Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari nie aku kongsikan pengalaman aku bagaimana untuk move on (melupakan seseorang), tak kiralah sama ada seseorang itu yang pernah kau benci ataupun suka. Bagi aku perkara nie penting, sebab jika seseorang berterusan membawa suatu kenangan lama bersama-sama dengan impian masa hadapannya, nescaya ia akan merosakkan apa yang kau cuba nak bina untuk masa hadapan kau..
Tadi aku ada terbaca satu confession di dalam satu group facebook, menceritakan bagaimana seorang perempuan yang sukar untuk melupakan bekas kekasihnya meskipun ketika ini dia berada di dalam proses untuk bernikah dengan lelaki yang lain (pilihan keluarga). Aku bersimpati dengan lelaki tue lah, malangnya dia memiliki wanita seperti itu untuk dijadikan seorang isteri. Macam mana kau nak bersama dengan seseorang yang fikiran dan hatinya tidak bersama dengan kau ?
Boleh dikatakan, aku sangat berminat untuk membaca bahan bacaan seperti ini, sebab boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan (sebab ia datang melalui pengalaman hidup seseorang). Okay, kita teruskan dengan stepnya lah ye. 🙂
1.Buang Segala Jenis Medium Untuk Berkomunikasi
Sekarang kan zaman teknologi, tipulah kalau kau orang cakap, kau orang memang takde akaun media sosial, whatsapp, ataupun aplikasi untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Yang pertama sekali, buang no telefon, chat history, atau apa sahaja perkara yang terkait dengan dia di dalam telefon.
Unfriend dan Unfollow dia di facebook, twitter, ataupun instagram. Dan jangan lupa BLOCK sekali, ini untuk mengelakkan kau ternampak post ataupun stalk dia. (bila dah block, kau pun dah tak boleh nampak dia dan segala aktivitinya di media social, dia pun tak boleh nampak kau). Ini untuk mengelakkan kau trigger lah, tiba-tiba facebook berikan “friend suggestion” pula kat kau.. hahaa.. kan dah trigger tue, boleh jadi kau mencarut masa tengok muka dia ke.. Hahaa.. 🙂 . Nie untuk hapuskan semua jejak dia dan kau di alam maya. Facebook & instagram akan hormati privasi kau untuk tidak melihat & dilihat pengguna lain. Jangan lupa guna fungsi nie..
Nie langkah pertama tau, jangan lupa buat. Jangan tipulah, kalau kau cakap kau takkan stalk seseorang tue, apatahlagi orang yang pernah kau sayang. Kau mesti nak tahu dia sedang buat apa sekarang nie, dia tengah bersedih ke, bergembira ke, macam mana life dia ke. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup kau, mesti kau akan caring punya.
Tapi kalau masih bujang okaylah, cuma jangan koyaklah bila bekas awek, orang yang kau cinta, ataupun orang yang kau benci tue, happy dengan life dia sekarang.. hahaha.. Tuelah aku cakap jangan stalk.. Haha.. :-). Tapi malanglah, jika seseorang yang dah berumah tangga, baik lelaki ataupun perempuan melakukan hal seperti itu di luar pengetahuan pasangan mereka. Aku dari dahulu lagi, kalau ada member-member aku yang terang-terang ada hal dengan isteri orang, aku akan nasihat jer lah sebagai kawan. Bagi aku, orang lelaki dan perempuan kena jaga maruah diri.
Benda nie perkara serius, nak fikir sedap, kejap je. Bukan kau boleh sedap selama-lamanya pun. Benda yang sedap 2-3 jam tue akan buat kau merana dan menyesal selama-lamanya. Suami dan isteri di rumah tue mengambil dan menerima diri kau secara sah. Berkongsi dan bertangung jawab dengan hidup kau, dan akhirnya kau boleh kongsikan kehormatan diri kau dan sedap-sedap dengan orang lain ? Aishh… Aku kalau perempuan macam nie, aku just let go jer, aku takkan pukul dan simpan (mendera emosi diaorang). Biarkan diaorang pergi… Hidup nie, banyak lagi perkara kau nak kena buat, tak perlu dibazirkan masa untuk layan perkara seperti ini.
