Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 49 : Yang Berbisik Itu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, semalam selamat sampai ke puncak Bukit Fraser bersama rakan-rakan sekerja dan juga teman-teman yang lain. Kami berkumpul di Dataran Kuala Kubu Bharu lebih kurang jam 8:30 pagi, kemudian sarapan pagi terlebih dahulu di Restoran Sulaiman dan bergerak naik sekitar jam 9:30 Pagi. (13 orang kesemuanya)..

Sampai sahaja di Empangan Hulu Selangor, Sai cakap kat aku, “tukar motor bang, saya naik LC, abang naik Scooter”. Tapi aku tak berapa nak pandai naik Scooter, nak start pun tak pandai.. Haha.. 🙂 . Air Empangan Hulu Selangor dah penuh kembali.. cantik yang teramat sangat :-). Aku benar-benar menikmati perjalanan naik ke Bukit Fraser, tak boleh nak ungkap dengan kata-kata.. Indah sangat.. 🙂

Aku suggest kan kepada sesiapa (terutama pasangan yang dah berumah tangga) naik ke atas, bawa pasangan masing-masing (tapi jangan bawa anak lah) 🙂 . Naik dengan motor, jangan pakai kereta, silap boleh buat anak lagi.. Haha.. :-)..

Sampai sahaja di sana, kami bergambar di depan Jam (mercu tanda Bukit Fraser), kemudian bergerak ke taman bunga.. Cantik, tempat dating yang terbaik untuk pasangan bercinta.. Lepas itu pergi ke Air terjun, tak semua mandi, aku, Rao, Sai, Rahim, Afiq jer yang mandi.. Best ~..

https://www.instagram.com/p/Bt-tLaiHaEE/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Jauh juga perjalanan masuk ke tempat Air Terjun, aku cakap kat Rao, “balik jalan kaki nanti mesti menyesal punya” Haha.. 🙂 . Sekitar jam 12:40 petang, kami semua bergerak turun ke bawah semula (Kuala Kubu Bharu), Layan naik scooter, aku ingat nak beli satu lah, bawa jalan-jalan.. Tapi tahun ini, ada banyak komitmen, InsyaAllah tahun depan.. 🙂

https://www.instagram.com/p/Bt-vOk6n7HI/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Sampai sahaja di Bawah (Kuala Kubu Bharu), kami singgah sebentar di kedai makan (di hadapan Masjid KKB). Aku macam biasalah, makan ABC (Favorite). Setelah selesai semua, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing.

Perjalanan yang sangat berjayalah semalam..Impian aku dah tercapai semalam (sampai juga aku akhirnya), dah lama planning, tapi semalam adalah harinya, kali ini takdir pergi bersama rakan-rakan.. :-). InsyaAllah, aku nak naik lagi suatu hari nanti, Aku cakap dengan members, “aku nak bawa Aishah lepas ini” 🙂 . Aishah, jika awak sudi jadi pasangan saya, saya nak bawa awak ke tempat ini suatu hari nanti… 🙂

Movies

Okay, aku nak tambah sikit cerita dalam diari nie 🙂 . Aku nak kongsi movies kegemaran aku. Sekarang aku dah jarang tengok movies, dulu selalulah (banyak komitmen lepas waktu kerja). Running Man pun dah lama aku tak download, aku rasa dah terlepas 5 siri juga.. 🙂

Aku pendekkan jer lah ye, ada perkara yang aku nak buat lepas ini, dah nak dekat pukul 11 pagi. (nak keluar rumah sekejap)..

  1. Man,Women, And Children
  2. Click
  3. Catch Me If You Can
  4. 127 Hours

Ini adalah antara movies kegemaran aku, sampai sekarang aku masih tengok berulang-ulang kali lagi. Kebanyakkan jalan ceritanya (slow), tetapi banyak perkara tentang kehidupan yang boleh aku belajar daripada situ.. Aku suka kesemua ending dalam cerita ini (ada perkara yang ditinggalkan untuk difikirkan).. 🙂 (Jangan tengok cerita ini dengan budak kecil).. Haha 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
18 Februari 2019 10:34 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 48 : Sebelah Dunia Khai
Next Post Diari 50 : Yang Merubah