah faham pula nanti, kalau tak berapa nak faham tue, tinggalkan komen jer kat bawah nie, nanti aku balas secara private ke email (aku tak publish comment)..

Okaylah ye, dah pukul 12 malam.. Nak tidur, esok kerja… Haha.. Tengoklah, dalam minggu nie mungkin aku tak menulis diari. Ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan kan.. InsyaAllah…

Sebelum tue aku nak tunjuk satu gambar anak buah aku, Si NinoNinoNino kacau aku menulis diari malam nie.. Hehe.. Boleh dia datang kat laptop aku.. tekan-tekan button keyboard.. Comel jer.. Hehe.. 😉

https://www.instagram.com/p/Bzstbgbl56j/?utm_source=ig_web_copy_link
Khairul Azahar Sharriffuddin
10 July 2019 12:41 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 116 : Perasaanku Hampir Kepada..
Next Post Diari 118 : Berdua