2. Buang Semua Perkara Yang Terkait Dengan Dia
Okay, perkara nie pula melibatkan perkara-perkara fizikal. Contoh dia pernah beri baju ke, handphone ke, atau apa-apa sahaja benda yang kau simpan. Yang nie kau kena buang lah, mesti buang. Kau tak perlu simpan benda-benda yang boleh trigger (pencetus) untuk kau mengingati dia. Come on lah, sampai bila kau nak simpan ? Dari pengalaman aku kan, tak guna kau simpan sesuatu yang dah lepas. Ia akan merosakkan sesuatu yang cuba kau nak bina bagi masa depan kau..
Ya, ia akan rosakkan diri kau, dan lagi teruk bila ia melibatkan orang yang kau cintai masa itu. Kau nak bawa kenangan masa silam bersama dengan orang yang dah letakkan sepenuh rasa cintanya dengan diri kau. Bukankah itu satu kecurangan ? Macam mana kau boleh hidup dalam keadaan itu ? Terus terang aku katakan, aku jijik sekiranya perkara itu wujud dalam diri aku.
Tapi perkara yang paling berat nak dilupakan jika kau masih lagi bekerja di tempat yang sama dengan dia lah. Kalau tak menjejaskan, aku rasa boleh jer kerja tempat yang sama. Tapi aku nak cakap pun susah juga lah, akhirnya masing-masing perlu tahu limitasi (batasan) diri sendiri. Bagi aku, setiap yang dah bekerja nie dah cukup umur (dewasa). Takkan lah perkara yang simple macam nie tak boleh nak fikir kan ?
Bagi aku, nak jahat sejauh mana pun tapi janganlah sampai melibatkan hal nie (curang). Dari dahulu lagi, kepercayaan merupakan perkara pertama dan teras dalam hidup aku. Curang nie adalah perkara melibatkan hal kepercayaan, bila kau dah musnahkan sesuatu kepercayaan, apa lagi yang tinggal untuk diri kau ?
Cerita Tentang Diri
Okaylah, dah pukul 12 malam, nak tidur dah. Minggu nie, insyaAllah antara 10-20hb aku perlu siapkan 5 website client. InsyaAllah, moga dipermudahkan. Sepanjang aku bekerja sendiri nie, rasanya memang lain sangat. Banyak aku belajar mengenai kehidupan. Boleh dikatakan, aku dah hampir memahami dan mendapat maksud yang aku cari-cari selama nie..
Beza dengan kerja makan gaji 8-5 petang (6 hari seminggu). Bagi aku, susah nak dapatkan makna dan erti hidup bila bekerja seperti itu. (itu mengikut pandangan aku), setiap orang akan ada penjelasan bagi hidup masing-masing. Aku gagal cari makna hidup itu dahulu. Jiwa aku terseksa & memberontak. Masih terbayang lagi, perasaan aku bila tengok orang yang kerja separuh hari sabtu meninggalkan tempat kerja, sedangkan aku masih bekerja lagi sampai ke petang.
Bagaimana rasanya bila kau terpaksa bekerja sampai ke lewat malam, sedangkan pekerja lain dah pulang dan berehat di rumah. Dibaratkan umpama terkurung di suatu tempat dan bekerja untuk memenuhi impian orang lain, tapi aku ? Tercedera perasaan dan fikirannya. Aku dahulu selalu menangis pada waktu malam, bila terpaksa bekerja sehingga lewat. Aku penat.. aku keliru.. Aku ada ceritakannya di dalam diari sebelum ini..
Aku taknak melalui arus hidup seperti itu.. hidup yang palsu.. sampai satu masa, kau akan tertanya, Apa yang aku nak kejar dalam hidup nie sebenarnya ?
Hidup senang ? Hidup Bahagia ? berapa lama kau nak hidup senang dan bahagia ? berkekalan ? Dengan jalan apa kau nak hidup senang dan bahagia berkekalan ? Siapa yang boleh berikan jaminan itu ? Kejarlah impian sendiri, jangan takut.. Jangan takut dengan sesuatu yang tak pasti kerana setiap janji-janji manusia itu sendirinya tiada yang pasti. Jadi, tiada yang pasti dalam dunia ini. Bagaimana keadaan kau datang ke dunia, begitu jugalah kau akan pergi (datang tak bawa apa, pergi pun tak bawa apa). Jadi, berlarilah mengejar impian kamu…
Khairul Azahar Sharriffuddin
13 Feb 2020 12:34 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor