Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 145 : Terbang Bebas..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Dah lama sangat rasanya tak menulis diari (dah gian nie).. Hahaa.. Kali terakhir rasanya malam isnin minggu lepas (ketika berada di Senawang). Selalunya, jika aku tak menulis sekalipun, aku akan tetap login ke dalam dashboard blog untuk melihat aktiviti yang dilakukan oleh pelawat, takut kena hack pula nanti. Banyak rahsia tersimpan dalam nie, acah-acah perisik pula kan.. Hahaa.. :-). Tapi untuk minggu ini, memang tak login langsung…

Okay, disebabkan dah lama tak menulis, tentunya akan ada banyak cerita yang aku nak kongsikan malam nie. InsyaAllah lepas nie, aku hanya akan update blog pada hari sabtu ataupun ahad sahaja (akan kumpulkan semua cerita). Aku perlu belajar untuk mengurus dan membahagikan masa pula (tak perlu buang-buang masa begitu sahaja). InsyaAllah, aku akan tetap menulis sampai bila-bila, walau apa yang terjadi. Okay, siapa yang nak ikut journey (perjalanan hidup) aku nie ? Hahaha…

Nak tahu apa harapan aku tentang blog lelakiberlari ini ?. Aku harap suatu hari nanti, bila ditakdirkan untuk memiliki isteri, anak dan cucu (insyaAllah), diaorang boleh baca diari-diari aku nie. Jika aku tak berjaya dalam kehidupan ini sekalipun, at least aku ada something (sesuatu) untuk ditinggalkan untuk diaorang. Tetapi jika aku berjaya ? Pastinya semuanya akan dibukukan.. Hahaa..

Adakah Aku Percaya Semuanya Kan Jadi Realiti ?

InsyaAllah, dengan apa yang aku rasa (dan apa yang aku tahu), semuanya akan jadi realiti, cuma tak tahu berapa lama masa yang perlu diambil untuk menjadikannya semuanya nyata. Mungkin 3-5 bulan.. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun.. mungkin 3 tahun.. tapi aku percaya. semuanya akan jadi nyata suaatu hari nanti..

Aku katakan kepada ayahku tadi, “harap-harap semuanya akan berjaya”.. Ayahku katakan, “boleh, kena rajin dan percaya dengan apa yang kita buat”. (Alhamdulillah, ayah merupakan orang yang akan sentiasa membantuku untuk mengejar impian-impianku). Terima kasih Ayah.. 🙂

InsyaAllah, aku akan cuba siapkan semua kerjaku di dalam masa 2 bulan ini, kemudian aku akan cari partner untuk invest di dalam beberapa program. Aku plan lepas siap beberapa program, aku akan bekerja secara full time ataupun part time untuk beberapa bulan lagi (untuk menampung kos program) dan bila semuanya dah berjalan lancar, aku akan berhenti… dan terus mengejar impian aku.. Nama pun lelaki berlari kan ? Haha.

Alhamdulillah, buat masa ini.. semuanya berjalan dengan baik.. Aku sangat bersyukur.. bersyukur dengan apa yang aku miliki. Ini dah dikira hampir 80% kehidupan yang aku impikan. Cuma sekarang nie, masih belum ada income (pendapatan yang tetap) dan memiliki isteri untuk bersama-sama menemani sepanjang kehidupanku.. Aku sedang berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya di saat ini..

Aku rasa seperti dah terselamat sekarang.. terselamat dari manusia yang tidak pernah merasa puas dengan kehidupannya. Alhamdulillah…Alhamdulilah. Nak tahu tak, apa yang paling bernilai dalam dunia ini ? Hati.. Ya, Hati lah yang paling bernilai sekali. Hatiku sebelum ini terasa seperti diseksa dan dikoyak. Perasaan dendam.. marah.. dan semuanya itu menyakitkan aku.. menyakitkan perasaan aku.. berapa lama perlu ku bawa hati yang sebegitu sifatnya di dalam tubuhku ? . Akhirnya kini, ia bagaikan burung yang telah terlepas terbang dari kurungannya…

Mimpi

Pagi tadi, kepala aku sakit sangat (migraine). Jadinya, sekitar jam 12 tengah hari, aku tidur sebentar (untuk hilangkan rasa sakit kepala). Aku ada beli ubat migrine baru (lebih kurang macam vitamin lah).. Takde perbezaan pun, Hahaa… Tapi macam manapun, aku akan makan sampai habis lah..

