Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 30 : Tak Seperti Dulu

Assalammualaikum Dan Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini aku dapat selesaikan apa yang aku planning (rancangkan). Lepas cuci kereta, aku kemaskan bilik dan ruangan kerja (bersepah sangat). Aku kemas bersama dengan ayah aku.. Haha.. 🙂 . Kemudian sekitar jam 3 petang, aku ke bandar Rawang (tapi kedai cermin mata tutup)..

Masa itu aku teringat sesuatu, harijadi Aswani dah nak dekat (31 January 2019). Hari itu, aku janji nak belikan dia hadiah.. Jadi aku berhenti sekejap kat kedai buku (Aku nak hadiahkan buku).. Nak beli secara online, dah tak sempat.. Aku nak hadiahkan dia buku bertajuk, “Don`t be sad” (english version) hasil karya Dr. ‘Aidh ibn Abdullah al-Qarni, tapi tak jumpa.. Yang aku jumpa versi Bahasa Melayu.. Aku pergi 2 kedai tadi..

Tapi takpe, insyaAllah nanti aku cari lagi.. Masa aku cari buku tue, aku terjumpa satu buku (kitab), Penawar Bagi Hati (kitab tasawwuf) hasil karya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili. Dah lama aku teringin untuk mengaji kitab ini dan mendapatkan ijazah sanadnya.. Betul-betul teringin, selalu aku tengok syarah kitab ini di Youtube sahaja..

Masa aku membelek helaian kitab itu, aku tengok harga kat belakang dia (satu siri rm13.00). Aku berfikir (dalam beberapa minit), lepas itu aku letak balik kat rak display, masa itu aku dah dapat tangkap dan terus aku berkata-kata dalam hatiku, “hati kau dah keras khai, hati kau dah mati, kau tak macam dulu lagi”.. Aku dapat rasa, memang aku tak macam dulu lagi..

Lepas pergi kedai buku, aku terus gerak pergi Pasaraya NSK, beli barang keperluan rumah, aku berbelanja lebih kurang Rm150.. Dalam pukul 5 petang, aku keluar NSK dan kemudian ke Bukit Sentosa (singgah di kedai RM2), aku beli bekas makanan kucing…

Dalam pukul 5:30 petang, aku singgah di kedai Dobi (cuci beg,selimut, dan pakaian). Lepas habis mencuci nak kena dry pula.. masuk jer dalam dryer dah pukul 6:15 petang.. Aku tinggalkan semua itu, kemudian bergegas balik rumah (beri makan kepada kucing terlebih dulu).. Bila dah selesai semua, baru aku kembali semula ke kedai dobi..

Alhamdulillah dah selesai semua.. Aku nak rehat pula sekarang 🙂 . Aku sekarang dah ada rutin dan aku nak jaga (disiplin) rutin tersebut. Esok nak masuk kerja balik .. Haha.. Macam duduk kat sekolah pula rasanya.. Esok pagi aku nak isi minyak dulu (tadi sajer jer aku kasi sampai 1 bar)..Bolehlah aku jumpa Aishah esok..

Walaupun dia dah ada nombor telefon aku (tapi dia tak call pun). Hari itu, dia pandang aku (lebih kurang 3 saat).. aku kira.. Haha..:-) , tapi dia tak senyum pun (mungkin dia marah dengan aku sebab kacau dia).. Tapi aku akan pergi sana sampai bila-bila Aishah (sampai kau kahwin dengan orang lain). Aku minta kau beri peluang sekali sahaja untuk aku masuk ke dalam hati kau..sekali jer aku minta Aishah…

Khairul Azahar Sharriffuddin
27 January 2019 8:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 29 : Hari Cuti
Next Post Diari 32 : Irama Hati