Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 51 : Rutin

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, aku meneruskan lagi kerja-kerja freelance seperti biasa (tinggal lagi 10 hari untuk disiapkan).. InsyaAllah boleh, aku akan releasekan “beta version” pada akhir bulan ini (dibuka hanya untuk tester sahaja), kemudian aku akan lakukan sedikit pengubahsuaian dan pembetulan, sebelum aku releasekan kepada public (General Availability) insyaAllah pada penghujung bulan 4..

Semalam aku ada berhubung dengan Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR). Aku bertanyakan kepadanya, untuk meminta kebenaran penggunaan artikelnya di dalam web yang sedang aku bangunkan kini..Alhamdulillah, aku telah mendapat kebenaran daripadanya.

InsyaAllah, dia juga ada menyatakan hasrat, mungkin pada peringkat seterusnya kami boleh berbincang dan team-up untuk melakukan sesuatu yang akan memberikan manfaat win-win situation kepada kedua-dua belah pihak. InsyaAllah.. mana tau rezeki aku.. 🙂 . Orangnya baik, aku message dia pun, cara balasannya pun dengan cara yang baik.. 🙂

Hari ahad lepas, aku ada beli satu lagi Laptop (dari pakcik aku). Sekarang aku dah ada 3 laptop dan aku perlukan satu lagi Desktop untuk melancarkan kerja-kerja yang aku lakukan sekarang.. Sesiapa yang nak support, bolehlah contact aku ye, nanti aku kasi share 0.01 % … 🙂

Rutin

Semalam merupakan hari kedua aku pergi ke Gym.. Okay sikitlah daripada hari pertama, (ada dalam 40 minit). Hari ini, aku nak pergi lagi, (InsyaAllah) dan aku juga dah planning, balik kerja jer lepas nie, aku akan terus pergi Gym.. Hari-hari main dalam 30 minit, okaylah.. 🙂 . Tapi ada sesuatu yang aku perasan lepas bersenam nie kan, keinginan seksual tue makin bertambah lah.. Haha. 🙂

Sebelum nie aku dah janji tak merokok lagi kan ? .. Walaupun rasa lain macam, tapi aku tahan juga.. Haha.. Alhamdulillah, semalam aku tak merokok dan hari ini juga begitu.. 🙂

Lagi satu, aku dah fixed kan waktu tidur sekitar jam 9 hingga 10 malam. Alhamdulillah aku dah dapat maintain (walaupun ada lari juga).. Aku rasa dah lebih sebulan juga aku praktikkan rutin nie, Alhamdulillah, berkesan dan aku takde masalah juga untuk bangun setiap hari sekitar jam 3 pagi untuk sambung kerja-kerja freelance. Aku juga ada mempraktikan beberapa rutin lagi (tapi yang nie secret).. 🙂

Okaylah ye, aku nak sambung kerja-kerja aku. Masa nie, aku tengah edit images di Adobe Photoshop untuk digunakan di laman web yang sedang aku bangunkan kini. InsyaAllah semuanya akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
20 Februari 2019 10:51 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 50 : Yang Merubah
Next Post Diari 52 : Rahsia Lelaki