Diari 159 : Walaupun Sebesar Zarah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini aku nak tidur awal sedikit lah. Badan aku sakit sebab tolak kereta malam tadi yang hampir nak masuk ke dalam longkang.. Hahaa.. Ceritanya macam nie, malam semalam aku dan hanafi pergi ke rumah Param, beraya kat rumah dia (Deepavali). Disebabkan semua ahli keluargaku ada di rumah semalam, jadinya halaman rumah dipenuhi dengan kereta lah..

Aku keluarkanlah kereta adikku sebab kereta ayahku berada di hadapan, (aku guna kereta ayah semalam). Masa aku nak parking kereta adikku di luar rumah, tayar kereta tergelincir di tebing dan hampir nak masuk ke dalam longkang… Hahaa.. Ramai-ramailah tolak kereta tue semula naik ke atas.. Hahaa. Sekarang kan musim hujan, permukaan tanah berlecak lah.. Hurmm.. Nasib baik tak jatuh ke bawah tebing.. Kalau tak, habislah aku.. Haha..

Okay juga dapat jumpa Param semalam. Banyak cerita-cerita baru yang dikongsi, rindu nak jumpa sahabat-sahabat lama. Bagiku, setiap manusia perlu ada pendirian di dalam setiap keputusan yang ingin di ambil. Tak perlu takut, sebab kita hidup diatas nama sendiri dan apabila memasuki ke dalam kubur pun nanti akan dipanggil dengan nama sendiri juga. Orang yang menganggu fikiran dan kehidupan kita ini akan sentiasa ada… sentiasa ada..Tak perlu takut..

Sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, Dunia ini ada TUHAN yang memimpinnya, manusia yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah tidak akan terlepas sedikitpun, apatahlagi yang besar-besar.. Cuma masa dan saatnya jer belum tiba ( TAKDIR, terkaitnya ia dengan Masa, Tempat, Dan Keadaan). Takkan terlepas, usah TAKUT. Sebab itu perlu berhati-hati dengan kejahatan yang kita buat, jika kejahatan itu dengan TUHAN sudah tentunya TUHAN akan Mengampunkan kerana DIA bersifat dengan sifat itu. Tetapi Kejahatan Manusia Dengan Manusia ? Takkan terlepas, kau ibadatlah dari pagi sampai ke malam pun… Takkan Terlepas (hati-hati nak buat kejahatan dengan manusia meskipun berniat dalam hati)..

Okay, dah selesai sesi melepaskan rasa… Hahaa.. Aku cuma geram jer dengan orang-orang yang sentiasa nak cari masalah dengan orang nie. Ada jer yang dia tak puas hati. Macam manalah boleh bawa hati yang macam itu ke hulu ke hilir.. Aishhhh.. Hahaaa… 🙂

LelakiBerlari Shop

Alhamdulillah, hari ini aku dah berjaya expend blog lelaki berlari nie kepada section baru, boleh click di bahagian menu di atas, ada section MY DIGITAL SHOP . Aku buka section jual-beli product digital di dalam blog ini. Kepada Designer atau Developer yang berminat untuk menggunakannya di dalam project, boleh beli lah ye… Hehee 🙂 . Aku jual Super Murah…

Banyak product digital yang aku tak add lagi di dalamnya lagi. InsyaAllah, nanti aku tambah sedikit demi sedikit. Section nie aku buat malam tadi, dan siap sepenuhnya baru jer sebentar tadi. Aku juga akan upgrade User interface nya dari semasa ke semasa. Buat masa nie hanya menggunakan Buy Action melalui Whatsapp, taknak guna add to cart ke apa bagai, susah nak handle nanti..Okaylah ye, aku nak tidur dah nie, nanti apa-apa aku sambung lagi didalam diari akan datang. Assalammualaikum 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
28 Oktober 2019 11:37 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *