Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Malam nie aku nak buat sambungan untuk penulisanku di dalam diari sebelum ini Diari 177 : Yang Di Ertikan Dengan Bahagia. Aku cuma nak kembangkan konsep ceritanya agar dapat dimanfaatkan oleh orang yang membaca diariku ini. Okay, tadi aku ada baca satu naratif di Facebook. Ketika membacanya, aku dapati hampir kesemua perenggan kisahnya bercerita mengenai situasi, emosi dan duit. Maksudnya kebahagian emosi dia terkait dengan situasi dan duit. Jika ada duit, maka dia akan gembira dan bahagia. Jika duit hilang ke, habis ke, dia akan rasa gelisah, sedih & gundah.
Bagi aku, perkara begini memang sangat biasa terjadi, terutama pada zaman sekarang nie lah. Aku tak kata, aku tak perlukan duit dalam hidup aku. Itu dah dikira terpesong dengan apa yang cuba aku maksudkan. Maksud aku, mengapa perlu nak dikaitkan kebahagian itu dengan duit ?. Adakah bahagia = duit ? Kata-kata yang mengatakan, “semuanya perlukan duit dalam dunia ini”. Bagi aku, betul lah tue (jika kau merujuk kepada keperluan kebendaan). Kau nak bayar bil, rumah, kereta, makan-minum, perbelanjaan harian, perbelanjaan anak sekolah, semuanya perlukan duit (dan itulah tujuan maksud duit & harta itu sebenarnya).
Tapi untuk mengaitkan kebahagian dengan duit (yang sifatnya bukan kebendaan), salah tue. Bukan rasa bahagia sahaja, tapi rasa sedih, rasa gelisah, & rasa takut tak boleh dikaitkan dengan duit, harta & wang. Sebab itu, kau takkan rasa bahagia sampai bila-bila pun. Sebab menyandarkan sesuatu salah pada tempatnya. Kau jadikan wang, harta, dan duit itu sebagai paksi rasa gembira & bahagia kau.
Salah meletakkan nilai rasa hati itu (gembira, sedih, duka, bahagia) bersamaan dengan duit. Jika takde duit, kau akan rasa hina. Jika ada duit, kau akan rasa bahagia. Jika beginilah pemikiran kau, sekali lagi aku katakan, kau takkan bahagia sampai bila-bila pun, hidup akan sentiasa stress (sebab kau takkan pernah rasa cukup).
Ya, kau takkan pernah rasa cukup dengan dunia ini. Sebab tue, sejak kebelakangan nie aku banyak menulis mengenai perkara nie. Sebab aku nampak macam ada suatu keadaan pemikiran yang tak seimbang dalam masyarakat sebenarnya, apatahlagi lepas aku terlibat dalam dunia hartanah nie. Boleh dikatakan, nie dunia kapitalis lah. Ceritanya hanya mengenai duit sahaja. Bukan dunia hartanah sahaja, kau masuk sahaja dalam mana-mana dunia pekerjaan, ternyata cash is king ! Jika nak aku huraikan, aku boleh tulis sampai esok pagi.. Haha.. Bila kau dah masukkan benda (harta) itu dalam hati, maka ketenteraman hati kau akan ditentukan olehnya. Manusia boleh bertukar dalam bentuk apa sahaja sekalipun untuk memastikan hatinya tenteram.. agak-agak dapat tak ?
Aku taknak cerita lebih lanjut sebab lepas nie akan lebih terarah ke dalam bab agama. Jika kau baca diari-diari aku sebelum nie, aku memang jarang sangat share pasal bab agama nie. Bukan liberal, tapi takut terpesong dari niat asal. Nak cerita bab-bab agama nie, hati kena kuat. Jika tak nanti, niat akan jadi lain..
Cuma aku nak katakan, usia nie “time countdown”, makin lama, makin berkurang. Dahulu aku selalu tanya kawan-kawan aku, “apa yang kau cari dalam kehidupan ini ?”. Hampir semua jawapan yang aku terima adalah sama, iaitu “bahagia”. Tapi aku tak tanya, dengan jalan apa yang digunakan untuk sampai ke jalan kebahagian itu. Siapa yang pernah jadi kawan aku, akan tahulah..Macam kena interview kerja jer.. Haha.. Aku tak kongsi kan jalan untuk menuju bahagia ?
Aku rasa aku ada kongsi sedikit dalam diari sebelum ini, tapi untuk ke tahap seterusnya ia akan memasuki bab agama pula, aku taknak kongsi lagi buat masa ini. InsyaAllah, nantilah.. Cuma aku nak cakap, enjoy your life, jangan letakkan kebahagian itu dengan duit. Jika ada keluarga saat ini, bawa diaorang keluar jalan-jalan, pergilah mana-mana pun.
Jika ada ibu dan bapa, layanlah diaorang dengan sebaik-baiknya. Yang mana lelaki sunyi, macam aku nie..Haha.. buatlah apa-apa yang kau suka dalam hidup nie… Jangan jadi loser. Masa takkan tunggu kau, macam aku katakan sebelum ini, Hidup umpama tukar kalender 70 kali jer.. 🙂 . Kejar Impian kau orang..
Okaylah ye, InsyaAllah nanti aku kongsi-kongsikan lagi. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali lah. Tengoklah mana-mana masa aku free dan berkesempatan. Selalunya aku akan menulis bila aku dah penat dan nak relax. Kau boleh release tension sebenarnya dengan menulis nie. Tak percaya, cubalah 🙂 ..Sesiapa sahaja boleh menulis sebenarnya. Jika nak menulis boleh cuba platform percuma nie, WordPress & Blogspot (click link untuk lihat). Okay ye 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
28 Feb 2020 12:00 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor