Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Malam isnin (seperti kebiasaan), aku akan menonton rancangan Variety Show Korea, Running Man. Aku follow rancangan nie semenjak dari tahun 2012 lagi. Aku ada semua episod rancangan tersebut waktu dahulu, tapi aku dah delete semuanya (tak tau nak simpan kat mana lagi dah), Hard Disk dah penuh (lebih daripada 100GB). Boleh simpan di Cloud Storage sebenarnya, tapi disebabkan storage dah lebih 100GB, nak kena langgan premium cloud lah pula.. 🙂 (yang berbayar).
Okay, untuk sesiapa yang tak biasa dengan Cloud Storage. Aku sarankan semua orang untuk belajar menggunakannya. Boleh simpan semua jenis files. Upload je file yang ada di dalam PC ataupun Handphone terus ke Cloud Storage. Boleh access data dimana sahaja kita berada (asalkan ada internet). Boleh guna google drive, Microsoft one drive, ataupun dropbox.
Apa Sebenarnya ?
Hari ini aku bekerja sampai pukul 7 malam (overtime). Ketika memandu pulang dari tempat kerja tadi, aku terfikir suatu perkara, “mengapa aku hanya memandang kepada perkara yang telah lalu (lepas) dan perkara masa hadapan sahaja, tetapi tidak memandang (menghargai) masa yang sedang dilalui di ketika ini ?”
Seperti ada sesuatu yang sedang berbicara dengan hati di saat itu. Tertanya-tanya di dalam hatiku, mengapa perlu aku memandang perkara yang telah lepas, yang mana tiada suatupun darinya dapat ku ubah lagi akan kejadiannya. Perkara dah lepas, apa yang boleh aku buat lagi kan ? Hanya pengalaman darinya sahaja yang boleh aku jadikannya sebagai panduan di masa depan nanti..
Dan mengapa pula, harus aku memandang (berangan-angan) tentang masa hadapan (menginginkan sesuatu) yang kepastiannya hanyalah terletak di dalam kekuasaan Allah s.w.t sahaja (Dialah yang akan menentukan segalanya). Haruslah bagiku untuk menikmati saat-saat yang ku lalui di saat ini, kerana apabila waktu itu telah pergi nanti, tiadalah ia dapat diundurkan lagi (masa). Tiada sesiapapun di dalam kehidupan ini pula yang dapat memberikan jaminan yang pasti kepadaku, bahawa masa depan itu pastinya akan wujud buat diriku…
Khairul Azahar Sharriffuddin
19 Ogos 2019 10:23 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor