Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 28 : Sakit Lagi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini aku dapat mulakan kerja (freelance) aku pada awal pagi sebagaimana yang aku ceritakan di dalam Diari 27 : Pengalaman. Aku rasa, aku yakin dengan cara ini (banyak juga kerja yang dapat aku lakukan waktu pagi semalam). Badan pun tak penat (dapat rehat waktu tidur).. Malam ini pun aku akan tidur selepas waktu Isyak dan bangun sekitar jam 2:30-3 pagi..

Okay, cerita pagi nie kat tempat kerja. Rao MC hari ini. Sekitar jam 10:30 Pagi, Rao cakap nak pergi klinik (aku nampak dia pun tak sihat hari ini) Mungkin sebab tak cukup rehat. Malam semalam dia hantar Orang rumah dia kat Raub (kenduri)..

Selepas Rao keluar jer, aku masuk Plant (ambil sample).. Masa itu badan aku dah rasa lain (macam berpeluh), kepala pening, dan rasa nak muntah. Aku jalan perlahan-lahan ke Lab, buka pintu, terus aku cakap kat Hanafi, “Apy, tolong aku ambil sample, barang dah turun, aku nak pergi tandas, nak muntah”.. Terus Hanafi cakap, “okay-okay, khai”. Sampai jer kat tandas, terus aku muntah kat mangkuk tandas… Kaw-kaw punya muntah.. 🙂

Lepas muntah, aku masuk balik Lab. Tengok Hanafi dan Jai tengah Casting Sample. Aku nak tolong, Hanafi terus tolak aku, suruh aku duduk (rehat).. Dia cakap kat aku, “tak payah..tak payah.. kau rehat.. kau duduk.. pergi rehat kat bilik sebelah, biar aku buat dengan jai”. Sayang kau kat aku ye Hanafi.. Muahh.. 🙂

Setiap kali aku tak sihat, dia akan suruh aku duduk rehat ataupun tidur. Pagi-pagi dia akan pesan kat aku, “dah makan ubat ke khai ? “. Kalau aku cakap kat dia, “Hanafi aku laparlah”. Dia akan ambil makanan dia, dan bagi semua kat aku, kalau dia tengah makan, dia akan berhenti makan, dan tolak makanan itu kat aku.. Semalam aku cakap kat dia, “aku bertuah kenal kau hanafi”. Rao sambung, “aku menyesal kenal kau hanafi”.. Hahaha. (sama-sama gelak)…

Cerita Guitar

Pagi tadi sekitar jam 11:30 pagi, ayahku WhatsApp bertanyakan kepadaku, bila nak beli electric guitar ? , bulan ini ataupun depan. Aku cakap bila-bila pun boleh.. Lepas itu, ayahku cakap dia dah bank-in kan duit kedalam akaun aku.. 🙂

Teruslah aku kasi emoji love kat ayah.. 🙂 . Aku “ayat-ayat” ayah untuk belanja satu electric guitar sebelum ini. Ceritanya ada di dalam Diari 21 : Seperti Ayah . Aku rasa nak beli malam nie secara online (lazada).. Tapi dah nak dekat pukul 9 malam. Sekarang aku nak “sharp” tidur pukul 9 malam, masa itu aku dah tak tengok Handphone, Pc, ataupun membaca..

Aku nak jadikan ia rutin sampai aku jadi Jutawan 🙂 . insyaAllah .. tiada apa yang mustahil..Cuma lambat ataupun cepat jer.. Aku yakin dengan kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri aku sekarang… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 January 2019 8:48 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 27 : Pengalaman
Next Post Diari 29 : Hari Cuti