Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Pernah dengar lagu Pulangkan daripada Misha Omar, yang mana ia menjadi lagu tema bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam ?. Filem ini dikatakan diadaptasi daripada kisah-kisah rakyat suatu ketika dahulu. Seni kata yang disusun di dalam lagu yang dipenuhi dengan rasa dendam di dalam hati.
Ia menggunakan kata-kata kiasan dan makna tersirat yang tersembunyi di dalam setiap baris katanya, yang mana ia tidak boleh dihuraikan secara literal. Mari kita lihat seni katanya..
Seharum Bunga Yang Mengoda.. Sekadar Di Pandang Usah Dipuja.. Kau Pasti Tak Percaya Kasihku Bukan Untukmu Sayang..
Sesuatu yang sangat menarik di pandangan mata (rupa paras yang molek) yang menerbitkan rasa kagum akan seseorang kepada dirinya, yang mana ia hanya boleh dipandang (dilihat dari jauh) dan ia tidak boleh disentuh akan perasaan hatinya.
Tiada Ku Sangka Kau Sungguh Kejam.. Kau Rampas Segalanya Yang Kau Dendam.. Namun Takkan Bahagia Kehidupanmu.. Bila Bunyi Bersatu.. Kau Milikku..
Keinginan perasaan yang ditolak menimbulkan rasa dendam dalam hatinya. Menggunakan kelebihan untuk menghimpit, menekan dan menghapuskan apa yang tidak sukai akan penglihatan hatinya. Maka, tiadalah akan hadirnya rasa tenteram dalam hidupnya selepas daripada waktu itu, dan perasaan dendam itu menerbitkan rasa dendam pada diri yang di dendam (melahirkan satu lagi insan yang berdendam)..
Dan pada pertengahan lagu ini terjadinya dialog antara dua insan yang berdendam antara satu dengan yang lain, yang mana pada akhirnya, diri yang di dendam ini, meminta sesuatu yang telah hilang daripada hidupnya (perasaan hati) yang tiada upaya untuk dikembalikan melainkan hanyalah kesan hidup yang sudah tidak sempurna lagi (sudah binasa dan pecah perasaan hatinya)…
Akan Sentiasa hadirnya bayang-bayang orang yang di dendam di dalam fikiran dan perasaan orang yang berdendam sehinggalah ke akhir usianya.. Tiada kemaafan disini..
Khairul Azahar Sharriffuddin
25 April 2019 1:20 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor