Assalammualaikum Dan Sejahtera..
Hari ini aku overtime sampai pukul 9 malam. Yang lain-lain masih ada lagi, termasuklah Rao dan Hanafi (Lab). Aku cakap dekat Rao, “Bang, hari ini saya nak balik pukul 9, esok pagi ada perkara penting saya nak buat”. Rao membalas dengan kata-kata, “okay khai..selamat berjaya”..
Pagi esok adalah harinya..Aku nak habiskan “cerita” ini esok juga… Esok adalah “turning point” dalam hidup aku.. Jika perkara ini jadi, maka akan berubahlah segalanya..Kalau tak jadi, aku tidak akan berputus asa,aku akan cuba lagi.. Tak pernah lagi aku buat perkara ini selama hidup aku dan aku nak rasakan debaran itu..
Okaylah ye..Esok pagi aku nak bangun lebih awal lagi.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. 🙂 dan insyaAllah, berjaya atau tidak, akan aku kongsikan cerita ini pada diari esok hari.. InsyaAllah.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
17 January 2019 10:55 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor