Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Selamat Tahun baru 2019 ku ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger (alam maya) dan juga sahabat-sahabatku di dunia realiti..Apa azam untuk tahun 2019 ? . Pastinya setiap orang ada azam kan ? Tapi sama ada apa yang di impikan itu menjadi realiti ataupun tidak terserahlah kepada diri masing-masing untuk mempraktikkan apa yang diazamkan itu…
Apa Azam Tahun Baru ?
Okay untuk azam tahun baru ini, ada beberapa perkara yang menjadi keutamaanku..boleh dikatakan ia menyambung legasi azam 2018 lah.. haha.. Tapi yang penting adalah usaha berterusan untuk mencapai sesuatu impian…
Yang pertama sekali, BERAT BADAN. Tahun nie aku nak naikkan berat badanku lebih daripada 70kg.. Sekarang berat badan adalah 60kg.. Kurus sangat..sampai rasa melayang bila berjalan.. Haha.. Untuk mencapai impian ini aku dah “Bertaruh” dengan pekerja-pekerja tempat aku bekerja…Jika aku tak dapat berat “ideal” (70kg) menjelang tarikh 3/5/2018, aku akan belanja semua pekerja nasi lemak selama sebulan.. Haha…Bolehlah…:-)
Yang Kedua, JADI JUTAWAN . Program untuk menjadi jutawan aku dah start lebih kurang setahun yang lepas..Alhamdulilah semuanya dalam keadaan yang aku rancangkan, meskipun progress dia tak seperti yang aku harapkan. Faktor masa menjadi penghalang utama untuk aku bergerak.. balik kerja jer dah penat..apatahlagi sekarang nie aku kena kerja “overtime” (lebih masa).. Jadi progress untuk bulan 12 memang boleh dikatakan zero.. Tapi aku optimis dengan rancangan aku.. InsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa ..
Yang Ketiga, AISYAH . Haha..Okay..Umur pun dah 33 tahun kan.. Pastinya aku nak seseorang untuk menjadi teman hidupku.. Tahun nie paling kurang pun aku nak kata kat aisyah, ” saya suka kat awak, dan nak jadikan awak isteri saya”…:-) …. InsyaAllah.. Niat aku baik untuk dia.Perkara ini akan jadi nyata, sekiranya impian yang kedua aku menjadi kenyataan..InsyaAllah
Mentari akan tetap terbenam dan manusia tidak akan bisa menahannya, begitu jualah umur manusia. Ia akan sentiasa meninggalkan sesuatu kepada diri kita dan jika kita tidak menghargainya pasti ia akan hilang sikit demi sedikit sehingga akhirnya kita hanyalah menutup mata tanpa ditemani oleh sesuatupun..
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…