Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 113 : Telah Sempurnalah Ceritanya..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, planning hari ini (ahad) berjaya dilaksanakan.. 🙂 . Baru jer pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan adik Rao yang paling bongsu di Bandar Rawang. Selepas habis majlis, kitaorang singgah sebentar minum di kedai makan (aku, Jai dan Hanafi).

Aku suka suasana malam. Suasana yang mengingatkan aku kepada cara hidupku suatu masa dahulu (usia remaja, paling tepatnya pada usia 14-17 tahun). Jika aku nak ceritakan, aku boleh tulis satu novel lah.. haha 🙂 . Aku impikan perasaan itu masih lagi wujud pada usia yang seperti ini. Tapi apa kan daya, semua itu telahpun berlalu.

Lemang Dan Rendang

Aku nak ceritakan mengenai aktiviti aku di waktu pagi tadi. Sekitar jam 7:45 minit pagi, aku keluar dari rumah, pergi ke rumah Hanafi dan kemudiannya bersama pergi ke rumah Abang Shokeri. Hari ini kitaorang ada projek bakar lemang 🙂 (aku tak pernah lagi bakar lemang)..

Turut serta sekali Helmy dan keluarga, Abang Zul, Jai, Saga, Angah, Adik Rahim, Lan, dan Acap. Waktu pagi, Isteri Abang Shokeri mengajar kami cara untuk masukkan daun pisang di dalam buluh lemang, dan kemudiannya Abang Shokeri mengajar cara memasukkan beras, santan dan membakarnya…

Alhamdulillah, hari ini dapat ilmu yang berharga..Lepas nie boleh buat sendiri di rumah. Isteri Abang Shokeri pula menyediakan Rendang Ayam untuk dibawa pulang bagi setiap orang. Kitaorang lepak dan berbual sehingga ke waktu petang… Best program hari ini.. InsyaAllah, lepas nie kita akan buat program lain pula..

Kitaran Yang Melengkapkan

Sesiapa yang mengikuti diari-diari aku sebelum ini, pastinya pernah membaca tentang pengalaman yang pernah aku lalui 18 tahun yang lepas dan kenapa sehingga kini aku masih lagi sukar untuk melupakannya kan ?. Hari ini, aku nak kongsikan serba-sedikit mengenainya kerana kesemua kejadian ini telah melengkapkan kitaran hidupku yang selama ini ku cari-cari jawapannya..

Pada tahun 2002 (bulan 8), ada satu kejadian yang telah aku lakukan ke atas seorang wanita yang mana semenjak daripada tarikh itu, hampir setiap malam aku akan menangis disebabkan rasa bersalahku kepadanya. Boleh dikatakan setiap malam dari usiaku 16 tahun sehinggalah 33 tahun aku tak boleh untuk melupakan kejadian itu. Bantal basah disebabkan air mata itu dah menjadi perkara biasa. Sebelum aku nak tidur, mesti aku akan teringatkan dia. Aku tak boleh bayangkan derita yang dilalui olehnya semenjak dari hari kejadian itu…

Sehinggalah satu hari, aku bertemu dengan Aishah (seorang pekerja di stesen minyak). Bila aku terpandang wajah dia buat kali pertama, semua perkara yang menghantui aku selama 18 tahun ini hilang dari fikiran dan perasaanku. Aku tak tahu mengapa perlu aku menunggu selama ini untuk bebas daripada semua ini dan aku juga tertanya, mengapa dia menjadi penyebab untuk aku melupakan segalanya..

Tak lama selepas itu, ada satu kejadian yang berlaku di tempat kerjaku (aku tak boleh nak ceritakan secara detail disebabkan masih bekerja disana). Kejadian yang berlaku selama seminggu itu sahaja sebenarnya telah melengkapkan keseluruhan cerita 18 tahun perjalanan kehidupanku kerana semuanya terkait antara satu dengan yang lain.

Kisahnya cukup lengkap dan ia merupakan pengalaman yang terhebat sepanjang hidupku.(aku tak boleh nak ceritakan, cukuplah aku seorang sahaja yang tahu). Orang lain mungkin hanya mengetahui apa yang ada di permukaan ceritanya sahaja, tetapi disebaliknya ada 1001 cerita yang tersembunyi. Mulai dari detik itulah, aku dah takkan percayakan sesiapa lagi. Isteri aku sekalipun, aku takkan percayakan dia. Kejadian ini telah merubah pandangan aku tentang lelaki dan wanita yang selama ini bertentangan dengan apa yang aku fikirkan.

Maka, telah lengkaplah pengalaman selama 18 tahun yang telah ku lalui ini. Aku dah tak menangis malam lagi, hati aku rasa bebas, hilangnya rasa bersalah, dan terima kasih kerana telah mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat untuk saya dan menerima permohonan maaf saya dengan hati yang terbuka shaharina..

InsyaAllah, aku akan buka buku baru di dalam hidupku dalam masa beberapa bulan lagi ini. InsyaAllah, saya nak awak pula menjadi sebahagian daripada diari hidup saya selepas ini.. ya, awak lah, wawa.. 🙂 . Saya akan berusaha untuk awak dan seandainya awak telah ditakdirkan untuk saya, pastinya awak akan tetap bertemu dengan saya jua pada akhirnya.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
1 July 2019 2:01 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 112 : Tak Pernah Dilupakan..
Next Post Diari 114 : Kali Ketiga..