Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Untuk beberapa hari ini (lebih tepatnya minggu ini), aku banyak menghabiskan masa ku dengan menonton siri awal Variety show Running Man . Rancangan ini diterbitkan buat pertama kalinya sekitar 2010 (umurku 24 tahun). Aku mula menonton rancangan ini sekitar 2012 (setelah 2 tahun kemunculannya).
Masa itu, aku tengok adik beradik perempuan selalu ketawa bila tengok rancangan korea. Aku pun tertanya, “apa yang lawaknya ?”. Masa aku bekerja dahulu, adalah seorang member nie selalu panggil aku dengan nama kwang soo.. Boleh dikatakan setiap kali jumpa, mesti dia akan panggil dengan panggilan itu.. Haha.. ini bukan perasan ye, memang ini cerita betul.. Haha.. 🙂 .
Aku jadi peliklah, siapa kwang soo ?. Aku tanya adik aku, siapa kwang soo ? Lepas itu, aku cakaplah, “ada orang panggil abang erol dengan nama kwang soo kat tempat kerja”. Adik beradik aku ketawa, dia cakap “perasan nya”.. Haha…Nak dijadikan cerita, suatu hari aku cubalah menonton rancangan running man bersama dengan adik beradik aku. Ternyata, sekali sahaja menontonnya dah cukup untuk aku menjadi peminat setia mereka sehingga hari ini..Masa itu umur aku 26 tahun dan sekarang dah 35 tahun .
Sebenarnya untuk pengetahuan kau orang, Kwang Soo akan meninggalkan rancangan running man setelah 11 tahun bersamanya. Episod Running man 559 akan menjadi episod terakhir kwang soo di Running Man. Memang sedihlah, bayangkan dah berapa lama aku menjadi pengikut setia Running Man dan akhirnya terpaksa berpisah dengan watak penting dalam rancangan ini..
Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Jun 2021 12:02 Minit Tengah Hari
Kampung Sungai Buaya, Selangor