Masa tidur, aku bermimpi. Aku bawa kereta dan Rao berada di sebelah aku (hari itu, aku tengok gambar dia dalam group whatsapp kitaorang, masa itu aku rasa nak menangis), sekarang pun aku rasa macam itu juga.. Boleh dikatakan aku rindukan dia. Dulu dia selalu beri nasihat kat aku… Hurmm.. okay, aku sambung semula mimpi aku..

Masa dalam kereta, ada orang telefon aku, dia kata nak jual rumah (aku pun berbual lah dengan dia). Kemudian terus aku tersedar dari tidurku (sekitar jam 1:05 minit tengah hari). Aku cuba untuk sambung semula tidur lah, sebab kepala masih lagi terasa sakit. Tapi, rasa macam tak sedap hati. Aku ambil handphone dan buka aplikasi whatsapp, ada whatsapp dari seseorang kepadaku (jual rumah).. Hahaaa… Tergamam aku masa tue. (whatsapp tue masuk pukul 12:57 minit tengah hari)…

Kalau aku sambung tidur semula masa itu juga, dah tentu-tentu melepas.. 🙂 . Alhamdulillah, aku dapat berjumpa dengan dia di Secret Recipe Gombak pada jam 3 petang tadi. Dia merupakan client pertama aku.. Alhamdulillah, orangnya baik. Aku katakan kepada dia, aku baru join company property, dia cakap, “takpe, awak boleh belajar perlahan-lahan, jangan lupa pergi kelas”.

Dia belanja aku minum air. Aku dengar dia bercerita mengenai status property miliknya. Aku diam jer.. Hahaa..Dia cakap, “selalunya agent yang banyak cakap, ini saya pula yang banyak cakap, haha..”. Nak tahu tak, salah satu sebab aku teringin nak join company property ? Sebab aku nak cabar diri aku untuk bercakap dengan orang ramai (ada masalah pertuturan)…

Tak ramai yang boleh faham cara pertuturan aku sebenarnya. Kekadang itu, aku rasa seperti susah untuk memberikan kefahaman kepada orang yang mendengar kata-kata aku. Tapi kalau orang itu betul-betul aku kenal (rasa selesa dengannya), aku boleh jamin, aku boleh buat orang tue ketawa tak berhenti lah… hahahaaa… 🙂

Mungkinkah Dia ?

Alhamdulillah, hari selasa lepas, aku berjumpa dengan wawa. Dia baru pulang dari Perak (singgah di tol sungai buaya). Aku bawa dia berjalan-jalan di Area Bukit Beruntung. (aku tak tahu nak bawa dia kat mana sebenarnya).. hehee..

Pusing-pusing, nampak Restoran Mohd Chan. Aku tanya dia, pernah makan makanan chinese ke ? Dia cakap pernah, aku cakap, aku tak pernah makan.. tapi boleh cuba lah. Aku minta dia ajar aku masa itu, dah lama sebenarnya aku tengok kedai tue (memang nak singgah), tapi akhirnya ditakdirkan aku singgah makan dengan dia disitu.. Hahaa..

Ada suatu perkara yang selalu aku buat bila berjumpa dengan dia. Tenung muka dia lama-lama.. Hahaha.. Setiap kali aku tenung dia, dia akan senyum kemudian dia akan cakap, “kenapa ?”.. Hahaa… Nak tahu tak , setiap kali aku tenung dia, aku akan katakan dalam hatiku , “dia nie ke, yang dah ditakdirkan untuk aku ? “… Hahaa.. 🙂

Okaylah ye, dah pukul 3 pagi nie.. Kalau ikutkan memang panjang lagi aku nak tulis. InsyaAllah, ada kesempatan minggu depan, aku akan update blog lagi. Doa-doakan aku berjaya ye, sebagaimana yang aku janjikan, jika aku berjaya, semua kawan-kawan aku akan ikut berjaya sekali. Aku akan kotakan janji aku..Oh ye, satu lagi, dah 3 bulan aku tak merokok… Alhamdulillah, sepertinya sudah berjaya… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 September 2019 3:30 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 144 : Jauh Dari Tanah Tumpahnya Darah
Next Post Diari 146 : Cerita Seminggu