Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Dalam beberapa hari ini, media arus perdana dan maya dipenuhi dengan cerita mengenai krisis politik yang sedang berlaku di Negara Malaysia. Aku taklah ulas mengenai cerita politik dalam diari aku nie (meskipun aku nak sangat huraikannya). Masa umurku 12 tahun, aku dah habis membaca satu buku biografi mengenai Tun Mahathir. Semenjak kecil lagi aku sangat mengagumi pemikiran dia. Itu jelah aku nak beritahu…hehee 🙂
Dalam beberapa hari nie aku tak berapa nak sihat (demam + sakit tekak), susah nak tidur malam tadi. Aku hold beberapa project yang sedang berjalan (ada total 4 web project kesemuanya) yang perlu disiapkan. InsyaAllah, jika sihat sepenuhnya, aku akan akan sambung esok pagi. Bagaimana kerja aku sekarang ? Alhamdulillah, semuanya dah stabil. Boleh dikatakan aku menikmati kehidupan aku sepenuhnya sekarang ini.
Tiada tekanan tempat kerja, tak perlu nak hadap kesesakan lalu lintas waktu pagi dan petang, boleh start kerja bila-bila masa, bangun pagi boleh relax dan sarapan dulu, boleh rehat bila-bila masa, makan sambil bekerja, menonton netflix atau youtube ketika bekerja, boleh pasang radio, kalau penat boleh nak tidur, banyak kan ? Alhamdulillah..
Konsep kerja aku adalah “remote”. Aku akan berhubung dengan client sama ada melalui whatsapp ataupun email bagi urusan kerja dan semua bayaran akan dilakukan secara online banking. Tak perlu keluar rumah, semuanya dilakukan secara online, termasuklah marketing, support, & payment.
Semua orang sebenarnya boleh lakukan pekerjaan seperti ini, terutama kerja-kerja yang melibatkan IT (web design, graphic design, programmer, blogger) cuma perlu korbankan sedikit masa untuk belajar , insyaAllah boleh. Sebagaimana yang aku katakan sebelum nie, kerja nie merupakan salah satu cabang kecil sahaja dalam kehidupan. Ada masa perlu berjalan, ada masa perlu berlari, dan ada masa perlu berhenti. Nikmati hidup ini, sama ada dengan keluarga ataupun dengan orang yang kau orang sayang. Jangan hanya bekerja sehingga kau terlupa tentang makna hidup ini.. Okay ? 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
26 Feb 2020 10:42 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor.