Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 48 : Sebelah Dunia Khai

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Pagi semalam masa nak pergi kerja, seperti biasa ibuku akan tunggu di luar rumah, nak bye-bye.. 🙂 (Ini dah jadi tradisi keluarga kami). Masa nak masuk dalam kereta, aku cakap dengan ibuku, “tahun ini kita nak kahwin juga” (dengan nada confident lah) .. Haha 🙂 . Ibuku balas kembali, “kau dengan orang perempuan pun takut, cuba jadi macam ayah kau, gentleman, dah tua pun masih okay lagi”.

Tambahku lagi, “ayah duit banyak, bolehlah”, ibuku balas, “nak tunggu macam ayah kau baru nak kahwin, macam nielah nanti kau jalan” (dengan gaya orang tua) Haha.. 🙂 . Aku selalu bergurau dengan ibuku, kekadang bila aku duduk sebelah ibuku, ibu akan berkata, “inilah sebabnya orang cakap kau anak mak, taknak pisah dengan maknya”.. Haha.. 🙂 .

Petang semalam, (lepas pulang dari tempat kerja), aku pergi bukit sentosa (daftar masuk gym).. 🙂 .. Jangan gelak ye, ini dah nak masuk bulan 3, badan aku masih maintain dalam 63 KG (macam dah taknak naik lagi), aku dah risau dah, bulan lima nanti kalau tak dapat juga (70KG).. Habislah aku.. 🙂 .. Tapi aku akan buktikan 🙂

Tahun 2019 nie, aku dapat rasakan akan ada something yang hebat akan terjadi dalam hidup aku (dapat rasa). Semuanya akan “matang” pada tahun ini juga. Banyak perkara akan ada perubahan, terutama dari segi kehidupan aku (semuanya akan terkesan). Tapi jika semuanya tidak terjadi sebagaimana yang aku rasakan.. Itu bukan rezeki aku lah sebenarnya, itu jer…. 🙂

Bukit Fraser

InsyaAllah, pagi ini aku akan naik ke Bukit Fraser bersama-sama rakan sekerja. Kitaorang dah lantik Abang Asrin dan Rao jadi Leader.. 🙂 . Budak-budak tak boleh duduk depan, nanti diaorang pergi racing pula.. Haha… :-). Aku dah tau sangat perangai budak-budak nie.. (semua pernah laluinya). 🙂

Semalam, aku bawa helmet lama aku ke tempat kerja (nak jemur), dah lama sangat dekat belakang rumah, aku cari-cari jumpa.. 🙂 . Aku cakap kat members, ini adalah helmet masa zaman kesusahan aku dulu (waktu aku masih tak ada apa-apa lagi).. Dia ikut aku pergi mana sahaja, termasuklah dengan motor LC yang aku guna sampai ke Kedah.. (Semua pernah jadi saksi kesusahan aku)..

Masa aku jumpa helmet tue,aku tengok kesan calarnya, aku sentuh ikut alur calar semua kesan yang ada pada helmet itu. Dalam hatiku berkata, “Dia pernah bersama aku, tapi bila dah senang, aku terus lupakan dia,bila aku nak pakai dia, aku cari dia kembali”.. Malam tadi, air mata aku mengalir sebab perkara ini.. Betul-betul tinggal kesan lah.. Masa aku cerita nie, aku rasa macam nak mengalir air mata..

Dalam hidup aku dulu, orang pernah ludah kat muka aku, aku pernah merayu dengan orang, pernah minta makan, dan ada orang yang pernah cakap kat aku, “kau nie, apa pun takde..”. Semua ini tinggalkan kesan dalam hidup aku, dan orang-orang nie akan layan diri aku macam ….. (aku taknak sebut nama binatang tue lah, rosak diari aku).. Haha.. 🙂

Orang macam ini akan terus wujud dalam setiap tempat dan aku dah taknak jumpa lagi orang seperti ini lagi dalam hidupku.(rasa dirinya lebih baik daripada orang lain, rasa ilmunya lebih tinggi, rasa kedudukannya lebih baik). Sebab itu, aku nak buktikan pada diri aku sendiri, aku boleh berjaya tanpa orang-orang seperti ini wujud dalam hidupku..

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 Februari 2019 6:00 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 47 : Akan Baik-Baik Sahaja
Next Post Diari 49 : Yang Berbisik Itu..