Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 94 : Yang Telah Pergi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini, aku pergi ke Pasaraya NSK bersama dengan ibu dan adik-adik perempuanku (Beeha dan Beela) membeli barang-barang keperluan rumah untuk menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Anak saudaraku, Adam pun ada bersama juga. Adikku Beeha akan ada di sini sehingga hari Selasa, kenyang lah aku.. Haha.. ?

Dia nie mewarisi bakat memasak yang ada pada ibuku (rasa masakannya sama seperti masakan ibu). Dia juga rajin di dapur. Aku akan bercuti pada hari Isnin ini dan InsyaAllah kesemua ahli keluargaku akan ada bersama-sama juga. Aku nak lihat wajah adik-adik perempuanku berpuasa.. (aku nie selalu kacau diaorang).. Saje jer nak kasi diaorang naik angin dengan aku.. Haha.???

Kisah Tentang Mimpi..

Selepas aku tersedar daripada tidurku malam tadi (bermimpikan arwah Nenekku), aku tak tidur sampai ke pagi. Sebelum aku pergi ke tempat kerja, aku tanya ibuku, “mak, dekat dengan kubur arwah wan ada budak kecil tak ?”. Ketika itu, ibuku hanya tersenyum memandangku dan berkata, “Dah lama tak pergi kan ? Ada.. kat sebelah kubur arwah wan, ada 2 orang bayi (berlainan ibu)”. Aku tanya kembali, “betul ke mak ?”. Ibuku menjawab, “ya, kenapa ?”. Aku membalas pertanyaan ibuku, “Tak.. malam tadi erol bermimpikan arwah wan”.

Arwah nenekku meninggal hampir 5 tahun yang lalu dan bayi itu dikuburkan selepas setahun Nenekku meninggal (dikuburkan bersebelahan dengan kubur nenekku).Jadi umurnya kini, sekitar 4 tahun (benarlah apa yang ku lihat dalam mimpiku itu). Dah besar budaknya sekarang. Tapi keadaannya sangatlah tidak terurus dan kotor tubuh badannya. Mungkin juga tiada sesiapa (ahli keluarganya) yang menziarah kepadanya (ataupun mendoakannya)…

Boleh dikatakan hampir setiap hari, semasa di dalam perjalananku pergi ke tempat kerja, aku akan berdoa untuk arwah nenekku. Tetapi hari ini, aku sertakan sekali ahli-ahli kubur yang tinggal di kawasan perkuburan arwah Nenekku di dalam doaku. Pernah suatu ketika dahulu, aku mimpi bertemu dengan arwah nenekku dan dia berkata kepadaku, “Disinilah tempat engkau akan dikuburkan nanti”

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 May 2019 11:53 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 93 : Perjalanan Yang Sunyi..
Next Post Diari 95 : Dewasanya Kamu..