Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…
Dah lama aku tak pergi ke tempat ini (Empangan Hulu Selangor), Kali terakhir bulan 12/2019. Masa tue aku bawa bekas kekasih aku (wawa) ke sana. Air empangan masa tue penuh dan keindahan kawasannya cantik seperti biasa sebagaimana mula-mula aku sampai disini dahulu. Gambar di atas ini bertarikh 17 Mac 2019, masa itu aku pergi seorang sahaja ke sini. Tempatnya sangat tenang, asalnya tempat ini dikenalkan oleh sahabatku, katanya “aku ada satu tempat cantik nak tunjuk kat kau, tempatnya seperti syurga”.
Laluannya melalui kampung Gerinchi. Bila aku sampai disana, memang cantik sangat, nampak keseluruhan air empangan. Aku tanya dia, “apa nama tempat nie ?”. Dia kata, “syurga bagi orang yang miskin”. Aku faham maksud dia masa itu. Aku rindukan persahabatan seperti itu. Persahabatan yang boleh dikatakan penuh dengan kasih sayang dan kekeluargaan. Macam adik dengan abang, abang dengan pakcik, anak dengan bapa, adik dengan kakak, kakak dengan adik (walaupun berbeza darah, keturunan dan bangsa).
Bagi aku, semua itu bukan batasannya, apatahlagi jika dia seorang muslim (wajib menunjukkan contoh dan akhlak yang baik tak kira pada sesiapa pun). Contohlah, seorang lelaki atau perempuan bila berkata-kata dengan orang yang lebih berusia daripadanya, jangan sesekali guna kata ganti nama, aku dan kau. Itu menunjukkan betapa ego dan biadapnya kau. Dan bila orang dah kenal kau dengan sifat biadap, hari-hari orang akan doa & minta perkara-perkara yang tak baik untuk diri dan keluarga kau.. Nampak tak kesannya ?
Lagi satu penyakit rasa diri lebih baik dari orang lain. Senang cerita macam nielah, rasa orang lain tue bodoh, tak berpelajaran, orang kampung, sekolah tak habis, tak masuk universiti, tak layak memimpin. Pertanyaan aku, indikator apa yang digunakan untuk justifikasi penilaian seseorang kepada seseorang yang lain ? Melalui Sekeping kertas (ijazah, diploma, sijil) untuk menentukannya ? Itu ?
Bila dah ada sifat rasa diri lebih baik dari orang lain, automatik package sifat sombong itu akan datang sekali. Sombong nie merupakan satu jurang yang dibina bagi tujuan untuk memisahkan dari satu golongan dengan golongan yang lain. Senang cerita, aku pandai, kau bodoh, kau mesti hormat aku. Dari sifat sombong nie akan terbit rasa nak aniaya orang lain. Nampak rantaiannya ?
Dari satu kejahatan (perkara tak baik) akan tumbuh lagi satu perkara yang tak baik. Bila dah sampai tahap nak menganiaya orang lain tue, kena jaga-jaga lah, sebab doa orang yang teraniaya nie takde hijab (penghalang) untuk dikabulkan, dan kesannya boleh terjadi kepada diri sendiri, keluarga, dan orang-orang sekeliling diri. Sebab tue lah, kalau nak jahat sekalipun jangan lah sampai nak anaiya orang lain.
Perlu ada rasa kesian dan kasih sayang dengan orang lain..Rasa kesian dengan orang cari rezeki untuk keluarga. Terutama yang dah tua, yang dah berkeluarga, ibu-ibu yang bekerja, orang perempuan yang dah tua. Bagi aku, kerja hanyalah kerja (tak perlu serius sangat), ada perkara yang lebih besar daripada itu di luar sana.
Okaylah ye, ini bukan sesi luahan hati ye 🙂 . Cuma aku nak spread (sebar) nilai rasa kasih sayang, cinta, ambil berat, & rasa kasihan kepada orang sekeliling kita tanpa mengira agama, kedudukan, usia, dan jantina. Cara yang paling mudah untuk bermula, adalah berkata perkara-perkara yang baik (jangan maki orang, gunakan ganti nama yang betul dengan orang yang lebih muda atau tua dari kita). Mula dengan yang ini dan yang lain-lain akan datang dengan sendirinya..
Khairul Azahar Sharriffuddin
27 March 2020 1:50 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
*Pastikan semua orang jaga kesihatan ye dan untuk front-liner (barisan hadapan) yang berjuang untuk negara sepanjang covid-19 ini. Saya doakan yang terbaik untuk semua, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan, dikurniakan pahala yang berterusan, dimudahkan perjalanan kehidupan dan diberikan pengakhiran yang baik didalam kehidupan..Aamiin.