Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 50 : Yang Merubah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kedua aku bercuti (Selasa) dan semuanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan, InsyaAllah 🙂 . Petang semalam sekitar jam 6:00 petang, aku pergi ke Bukit Sentosa (Gym)… Lebih kurang setengah jam (sampai pukul 7 petang)..Berpeluh-peluh dan menggigil juga aku nak angkat besi dalam tue.. Hahaa. 🙂

Masa aku berdiri di hadapan cermin (Gym), aku dapat lihat keseluruhan tubuhku.. daripada wajah, leher, badan, sampailah kaki, Aku cakap dalam hatiku, “Owhh..Inilah Khairul”.. 😉 .

Masa itu juga aku dah buat keputusan, “aku nak berhenti merokok,lepas ini aku dah takkan merokok lagi”. Masa dalam perjalanan pulang, aku ambil kotak rokok dalam kereta, aku gengam, dan aku campak kat luar kereta…

Sebelum ini aku pernah berhenti sebulan (12/2018), tapi aku merokok kembali.. Tapi kali ini, aku berjanji dengan diriku sendiri, sebagaimana aku pernah dengar Saga berkata, “dengan diri sendiri pun tak boleh berjanji, macam mana” . Power kan ayat dia 🙂

Wajah Rahsia Hati

Tahu tak, sesuatu kelakuan, perangai, ataupun tabiat yang kita ubah dalam hidup kita (satu perkara sahaja), ia akan menarik suatu perkara lain yang lebih besar dalam hidup kita.. Tak percaya ? .. 🙂 .

Aku bagi contohlah, kalau hari-hari kau datang kerja dengan muka masam jer..Tau tak apa kesan rantaian nya ? . Orang sekitar akan berbicara dalam hati (bila berjumpa kau), “Dia nie, muka asyik masam jer, bermasalah ke apa”.. Okay, lepas tue tau tak apa yang akan terjadi ? Perkara dalam hati tadi, akan terkeluar (bagi sesiapa yang sukar untuk mengawalnya)..

Orang akan mula bercerita, “kau tengok tak muka dia tadi ? masam jer, macam ***** jer, pagi-pagi tengok muka dia terus hilang mood”… Nampak tak kesan dia macam mana ? Haha.. 🙂

Okay, kita ambil contoh sebaliknya.. 🙂 . Cuba kau datang kerja waktu pagi dengan muka senyum, automatically akan terlintas dalam hati diaorang, “dia nie pagi-pagi dah senyum”.. Orang nak dekat dengan kau pun senang, nak berbual pun senang… Lihat kan, satu perubahan kecil jer yang kita lakukan, dah boleh mengubah sesuatu perkara yang lain 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 Februari 2019 6:54 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 49 : Yang Berbisik Itu..
Next Post Diari 51 : Rutin