Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Bangun tidur awal pagi tadi, kepala aku masih lagi sakit. Tetapi, aku tetap bangun dari tidurku, kemudian mandi dengan harapan sakit kepalaku akan hilang. (Tetap ia tidak berkurang). Siap pakai baju, aku berbaring sebentar. Kemudian aku buat keputusan, aku perlu pergi klinik hari nie, ambil MC (kalau aku pergi kerja juga, habislah aku hari nie). Aku telefon office sekitar jam 8:30 pagi, memaklumkan yang aku tak dapat hadir ke tempat kerja hari nie (MC)..
Aku pergi ke klinik SP CARE di Sungai Choh pagi tadi, jumpa staff di klinik (dia memang kenal aku sangat). Selalu aku datang nak ambil ubat migrain jer, tapi hari nie aku nak jumpa doktor. Doktor nie pun memang dah follow aku punya perkembangan migrain agak lama juga. Selalunya aku akan berbual dengan dia lebih kurang setengah jam setiap kali jumpa.
Dia tanya perkembangan migrain aku macam mana. Dah 2-3 kali dia tukar ubat migrain aku, tetap tak boleh juga. Ada ubat yang dia dah order khas untuk aku, tetapi belum sampai lagi (lebih daripada sebulan dah). Lepas itu, aku katakan yang aku dah plan untuk jumpa pakar neurology di Hospital dalam masa terdekat. Ada beberapa nasihat yang dia berikan kepadaku..
Dia katakan, migrain nie merupakan salah satu penyakit misteri dalam dunia perubatan yang mana penyakitnya masih belum benar-benar dikenalpasti akan puncanya dan kaedah untuk merawatnya. Walaupun teknologi dah maju, tetapi masih belum ada yang mengetahuinya dan kesakitan yang di alami oleh pasakitnya adalah kesakitan yang teramat sangat.
Kesakitannya memang tak boleh bawa bincang lah.. 🙂 . Sekali kalau dah kena, habislah.. Bayangkan, aku dah alami kesakitan nie sekitar usiaku 24 tahun sehinggalah sekarang (33 tahun). Aku dah penat sebenarnya. Setiap hari aku struggle. Waktu pagi dah kena makan ubat. Selepas itu, aku kena jaga-jaga (monitor) setiap perubahan yang terjadi pada tubuh aku sampailah ke waktu petang.. Ingat senang ke ? 😉
Masa beginner dulu, bila sakit jer, aku akan hantuk kepala aku di dinding atau ambil apa sahaja benda yang keras untuk hayun kat kepala aku (supaya kesakitannya melebihi kesakitan migrain). Kekadang itu, aku akan ambil bantal, tidur kat luar rumah ataupun di dalam tandas. Muntah sampai nak terkeluar isi perut tue dah jadi perkara biasalah (lebih 10 kali sehari pun ada). Minta nak mati terus pun ada juga. Kau punya life akan totally different lah dari orang normal..
Tapi sekarang nie, aku dah agak expert juga lah.. Haha.. 😉 . InsyaAllah, aku dah tau cara bagaimana untuk mengawalnya. Aku perlu alert setiap perubahan yang terjadi pada tubuh aku jer. Migrain nie sebelum nak kena, akan ada aura (petandanya) dulu. Sebab itu, aku cakap aku dah penat, aku dah penat nak melalui semua proses ini setiap hari..
Sebenarnya aku dah sampai satu tahap, dimana aku dah tak peduli apa yang akan terjadi dalam hidupku lagi. Apa sahaja keputusan yang aku buat dalam kehidupan ini, aku dah tak kisah lagi. “Nothing to lose” bagiku. Sekarang nie, aku nak kejar kehidupan yang aku impikan, aku taknak jadi biasa-biasa. Aku nak sesuatu yang aku boleh banggakan dalam kehidupan ini… 🙂
Berubah Ataupun Diubah ?
Alhamdulillah, hari ini permohonan aku untuk membuka Akaun Google Adsense yang terbaru dah approved melalui pendaftaran domain Lelakiberlari.com . Sebelum ini,memang aku dah ada akaun Google Adsense, tetapi aku daftarkan ia melalui nama adikku (Beeha). Ini kira, akaun kedua aku lah. Sebenarnya memang agak sukar juga untuk memiliki akaun google adsense pada masa sekarang. Sebelum ini, beberapa kali permohonan aku direject (sebelum diterima beberapa tahun yang lepas).
Semalam aku terfikir, kenapa aku tak apply google adsense di atas domain lelakiberlari.com . Trylah, mana tahu dapat kan. Aku cubalah, buka email pagi tadi. Aku dapat satu email daripada Google, permohonanku telahpun diterima.. 🙂 . Alhamdulillah…
Jika tanya aku, bolehkah buat duit dengan berblogging ? Jawapannya, Ya. Memang boleh, tapi ini semua memerlukan dedikasi yang tinggi . Jika nak cerita, panjang sangat, ada banyak aspect yang aku boleh ceritakan. InsyaAllah, aku akan buka beberapa section (category) baru di dalam blog Lelakiberlari.com sempena meraikan kejayaan aku nie.. Heee.. 🙂
Jadi, bagaimana untuk mula berblogging ? . Pertama sekali, pilih niche (bidang) yang paling kita mahir sekali, sama ada blog berkaitan hartanah, resepi, kisah rumah tangga, ataupun teknologi. Pilih salah satu kemahiran menulis yang ada pada kamu. Contoh kalau pandai memasak, tulislah blog mengenai resepi masakan. Niche seperti nie memang akan menarik traffic ke dalam blog yang agak tinggi juga..
Jika konsisten menulis, ia akan memberikan income yang stabil kepada pemilik blog. Tapi pastikan kandungan blog yang kita tulis itu berkualiti tinggi dan unik, sebab nak menjana traffic ke blog. Aku sarankan kepada suri rumah untuk mula menulis mulai hari nie lah (kos lebih kurang rm10 sebulan untuk platform berbayar) atau boleh pilih platform percuma Blogger.com atau WordPress.com
Tapi yang penting, menulis blog bukan sebab duit lah ye. Menulis disebabkan kecintaan kita dengan apa yang kita lakukan. Duit akan datang kemudian, kerana ramai orang yang akan berputus asa sekiranya apa yang diharapkan itu tak seperti mana yang digambarkan.
Setup blog adalah paling mudah sekali (simple). Bagi sesiapa yang nak aku tolong setupkan blog, aku boleh lakukan secara percuma dan guide step by step. Tapi bukan setup atau design website lah ye (e-commerce), itu perlukan masa. Blog jer. Jangan segan-segan boleh contact aku di [email protected]
InsyaAllah, bulan hadapan aku akan ada 2 projek yang perlu aku siapkan. Ini kira projek terakhir aku lah, sebelum aku berhenti kerja. Aku perlu complete kan semua kerja menjelang bulan hadapan.Sekarang nie, aku dah start draft design. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja 😉 Alhamdulillah…
Khairul Azahar Sharriffuddin
17 July 2019 6:14 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor