Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini puasa yang ke berapa ye ? Jap ye aku kira.. Haha.. 🙂 . Aku nak cerita satu perkara lah, tapi rasa malu. Sebenarnya, tahun ini adalah Ramadhan yang hampir sempurna bagiku. Tak pernah lagi aku puasa sebanyak ini seumur hidupku. (Tak tinggal lagi). Alhamdulillah, banyak perkara yang aku dapat belajar dalam usia yang dah semakin berusia nie…
Belajar tentang sifat-sifat manusia terutamanya. Tapi aku tak boleh nak cerita semuanya diketika ini (disebabkan keterbatasan dan sekatan yang ada pada diriku). InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan huraikannya satu persatu. Nak tahu tak, sifat manusia ini, sangat suka akan kedudukan (kuasa) dan harta (jaminan kewangan) sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan apa yang ada pada dirinya..
Bila dia melihat seseorang yang mampu untuk merendahkan kedudukannya, maka dia akan mencari-cari jalan untuk menghapuskan apa sahaja yang menghalanginya. Orang seperti ini hidup dalam ketakutan dan tidur malamnya sentiasa akan gelisah kerana takut apa yang dimilikinya akan hilang.
Disebabkan oleh itulah, manusia ini perlu hidup dengan bakat yang ada pada dirinya sendiri kerana seandainya apa yang dimiliki oleh dirinya (kedudukan ataupun pekerjaan) hilang daripadanya sekalipun, dia tidak akan takut, kerana dia mengetahui dia memiliki bakat yang boleh di isi di tempat yang lain..
Hampir Ke Penghujungnya..
Dua hari lepas, aku ada bertemu dengan ketua jabatan di tempat kerjaku untuk menyatakan hasratku untuk mengakhiri karierku pada bulan hadapan. Aku katakan kepadanya, aku sudahpun memiliki perniagaan dan ingin menumpukan sepenuh usahaku dengan apa yang aku lakukan kini.
Aku dah tak boleh tunggu lagi kerana sudah hampir 2 tahun aku mengusahakannya dan aku perlu melakukannya secara sepenuh masa kini. Tapi ketua jabatan memintaku tunggu sehingga bulan 8-9 ini. Aku jadi serba-salah dan aku katakan kepadanya, aku hanya boleh tunggu sehingga bulan 12 sahaja (selepas daripada itu, aku dah tak boleh tunggu lagi) sebab aku perlu kejar impian aku..
Dia adalah antara ketua jabatan yang terbaik pernah aku bekerja. (yang menjadikan aku kini). Jadi tidak mengapalah, aku berkorban sedikit masa sahaja lagi. (tangguhkan untuk beberapa ketika waktu). Aku katakan kepadanya, aku beritahu awal ini supaya ada persediaan untuk mencari orang baru. InsyaAllah, aku akan berkongsi ilmu yang ada pada diriku ini kepadanya sebelum aku pergi..
3 bulan aku rasa dah cukup untuk belajar hampir kesemua perkara, tetapi sekurang-kurangnya perlu ada pengalaman dalam industri cement. InsyaAllah, aku nak ajar cara bagaimana sistem operasi pengeluaran beroperasi bagi memastikan semuanya mematuhi procedure yang telah ditetapkan oleh Laboratory department..
Belajar cara mengetahui ketidak seragaman di dalam operasi pengeluaran (ini penting untuk memastikan tiada staff yang berani menyembunyikan sesuatu kejadian). Belajar cara-cara untuk melakukan siasatan seandainya berlaku masalah. Belajar cara untuk memberikan bantuan dan nasihat kepada semua cabang operasi syarikat..
Ini semua memerlukan pengalaman dan pengetahuan dalam semua sudut. Quality Department nie sebenarnya memegang tanggung jawab yang paling berat untuk memastikan kesemua end-product perlu mengikut piawaian yang ditetapkan. Aku bekerja di dalam bahagian Lab, dan tahu bagaimana bahayanya sesuatu produk itu jika tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Refractory product bukanlah produk yang boleh dibuat main-main. (chemical reaction). Bukan boleh main agak-agak dan semudah berkata, bolehlah… agaknya boleh kot.. normal lah nie.. Orang yang bercakap macam nie sebenarnya tak layak dalam industri Refractory kerana ia boleh membahayakan orang lain dan juga syarikat. (tiada rasa tangungjawab dan kerja asalkan boleh siap jer).
Ini merupakan pengalaman pertamaku menjadi QC inspector, tetapi dah ada pengalaman bekerja di industri cement sebelum ini. Walaupun berjalan-jalan ataupun bercakap dengan staff di plant, tetapi mata dan telinga perlu sentiasa alert dengan perkara-perkara yang abnormal & unusual activity di dalam operasi pengeluaran.
Contohnya, walaupun tengah bersembang, mata kita akan melihat code-code barang di bag (adakah di codekan dengan code yang betul), material yang betul, mengikut SOP kerja yang betul (orang lain takkan perasan punya).. 🙂
Sebab itulah QC nie antara orang yang paling dibenci di dalam mana-mana industri sekalipun, sebab tugas dia adalah mencari ketidak patuhan di dalam operasi pengeluaran. Orang cakap kerja senang, relax dan jalan-jalan. Tapi tahu tak, sebenarnya kitaorang sedang monitor kegiatan kau orang semua di dalam diam 🙂 . Itulah sebenarnya peranan dan job scope QC Inspector 🙂 (melakukan risikan dan siasatan) dan kitaorang dibayar gaji untuk melakukan tugas seperti itu dan tiada siapa pun boleh mempersoalkan keberadaan QC staff dimana sahaja tempat beroperasinya pengeluaran produk syarikat.
Okaylah ye, ikutkan banyak lagi aku nak cerita. Tapi dah pukul 11 malam.. Adikku, Nabiha pulang dari Raub hari ini (pakar masak dah kembali).. Haha.. 🙂 . Balik jer kerja, aku tengok dia dah kat dapur sedang memasak.. Dah macam dapur kat restoran pula hari nie.. Sedap.. Pandai dia masak :-)..
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
31 May 2019 11:05 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor