Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 54 : Yang Dicari

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah, akhirnya aku dah dapat connect Payment Gateway ke dalam website aku. Kalau diikutkan, dah tak banyak lagi kerja yang tinggal. Tapi kena periksa juga satu persatu item (nak pastikan takde yang terlepas pandang) dan juga untuk memastikan semuanya berfungsi sebagaimana yang diharapkan..

InsyaAllah, esok aku akan integrasi Google Cloud Storage. Dimana aku akan store images webserver secara automatik ke dalam Google Cloud Storage (serve content secara external).. Disinilah yang paling aku seram sekali 🙂 , kalau terlebih belanja lah kan.. aku cari janda kaya jer.. (nanti aku try tanya hanafi).. Hahaa.. 😉

Yang Dicari

Okay, Ikutkan hari ini adalah hari terakhir aku bercuti (tak masuk hari ahad). Alhamdulillah, boleh dikatakan cuti yang sangat berjaya untuk diri aku sepanjang minggu ini.. 🙂

Rokok

Aku dah berjaya berhenti merokok, hari terakhir aku merokok adalah pada hari isnin (sebelum aku pergi gym).. Masa kat gym,aku tengok cermin, aku nampak keseluruhan badan aku (dari atas sampai ke bawah), aku katakan, “owh..inilah khairul”.. 🙂 , aku dapat rasa sesuatu yang lain pada masa itu.. Aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata..

Pada kali ini, aku betul-betul dah buat keputusan .. Aku takkan merokok lagi . Ini janji aku pada diri aku sendiri.. Kalau aku langgar, maksudnya aku loser lah kan ?.. :-).. Dengan diri sendiri pun tak boleh berjanji..

Rutin

Alhamdulillah, aku dah ada rutin yang aku lakukan pada setiap hari. Aku akan bangun sekitar jam 3 pagi, pergi tandas (mandi wajib) .. haha.. 🙂 .. Ambil air kosong segelas (aku akan minum beberapa jam sebelum sarapan pagi)..

Kemudian aku akan buat kerja aku lah (freelance) . Sampai bila dah nak subuh, aku akan stop.. buat apa yang patut, then aku akan bersenam (dalam 10-15 minit)..

Dalam pukul 7 pagi, aku akan kemas rumah (buang sampah, sapu, dan mop lantai) ,bersihkan luar rumah (basuh halaman rumah, siram bunga, siram kereta) dan akhir sekali aku akan bersihkan kandang kucing.. 🙂 kemudian aku akan mandi sekali lagi.. 🙂

Itulah rutin setiap hari yang aku lakukan, sama ada bekerja ataupun bercuti.. Kalau bercuti (aku akan tidur tengah hari).. Best… peluh-peluh gitu.. Haha :-).. Tapi kalau bekerja (apa boleh buat).. rehat pun 30 minit jer.. 🙂

Pekerjaan

InsyaAllah, aku akan jadikan pekerjaan freelance ini sebagai main income aku di masa depan. Income yang aku terima daripada pekerjaanku di Dimal akan aku gunakan untuk maintain kos-kos operasi (seperti domain,server, mail, marketing dll). Perbelanjaannya lebih kurang rm1000 sebulan dan Rm500 aku akan gunakan untuk kos pergi dan balik kerja pula..

Alhamdulillah, buat masa ini aku tak ada hutang yang perlu aku bayar pada setiap bulan. Rumah, kereta, dan motor (hadiah daripada ayah). Terima Kasih Ayah, banyak pengorbanan ayah yang tak mampu untuk erol balaskan…

Diri

Aku nak jadi seseorang dalam kehidupan ini. Hidup nie singkat, kalau dikirakan 70 kali tukar kalender jer.. lagi 30 kali tukar kalender, umurku dah 63 tahun.. Masa itu dah tua, badan pun dah lemah.. Masa itu dah tak banyak perkara yang boleh dilakukan lagi…

Aku nak hidupku penuh dengan warna-warni (kegembiraan).. Sebab itu, bila aku dah rasa tak gembira dengan diri aku (minggu lepas).. cepat-cepat aku minta cuti (aku nak balance kan kembali hidup aku).. Aku tahu, khairul bukan orang yang begitu (orang yang tak rasa gembira dengan hidup dia).. Dia orang yang ceria, dan akan sentiasa ceria… 🙂

Sebelum nak tutup diari nie, saya nak katakan sesuatu kepada awak Aishah… “Sekiranya awak sudi beri saya peluang untuk masuk ke dalam hati awak walaupun sekali sahaja, saya berjanji untuk buat awak sentiasa tersenyum dan akan membelai hati awak dengan penuh rasa kasih sayang. Saya harap awak sudi pakai rantai yang saya berikan kepada awak itu, sebab ia datang dari hati yang tak pernah tidur akan rasa kasihnya pada awak “

Khairul Azahar Sharriffuddin
23 Februari 2019 2:58 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 53 : Sesuatu Perkara
Next Post Diari 55 : Dan Seperti Dulu