Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Sudah masuk hari kedua sakit kepalaku masih tidak lagi surut (migrain). Pagi tadi, aku bangun tidur dalam keadaan tubuh yang tak berapa nak sihat (kepala terasa panas).. Fuhh, sakitnya jangan cakaplah (sakit yang teramat sangat). Boleh dikatakan, aku dah menerima ia menjadi sebahagian daripada cara hidup aku (semenjak daripada umurku 24 tahun lagi).
Hari ini, aku kerja separuh hari (dah tak larat lagi). Aku nak berehat dan tidur sebentar. Malam tadi, aku tak boleh nak buat apa-apa kerja (balik kerja, terus tidur sampai ke pagi). Minggu depan (Khamis) adalah hari terakhirku bekerja disana. Rasa hati memang dah tak nak pergi lagi sebenarnya, tapi macam manapun, aku perlu cukupkan hari bekerjaku disana..
Apa yang paling aku rindukan disini adalah bersama rakan-rakan sekerja. Sebagaimana kata sahabatku, “Disini lawak jer lebih” 🙂 . Nak tau tak, hampir 95% masa pergaulan kami di tempat kerja adalah berkisar perkara-perkara yang lucu sahaja. Jarang-jarang sekali kami berbual mengenai perkara yang serius, melainkan hanya sedikit sahaja. Begitulah kuatnya ikatan kami..
Sifat Hati Yang Rosak..
Nak tahu tak, setiap perkara yang bahagia bagi seseorang akan mengundang kedukaan bagi orang lain. Sebab apa ? Sebab hatinya telah rosak. Rosak hati adalah disebabkan membiarkan sifat-sifat yang jahat itu terbiar liar dalam hatinya. Apakah itu sifat-sifat yang membinasakan hati ?
Hasad Dengki merupakan salah satu sifat jahat yang ada dalam hati (tidak merasa puas dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain), baik dari semua segi macam kelebihan. Oleh itu, pentingnya mempelajari ilmu tasawwuf (ilmu hati), kerana ilmu inilah yang sebenarnya akan menentukan pengakhiran manusia. Jadi, bagaimana seseorang boleh menghadap TUHAN nya dalam keadaan hatinya yang telah rosak ?
Jalan tasawwuf dan terekat selalu dikaitkan dengan ilmu-ilmu yang ghaib (boleh terbang, berjalan di atas air, berjalan di atas pokok). Tiada sesiapa boleh menafikan perkara seperti itu (sejarah telah membuktikannya), dan orang yang memiliki warid (kurniaan & kelebihan) daripada TUHAN adalah orang-orang yang telah menjadi pilihan TUHAN (mungkin juga disebabkan oleh keadaan wiridnya). Tetapi untuk menjadikan jalan tasawwuf & tarekat untuk mencapai maksud sebegitu (kehendak keduniaan) adalah merupakan suatu penyelewengan dari kehendak asalnya.
Okay, berbalik kepada kenyataan asal aku tadi, Hasad Dengki merupakan salah satu daripada penyakit hati. Berkata guru kami, “HASAD umpama api membakar kayu, dan apabila kayu itu telah habis, maka ia akan memakan dirinya sendiri“. Boleh tak, jika aku katakan disini, orang yang memiliki sifat hasad di dalam hatinya ini, HIDUPNYA TIDAK AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA ? (selagi mana sifat itu masih lagi ada di dalam hatinya). Tidak semua di dalam dunia ini memiliki sifat hati seperti ”malaikat”, meskipun sentiasa wujud manusia yang ingin membersihkan hatinya.
Namun begitu, hatiku tidak seperti itu. Sentiasa berbicara hatiku, “Takkan bahagia hidupmu buat selamanya bagi orang-orang yang telah berbuat kejahatan kepadaku, baik dari depan ataupun dibelakangku”. (sama ada ku tahu ataupun tidak ku ketahuinya)
Ya, takkan bahagia hidup kamu ! Ini adalah doa dari hati yang telah rosak (aku), mengapa ? Kerana kamulah yang mengajarkan aku tentang kejahatan hati, walaupun aku tahu ia akan membakar diri, tetapi ku tetap biarkan ia terliar dalam hatiku kerana apa yang telah kau lakukan keatas diriku adalah suatu kesakitan yang tidak akan hilang deritanya..
dan tetaplah akan ku katakan, ”TAKKAN BAHAGIA HIDUPMU SELAMANYA !”. Sekiranya tidak termakbul doaku ini, Maka ku mengharapkan ia akan menjadi SUMPAH dalam hidupmu buat selamanya !
Khairul Azahar Sharriffuddin
23 Ogos 2019 4:23 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor