Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah dalam minggu nie aku dah dapat kembali kepada keadaan tidur yang asal. (tidur pada waktu malam), walaupun ada yang terlajak juga..haha… 🙂 . Aku dah tak perlu lagi berjaga pada waktu malam lepas nie, sebab semuanya telah aku aturkan. Penat weih duk berterusan berjaga pada waktu malam nie.. Aku pun bukannya muda lagi yang boleh berjaga sampai ke pagi. Dulu boleh lah (waktu muda-muda remaja dulu).. Sekarang dah tak boleh lagi…hahaa.. 🙂
Konsep kerja aku sekarang nie adalah siapkan project client then deliver. Pembahagian masa tue penting. Perlu tahu timeline kerja dan batasannya. Bila nak kerja, bila nak rehat, dan bila nak keluar bersiar-siar. Semuanya perlu berjadual, jika tidak, masa akan terbazir kepada perkara yang sia-sia jer. Ini adalah cabaran terbesar yang aku hadapi pada waktu ini (pembahagian masa).
Tapi walau macam manapun aku nak sentiasa kekal sentiasa cergas lah. Sebab apa yang dicapai dalam hidup ini sekalipun, jika hidup sentiasa sakit dan tak sihat, semuanya akan jadi tak bermakna. Aku dah taknak hidup dalam keadaan seperti itu lagi (sakit berpanjangan).. Aishh.. tak tahan dah aku.. 🙂
Setiap hari aku akan bersenam dan menjaga pemakanan sihat, dan yang pastinya aku akan sentiasa maintain menjadi “seorang yang budak kurus” lah… Hahaa.. 🙂 . Oh ye, hari nie aku ada tambah satu lagi mutiara kata di dalam blog ini, Mutiara kata dari Saidina Ali Bin Abi Talib, boleh click kat bahagian menu. Lama sangat tak update. Pada sesiapa yang nak tengok kesemu mutiara kata, boleh follow @bloglelakiberlari di instagram. (aku akan update secara berkala).
Untuk channel instagram tue, aku gunakan satu software (automatic) untuk follow, comment, like, message dan berinteraksi dengan semua pengguna instagram secara automatic menggunakan bot. Ada beberapa key trigger yang aku gunakan, antaranya menggunakan kaedah hashtag. Contohnya, jika aku set kat software tue #malaysia, robot akan crawl dalam instagram untuk mencari key #hashtag yang aku setkan tadi dan akan bertindak (action) sebagaimana yang telah aku tetapkan, sama ada follow ke, like post dia ke, dan lain-lain lagi. Agak-agak faham tak yang cuba aku nak terangkan ? Hehee.. penjelasannya agak sedikit teknikal.
Teringin Sangat
Aku sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak kongsikan di dalam blog ini (terutamanya pengalaman kendiri). Aku teringin nak bercerita mengenai perkara-perkara yang lebih serius dalam blog nie, contohnya huraian bab politik semasa, psychology manusia, realiti dunia pekerjaan, ilmu teknologi maklumat, perkongsian dakwah islamiyyah. Aku juga nak kongsi pengalaman, macam mana nak welding ke, cara nak buat & design web ke, cara nak wiring rumah ke, cara nak servis aircond ke, berkongsi ilmu nak beli rumah dan hartanah ke (ilmu-ilmu kendiri).
Tapi aku rasa macam tak sesuai untuk menulis dalam diari nie (nanti jadi carca marba pula kandungannya). Jadinya, aku ada buat lah satu section baru dalam blog nie, untuk ceritakan semua itu. Tapi belum boleh publish ke public lagi, sebab masih dalam early stage. Aku percaya aku ada capabilities untuk menulisnya, dan insyaAllah, aku harap semuanya itu akan memberikan manfaat kepada orang lain.
Okaylah ye, aku nak rehat dah nie. Aku nak tengok Netflix sebelum tidur :-). Malam nie tak tahu nak tengok movie apa lagi. Aku sebenarnya suka cerita-cerita yang macam slow (tak banyak cakap), based on true story, survival dan cerita yang boleh buatkan seseorang berfikir.
Khairul Azahar Sharriffuddin
7 Feb 2020 10:50 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya